CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1931|Reply: 10

[Tempatan] Pemilik stesen minyak ditahan susulan aksi drift dalam stesen minyak

[Copy link]
Post time 2-6-2020 12:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-6-2020 09:05 AM



Sebuah kereta disita Polis Trafik Perlis selepas digunakan untuk melakukan aksi drift dalam kawasan stesen minyak dekat Jejawi, Kangar.




Dua ditahan susulan aksi drift dalam stesen minyakOleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman
bhnews@bh.com.my



ARAU: Padah melakukan aksi merbahaya 'drift' dalam kawasan stesen minyak dekat Jejawi, menyebabkan dua lelaki ditahan polis selepas perbuatan itu tersebar menerusi media sosial sejak semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis, Asisten Superintendan Mohd Rizal Emran, berkata dua lelaki termasuk pemilik stesen berkenaan, berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan selepas tampil menyerah diri di Balai Polis Arau pada jam 8.45 malam tadi.

Beliau berkata, polis turut menyita sebuah kereta jenis Subaru BR-2 yang disimpan di perkarangan rumah pemandu terbabit dekat Bintong, dipercayai digunakan untuk melakukan aksi berkenaan.

"Pemilik stesen minyak berkenaan mengaku menganjurkan aksi drift itu, manakala rakannya yang juga pemilik kedai aksesori bertindak memandu kenderaan terbabit.

"Mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan, kebakaran dan kerosakan kepada pelanggan stesen minyak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rizal berkata, kedua-dua lelaki itu sudah dibebaskan sementara dengan jaminan polis hari ini dan dijangka didakwa dalam masa terdekat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, tular video aksi merbahaya drift di Facebook selama 16 saat yang dipandu seorang lelaki di dalam kawasan stesen minyak sebanyak dua kali.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/695084/dua-ditahan-susulan-aksi-drift-dalam-stesen-minyak







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ambil risiko buat gimik
Yang penting viral
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 02:07 AM | Show all posts
Edited by DARSITA at 1-6-2020 10:18 AM

Rice rocket --  

Buka lah driff tracks di Malaysia baru lah kaki racing & driffting boleh buat hobi mereka tidak merbahayakan orang ramai.


Anak aii ckp itu mungkin Toyota GTA86. Aii tak tau la .. anak aii ni tokyo drif wayang tu dah berapa kali dia tengok. Sebelum kaki kereta kutuk anak aii -- dia ckp kereta ini joint venture development antara subaru and toyota. Dlm US kereta ini guna nama/brand lain iaitu -> Scion



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2020 02:53 AM | Show all posts
DARSITA replied at 1-6-2020 10:07 AM
Rice rocket --  

Buka lah driff tracks di Malaysia baru lah kaki racing & driffting b ...

Nak buat Macamana di malaya politicians gila politik, status dan big bank acc sahaja....lompat sana lompat sini ..guleng sana guleng..fitnah sana fitnah sini Macamana mereka nak ambil tau pasal apa yang remaja mahukan..apa yang mereka tau hanya menghukum.
Mereka tak pernah fikir untuk buat big playgrounds untuk golongan remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 02:58 AM | Show all posts
apa2 pun tetap power... kalau ada adegan meletop macam michael bay terlanggar pam minyak tu lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 03:19 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 1-6-2020 10:53 AM
Nak buat Macamana di malaya politicians gila politik, status dan big bank acc sahaja....lompat san ...



Mungkin dia orang ingat expensive hobbies macam ini siapa lah yang mampu ..


Dia orang tak tau anak Melayu, Cina dan India bab modified motor kereta ni numbero uno. Kereta kancil tu silap silap dia orang boleh buat kereta terbang!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2020 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada terbaca baru2 ni ada sorg mamat ni kumpul duit dari kecik dpt bukak station minyak kat jejawi. Adakah org yg sama?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 05:28 AM | Show all posts
TT, kes ni dah ada org bukalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 10:23 AM | Show all posts
bodo tak bertepian..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:01 AM | Show all posts
Bila hanya fikirkan keseronokan tampa fikir akibatnya maka mendapatlah akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Better petronas tarik balik lesen stesen minyak tu. Apa ke takde otak owner sendiri boleh ajak kawan buat drift dlm kws hazardous camtu. Owner sendiri takde kesedaran utk pastikan stesen minyak dia sentiasa bebas dari perkara yg mengundang kepada risiko bencana
Harap mangkuk 2 ekor tu didenda dengan amount yg tinggi serta dipenjara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.105777 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list