CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1584|Reply: 8

[Dunia] Mahu penjarakan ibu kerana motor

[Copy link]
Post time 2-7-2020 07:15 AM | Show all posts |Read mode



LOMBOK: Hanya kerana sebuah motosikal, seorang lelaki tergamak membuat laporan polis dan mahu ibunya yang berusia 60 tahun dipenjarakan.

Namun, pihak berkuasa menolak laporan pemuda berusia 40 tahun itu atas alasan ia tidak munasabah.

Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono mengesahkan pihaknya menolak laporan pemuda itu.

Bagaimanapun, pihaknya berpendapat kes itu adalah konflik antara ahli keluarga.

"Saya tidak mahu terima (laporan) itu tetapi saya menyarankan masalah itu diselesaikan secara rundingan.

"Apatah lagi, masalah itu hanya salah faham berikutan motosikal itu digunakan saudaranya," katanya dalam portal Tribune News.

Katanya, persengketaan dua beranak itu bermula daripada harta peninggalan ayah pemuda itu iaitu tanah yang bernilai 200 juta rupiah (RM60,217).

"Si anak menjual harta bapanya itu dan menyerahkan ibunya 15 juta rupiah (RM4,516) yang kemudiannya digunakan untuk membeli motosikal.

"Namun, ibunya meletakkan motosikalnya di rumah saudaranya sehingga wanita itu dituduh menyembunyikan kenderaan berkenaan.

"Pemuda itu tidak berpuas hati hanya kerana motosikal dibelikan ibunya itu turut digunakan saudaranya," katanya.

Selepas mendapat tahu cerita sebenar, beliau menasihati pemuda itu yang membuat laporan polis.

"Mohon maaf, kalau anda (terlalu pentingkan) motosikal itu sampai perlu bertelagah dengan ibumu... maka harga dirimu (seperti) nilai kenderaan itu saja," katanya dalam sebuah video yang tular.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 6:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
moga kita diberi kekuatan bila menjaga orang tua kita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
4k je bagi mak kau?? Malin kundang betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:04 PM | Show all posts
Anak tak guna, marah pula baca.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:16 PM | Show all posts
Buruknya perangai semua nak disapunya
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga anaknya tidak ditimpa bala lepas ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2020 03:46 PM | Show all posts
setan pny anak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
anak jenis tak guna tapi at least dia tak pukul ibu dia mcm penagih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 neraka.. peragai kalah setan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.341150 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list