Seorang wanita berusia 75 tahun mencetuskan kontroversi apabila berkahwin dengan bekas menantunya.
Galina Zhukovskaya nekad berkahwin dengan Vyacheslav Zhukovsk, 52, selepas lelaki berkenaan berpisah dengan anaknya Elena, 56.
Portal Life melaporkan, perkara ini mengejutkan ramai pihak memandangkan Vyacheslav Zhukovsk pernah menjadi menantunya selama tiga tahun.
Menurut sumber, Vyacheslav Zhukovsk berkenalan dengan Elena selepas dia memberi respon terhadap iklan mencari pasangan di akhbar.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202007/22/174530j5b3yy31vvgbbj95.png) Galina dan Vyacheslav, Foto: Portal Life
Ketika itu lelaki tersebut sedangan menjalani hukuman penjara atas kesalahan membunuh bekas majikannya.
Mereka berkahwin pada 2007 namun berpisah selepas Vyacheslav bebas.
Disebabkan tiada tempat untuk dituju, dia menjadi gelandangan dan mendapatkan perlindungan daripada ibu mentuanya.
Pada mulanya Galina membantu atas dasar kasihan namun lama kelamaan mula jatuh cinta.
Galina mendakwa Elena cemburu dengan perkahwinannya.
"Anak saya mungkin cemburu kerana saya tidak lagi hidup bersendirian," katanya. -CARI |