CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4430|Reply: 62

[Tempatan] Rakyat Kelantan dilayan seperti isteri tua, rakyat kedah seperti isteri muda

  [Copy link]
Post time 1-6-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
'Rakyat K'tan dilayan seperti isteri tua, rakyat Kedah isteri muda'

Pengerusi Biro Alam Sekitar Amanah Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoalkan layanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengangani isu air antara dua negeri di bawah pimpinan PAS iaitu Kedah dan Kelantan, yang didakwanya berat sebelah.

Beliau berkata masalah air di Kelantan masih berlaku walaupun menteri alam sekitar dan air, Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan ahli parlimen di Kelantan.

Pada masa yang sama, katanya rakyat Kedah di bawah kerajaan PAS yang baru diberi layanan istimewa.

“Rakyat Kelantan yang masih menerima hanya 'angin' dan air berwarna 'teh tarik' melalui paip air mereka selama puluhan tahun di Kelantan, masih menunggu bantuan bekalan air bersih.


“Saya berpendapat rakyat Kelantan merasa seolah olah mereka di layan seperti isteri tua PAS yang diabaikan yang tetap wala' taat setia , sementara 'isteri muda' Kedah, diberi keistimewaan layanan luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Tuan Ibrahim berkata kerajaan persekutuan dengan kerjasama baik kerajaan negeri akan menaik taraf infrastruktur air sedia ada di Langkawi yang kini berhadapan gangguan bekalan air apabila saluran paip dari tanah besar ke pulau itu bocor sepanjang tiga kilometer.

Beliau berkata peruntukan RM600 juta disediakan untuk membaik pulih paip berkenaan selain kerja membesarkan takungan air di pulau tersebut.

Raja Kamarul Bahrin turut mempertikaikan kenyataan Tuan Ibrahim yang menyatakan usaha untuk menyelesaikan bekalan air di Kedah menjadi keutamaan PN diumumkan beberapa hari selepas isu kontroversi pembalakan dan isu alam sekitar oleh menteri besar Kedah.


“Adakah secara kebetulan ini berlaku seminggu selepas kontroversi hasrat MB Kedah yang bercadang membayar lebih dari RM1 billion kepada tauke balak di Kedah dan juga menimbang kelulusan kawasan projek pembalakan kontroversi Ulu Muda?

“Ia melibatkan kontroversi isu alam sekitar dan bekalan air. Inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai,” kata Raja Bahrin.

Untuk rekod, pada 26 Mei lalu kerajaan negeri Kedah sedia mempertimbang membuka semula konsesi balak untuk mengelakkan tuntutan pampasan hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan.

Raja Kamarul berkata lagi, beliau pasti bahawa rakyat Kelantan tertanya-tanya berapa lama lagi mereka harus menunggu untuk mendapatkan penyelesaian air di negeri itu.

“Puluhan tahun rakyat Kelantan setia menunggu di bawah kerajaan PAS tetapi masalah air dan alam sekitar masih berlarutan.

“Baru dua minggu PAS menerajui kerajaan Kedah, projek air RM600 juta telah segera di luluskan untuk pulau pelancongan Langkawi sementara Kelantan masih menunggu,” katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
PAS ni kalo x cakap isteri,bini tua bini muda,poligami,seks mmg x sah kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
This is setupid.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:11 AM | Show all posts
Dah memang suratan takdir golongan kami selalu makan hati.

Kadang kadang rasa tak berbaloi balsannya hanya sekaki payung emas di Firdausi nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:13 AM | Show all posts
nak buat macam mana,
yang baru lebih cantik dari yang lama
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp setakat ni air kt klate tu ok,jarang ada masalah xde air berbanding selangor y smpai skrg asyik bermasalah je..heran ai~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 1-6-2020 03:13 AM
Tp setakat ni air kt klate tu ok,jarang ada masalah xde air berbanding selangor y smpai skrg asyik b ...

Ai duduk selangor. Afsal x effected pun?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:24 AM | Show all posts
Orang Kelantan ni mcm2 sudah kena ,pernahkan PAS kalah di Kelantan???

cuba tanya orang-orang Kelantan yang pangkah PAS tu ,kenapa pangkah PAS?

Ada rasa yang mereka rasa ,rasa yang kita-kita xkan faham .

Jangan ganggu org Kelantan.

Orang Kedah  apa kena mengena dgn ko pelaq?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x tau pulak ayaq Langkawi problem.. Woi SADA.. Pasal apa ayaq merah lagu ayaq teh o pekat?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Kedah beza sikit..orang Kelantan Nik Amar kata " dia mandi ayer telaga, basuh berak air telaga boleh jadi exco.." redha ja la Ulamak cakap tu.berani ke bantah nanti kena humban ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:07 PM | Show all posts
Minum air telaga pun dpt jadi MB katanya..
  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 1-6-2020 11:13 AM
Tp setakat ni air kt klate tu ok,jarang ada masalah xde air berbanding selangor y smpai skrg asyik b ...

Kau biar betik.

Rumah parent in law iol di kelate tu sampai sekarang guna air telaga. Surau surau pun guna air telaga. Xde langsung bayar bil air.

Celah mana lagi ok dari air selangor?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:13 PM | Show all posts
cm_matjawasp replied at 1-6-2020 11:48 AM
Orang Kedah beza sikit..orang Kelantan Nik Amar kata " dia mandi ayer telaga, basuh berak air telaga ...

Kasihan kat org kelantan dapat pemimpin kampungan. Mana dia reti sangat hal2 pembangunan, janji dia dapat naik keta mecedis.  Untuk rakyat, korang dapat rasa pembangunan maju sedikit dari zaman jepun dulu tu kira dah ok lah tu. Kalau air paip tak keluar korang ceduk lah  air telaga ka air sungai ka.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 1-6-2020 12:09 PM
Kau biar betik.

Rumah parent in law iol di kelate tu sampai sekarang guna air telaga. Surau sur ...

Kdg2 air telaganya busuk (musim.kemarau)
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 1-6-2020 11:21 AM
Ai duduk selangor. Afsal x effected pun?

Yuuu duk area mana sis?ai stay puchong..air berbau n kuning gitu..skrg kurang sikit..tp still x jernih helok
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 1-6-2020 12:09 PM
Kau biar betik.

Rumah parent in law iol di kelate tu sampai sekarang guna air telaga. Surau sur ...

Ek?sbb kwsn rumah ai mmg xde isu air lgsg..Alhamdulillah setakat ni ok lg..kecuali musim kemarau. Y tu akn ada isu lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cashhh lah ummak kelente ko pilih ostakkk..ostakk mana tahu hal2 duniyawiii..its all about akhiratttt cysttttttt zasss cashhhhh booommm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 1-6-2020 12:25 PM
Ek?sbb kwsn rumah ai mmg xde isu air lgsg..Alhamdulillah setakat ni ok lg..kecuali musim kemarau.  ...

Rumah uol area mana? Xde isu air sebab telaga sentiasa ada air or air yang dibekalkan syarikat air memang xde masalah.

Rumah pil iol pun xde masalah air. Sebab telaga mereka berfungsi dengan baik. Tapi air dari syarikat air memang xde lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 1-6-2020 12:47 PM
Rumah uol area mana? Xde isu air sebab telaga sentiasa ada air or air yang dibekalkan syarikat air ...

Kt kg tu kwsn machang sis..

Kt selangor ni ai stay puchong..dah bbrp kali air xde..and air slow..pastu berbau n kuning..xjernih gitu..skrg ni better drpd before..tp still xjernih air dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah air kt kedah sedari sediakala bersih, takkan nk tiba2 kotorkan. Kalau dari dulu kerajaan kltn take action, dah lama benda ni settle, skrg dah jadi gomen nk compare plak negeri yg sedari dulu air bkn problem dgn negeri yg air sentiasa ada issue
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.110637 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list