CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 7

Jangan Ambil Mudah, Teknik Heimlich Penting Jika Anda Ada Anak Kecil

[Copy link]
Post time 7-7-2020 01:29 PM | Show all posts |Read mode




Bila musim buah tiba, kanak-kanak antara golongan paling seronok dan teruja ingin menikmati keenaakan rasa buah-buahan tempatan.


Buah rambutan, durian, langsat, duku dan juga manggis ada kelompok peminat tersendiri serta rasa masing-masing yang unik.


Namun, dalam keseronokan dan keterujaan menikmati rasa enak buah-buahan tempatan, kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berusia tiga tahun akibat tercekik sebiji rambutan.



Kredit foto: Berita Harian dan Ihsan Pembaca Facebook




Dalam kejadian sedih itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi makan rambutan yang dikait bapanya. Ketika kejadian, bapanya bersama ahli keluarga lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau.


Namun, tiba-tiba mangsa berlari ke arah abangnya sambil menjerit serta memegang leher. Bapanya cuba menepuk belakang mangsa tetapi tidak berhasil. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.


Kejadian yang berlaku Kampung Belakang Masjid di Baling, Kedah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang sedih dengan peristiwa itu.





Kredit foto: FB Harian Metro



Lantas, Public Health Malaysia berkongsi langkah yang boleh dilakukan orang ramai bagi membantu kanak-kanak sekiranya tercekik sesuatu objek.




Kredit foto: KKM via FB Public Health Malaysia




Teknik Heimlich adalah teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat.


Namun, langkah paling selamat adalah mengelakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik. Ini kerana kanak kanak berusia empat tahun ke bawah adalah kumpulan berisiko TINGGI untuk tercekik makanan.


Pada usia ini, mereka masih belum pandai mengunyah makanan dan hanya menelan makanan.


Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya makanan yang keras dan berbentuk bulat.






Kredit foto: KKM via FB Public Health Malaysia




Jadi, pastikan anda simpan dan kongsi teknik ini untuk rujukan bila diperlukan. Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak nak upsr pun still kena remind ya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:05 PM | Show all posts
kena sentiasa fikir bahaya..mmg malang tak berbau.....betul juga org tua2 selalu bising kalau makan jangan bercakap..time makan, makan je. ye lah budak2 kan makan sambil main selalunya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:40 PM | Show all posts
Bila cemas sampai tak tahu nak buat apa kalau jadi macam ni. Semoga dengan info manfaat macam ni dapat bagi kebaikan pada semua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 03:25 PM | Show all posts
Teknik first aid dalam menangani mangsa tercekek macam ni dapat membantu dikala kecemasan terutama yang ada anak kecil dirumah.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa keje tadika dulu,  paling risau kalau mak bekalkan anak2 anggur,  sebab masa taklimat dengan kkm,  anggur ni boleh jadi punca anak2 tercekik,  sebab kecik.

Rupanya ada buah2 an dan makanan lain juga perlu d beri perhatian pada keselamatan anak2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 10:34 AM | Show all posts
owh anak sedara aku pon suk sangat buah rambutan ni

kadang-kadang kalau dia nangis, nak pujuk bawak gi kat pokok rambutan tu je

tapi sape bawak puaslar nak kopek buang biji bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:43 PM | Show all posts
risau betul kalau tgk budak2 makan makanan yg berbiji2 ni..mmg kena pantau..takot tertelann
tips ni bagus..klu kot2 terjadi lah insiden ni..harap2 terlintas la tips ni kt kepala. kdg tu kalau da panik..semua benda boleh jd lupe!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.202193 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list