CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6674|Reply: 39

Just sharing : Akhirnya dia blah!!

[Copy link]
Post time 14-7-2020 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua warganet yg sedang dilamun cinta....
tentu ramai yg excited bercerita atau bertanya serta berkongsi masalah cinta uols kat sini kan...

ok lah.. aku pun nak sharing gak laa pengalaman aku mengenali seorang lelaki yang pd awalnya aku anggap kenalan, pas tu, mcm dah terrjatuh cinta, end up.. aku tendang dia jauh2 dari hidup aku... dan ibarat bola.. dia melantun2 datang kat aku... dan aku tendang semula... oiitt.. dia mai balik kat aku.... last2 aku dirikan tembok.. haaaa.. barulah dia melantun ke tempat lain....

Al kisah... aku penah laa join Dating @ FB ni, pada awal thn ni... itu pun, mamat kat opis aku ni laa cadangkan, sebab dia pun join. Nak cari skandal katanya. tapi sayang, sorang awek pun tak sangkut kat dia...
So, bila aku join.. ramai laa jejaka2 yg greet aku, likes aku bagai... mostly, semua aku tak suka... tak tahu lah kenapa.. mungkin niat awal masuk, sekadar nak test market kot, walaupun aku ni bukan hak mana2 lelaki.
so, dalam ramai2 yg greet aku, tetiba seorang lelaki berpakaian Flight Captain, menyapa aku. Rupa mmg out laa.. Tapi aku terima dia as kenalan coz aku mmg tertarik dgn kerjaya dia. Life aku ni, byk di kelilingi orang2 teknikal. (technicians & engineers). So, why not, aku berkenalan dgn drebar kapal terbang pulak. Bolehlah jugak ambil tahu experience diorg tentang handling flight semasa penerbangan.

pada awal perkenalan ni, aku dapati mamat ni ok laa.. age sebaya aku.. dan masih bujang. Banyak pengalaman dan pengetahuan ttg penerbangan ni aku tahu dari dia.. Pas tu.. masuk bln 2, dia senyap seribu bahasa. Aku pun malas nak pk.. sebab aku pun tahu, org2 kayangan mcm ni bukan hadap pun nak berkawan dgn org2 kluster biasa2 mcm aku.  Hinggalah masuk bln Mac, bila "Abah" dah isytiharkan PKP.. , seminggu lepas tu, tetiba aku dpt wassap dari si Pilot ni... sebenarnya aku pun dah tak berapa ingat dia ni. sebab nombor dia aku dah delete & pic profile dia pun, gambar pemandangan. Dan, bermula dari situlah, kami jadi rapat. Since aku kena WFH , dan dia pun dah tak bleh nak terbang, mmm barulah dia nampak no. hp aku dlm list contact dia. Tapi, walaupun kerap bermesej, ada masanya, dia ni seorang yg menjengkelkan. Tak pernah nak ambik serious jika kita nak sharing sesuatu hal yg serius. Suka mempersendakan / menjadikan apa yg aku cakap tu, jadi bahan lawak. Atau dijawab dgn loyar buruk. Seriusly aku mmg tension dgn dia ni. Sampailah satu tahap, (3-4 hari lagi nak sambut puasa), aku decide utk putuskan hubungan dgn dia. Dgn rasa sedih yg terrramat sgt, aku terus blok dia di whatsApp. Lepas aku blok, dia hantar msg kat SMS plak. Siap ckp/cabar aku, yg aku akan susah nak jumpa lelaki sebaik dia, seikhlas dia... hurmm.. jap2 nak muntah sat...

Lepas baca SMS dia, aku terus delete msg tu, dan nombor dia pun aku delete.  Masuk hari ke 3 Ramadhan, masa aku dok kelebet2 hp .. tetiba rasa nak ushar nombor2 yg aku dah pernah blok... satu per satu nombor2 tu aku perhati.. cuba nak ingat nombor sapa..tapi tak ingat. Pas tu, sampai lah kat nombor si Pilot ni. Aku tgk pic profile dia, gambar dia pakai uniform. Actually, tak menarik, tak segak pun. Tapi tak tau lah... bisikan syaitan gaknya...tetiba hati aku jd lembut... terussss unblock dia.... lebih kurang sejam lg nak masuk waktu berbuka, tup2 dia hantar wassap kat aku. ucap terima kasih sbb unblock dia.. dan wish Selamat Berpuasa kat aku. Lambat gak aku nak reply msg dia tu.... dah dkt sgt nak berbuka, baru aku reply.. itu pun wish selamat berbuka. So, lepas beberapa hari... mcm tu lah.. jd rapat balik... dan masa ni kitaorg post mortem balik kenapa insiden blok memblok ni berlaku... lepas dah luahkan apa yg terbuku.. ok la.. dia pun kurangkan perangai 3 suku dia tu.

Kini, lps dah abis Ramadhan, dah abis Syawal, dia akhirnya menunjukkan perangai dia yg sebenar. Dia buat balik loyar buruk kat wassap. hantar stiker2 lucah. Dan paling aku kecewa, bila aku sakit, dia tak penah bagi moral support.. sebaliknya, menyamakan aku dgn nenek2 tua yg selalu sakit. Sikap dia semakin menjengkelkan, malah langsung takde rasa bersalah. Peliknya, bila aku marah, dia lagi suka. Lagi dia buat , supaya aku lagi marah. Alasan dia, dia cakap, dia mmg suka buat aku marah. dan bila aku marah, aku "sounds sweet".. puiii .. tok ayah dia!!
Lepas2 pada tu, kalau aku sakit hati dgn dia, semua msg yg dia hantar, aku terus delete. tak kuasa nak baca. Sampai lah ke satu tahap tu... kalau tak silap, petang hari minggu... lepas dah puas hantar stiker2 lucah kat aku... tiba2 dia hantar gambar sorang pompuan yg tgh landing atas katil, sambil tgk tv... aku syak, awek dia.. atau betina2 simpanan dia... Dia penah mengaku yg dia mmg ramai kenalan pompuan. Tapi, muka minah tu, tak nampak penuh.. sebab dia ambik gambar curi minah tu dari sisi tepi... Kat bwah gambar minah tu, dia buat dialog yg berbunyi.... "sayang, niesya dah sampai ni.. nak bermesra dgn sayang..."
then, dia letak emoticon gelak besar... Saja lah tu nak mengundang kemarahan aku...  

Aku yg tak sangka sama skali dia boleh buat sejauh tu, terus aku reply.., dan kutuk sebakul la kat dia... aku ckp laa dia lelaki tak bermaruah.. sanggup mencipta fitnah kepada diri sendiri... pas tu, bila orang dah mengata, tahu pulak ckp, orang menuduh yg bukan2. Then, aku pun, terus block nombor dia. Kali ni aku nekad. Aku block skali call dan sms dia.

Esoknya, dia sms aku. Aku dapat baca sms dan call block yg masuk, sbb kat setting hp mmg ada "spam folder" utk nombor2 block yg malang. Antara sms yg dia hantar, dia kutuk aku.. ckap aku ni ibarat buah yg kulitnya cantik, tapi dalamnya busuk. Sebab tu takde orang mahu. (dlm hati aku berkata, "mana kau tahu takde org mahu? perlu ke aku nak cerita kat kau, semua kwn2 lelaki aku. I keep my private life as a private". Walaupun rasa sakit hati... aku fikir2, baik diamkan aje. Mungkin jantan ni psiko/sakit otak. then, aku check kat call pulak. untuk hari tu, ada 4 call dari dia yg tak lepas .

Esoknya, aku saja check lagi spam folder.. yaaa.. dia hantar lagi.. kutuk aku lagi... siap tanya dah makan ubat nyanyuk, ubat semput, ubat batuk..segala jenis ubat lah.... As usual, aku ignore.... setiap hari, dia akan hantar dan hantar sms... bila dah puas kutuk, kali ni dia gunakan pendekatan berhemah... Beri salam, tanya khabar bagai. Punnnn aku ignore.. tak baca abis, aku terus delete. Mungkin dia bengang, esok nya hantar lagi, sms mengutuk aku...

awal2 aku fobia nak tgk scam folder tu sbb stress dgn kata2 dia yg menyakitkan hati... tapi, lama kelamaan, dah tak kisah dah. Bahkan aku akan ketawa bila tgk msg dia tu... haaa... mencari aku, mcm orang mati bini.. Dan alhamdulillah... sehari selepas msg dia kutuk aku tu, itu merupakan msg terakhir dari dia, dan dia dah tak hantar lagi sms kat aku.

Mmg tak dinafikan pada awal perkenalan, adalah terbit perasaan sayang kat dia.. mungkin sebab dia dah berusia.. dan sebenarnya dia ni berfikiran matang. Seminggu sebelum dia buat perangai yg aku nekad nak blok dia terus, dia sendiri declare yg dia syg kat aku... Benda ni dia lafazkan sendiri melalui call. Yang aku pelik, bila bersembang over the phone, dia normal mcm orang lain. Tapi bila berwassap, dia sgt2 menjengkelkan.. malah tak peka langsung utk jaga hati dan perasaan aku. Kau ckp kau syg kat aku, tapi kau langsung tak jaga hati aku.

Syukurlah aku tak jumpa/date dgn kau lagi... Dan skrg, aku bersyukur sgt2 sebab kau dah mulai give up dgn aku. Atau mungkin kau dah fly ke neraka... Aku harap, aku takkan jumpa lagi manusia yg "bi polar" macam kau ni... Walaupun kau pernah cakap, kalau aku still block kau, kau akan cari aku kat office... Tapi aku yakin yg kau takkan berani. Tambahan pulak, kau pun tak tahu nama penuh aku & tak penah tgk aku face to face...

Dan aku bersyukur jugak, sebab aku dah semakin boleh lupakan kau. Gambar minah rambut karat & dialog yg kau reka semata2 utk sakitkan hati aku, dah berjaya menghapuskan 100% perasaan sayang aku kat kau. Yang tinggal skrg cuma rasa benci.

Selamat tinggal Mr. Pilot Sakit Otak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
abg pilot 200%
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 02:40 PM | Show all posts
upload sikit gmbr awek atas katil dai tu...blur sikit2 pun takpa
plus sila dedah kan 4nombor terakhir dia kat sini demi rujukan porumer di masa akan dtg
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 02:46 PM | Show all posts
Meiizu replied at 14-7-2020 02:40 PM
upload sikit gmbr awek atas katil dai tu...blur sikit2 pun takpa
plus sila dedah kan 4nombor  ...

patotnya upload pic pilot mereng tu
supaya org lain x terkena
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 02:48 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 14-7-2020 02:46 PM
patotnya upload pic pilot mereng tu
supaya org lain x terkena

rare sikit pemintaan aku tu ahahhahahah tatau motip
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke pilot tu?.. skali sebaliknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I doubt yang dia tu betul2 pilot.  Tapi bagus la ft dah berjaya lari dari toxic relationship tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti jdi pilot sbb makpak ada duit
Bukan sbb passion atau btul2 bijak
Beza btul pilot zaman dlu dgn zaman skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh pilot pun ramai yg bingai kan
Nape pandang tinggi sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Just sharing jgk- banyak jugak abg2 pilot yg hensem/x hensem, tua/muda , /local,obersi yang sibuk nk follow iols kat Instagram..motif sgt kan.hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha mgkin tak fly lama tu yg otak jd mereng...merapu2 hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:20 PM | Show all posts
Ending story ni agak kecewa la.. sebab TT takde action yang drastic contoh TT maki dia sampai dia masuk sepital ke ker atau TT ada hantau santau ker.. cerita TT ni ending tak berapa wow ala2 antiklimak pun yer.. macam ni ke konsep dia kutuk TT jgn marah haa.. gurau...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bencinya jantan hntr benda2 lucah mcm tu..
Nasib xprnh jmpa jantan mcm tu..
Ntah2 bukan pilot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pun ade lelaki mcm ni.. suka kat aku... tp bila kawan nak kutuk2 nak buat sakit hati.. ape lah bangang sangat... ingat aku ade mase nak layan lelaki kaki drama... tinggalkan aje terus
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:45 PM | Show all posts
eh good riddance pilot skang sengkek mengkek.... selamat u sis dari tanggung biawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 04:34 PM | Show all posts
Meiizu replied at 14-7-2020 02:40 PM
upload sikit gmbr awek atas katil dai tu...blur sikit2 pun takpa
plus sila dedah kan 4nombor  ...

alaaa.. saya dah delete.. yang ingat hanya dia berambut panjang, berwarna karats, pakai tshirt kuning sendat & jeans
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2020 04:36 PM | Show all posts
Ahgerbitch replied at 14-7-2020 03:11 PM
Hahaha mgkin tak fly lama tu yg otak jd mereng...merapu2 hahaha

setuju .. mungkin jugak tu... tak kisah kalau sesekali nak loyar buruk... tapi biar kena pd topic perbualan.. ini tak, semua perkara nak diloyar burukkannya... stress oo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 04:39 PM | Show all posts
buragazz replied at 14-7-2020 03:20 PM
Ending story ni agak kecewa la.. sebab TT takde action yang drastic contoh TT maki dia sampai dia ma ...

bkn apa, dah malas nak layan perangai dia tu... lagipun kisah ni kisah bener... kalau rekaan, mau ku letop kapal terbang yg dia bwak tu...  Ada gak msg dia yg saya reply, ckp, "ingatkan dah terbang ke Neraka"... dia marah gila kat saya... tapi tak takut pun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 04:44 PM | Show all posts
green~tea replied at 14-7-2020 03:45 PM
eh good riddance pilot skang sengkek mengkek.... selamat u sis dari tanggung biawak

tu laaa... asik dok tukar2 company Airlines je... bwk flight kargo lah... pas tu nak join CTRM nye Airlines lah.. latest ni tak tau... sbb dia ada attend interview ari tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 04:48 PM | Show all posts
krieysa replied at 14-7-2020 03:10 PM
Just sharing jgk- banyak jugak abg2 pilot yg hensem/x hensem, tua/muda , /local,obersi yang sibuk nk ...

pilot kalau nak follow IG, jgn percaya... mostly scam... sebab diaorang ni mcm ada puak2 kayangan diaorang sendiri, mmg susahlah org2 biasa mcm kita ni nak dekat, kecuali kalau kita2 ni retis... tapi kalau betul pilot.. then ok lah.. nak ckp u bertuah pun, tak berani gak... sebab perangai diaorang ni lebih keji dari bapak ayam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.435211 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list