CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13935|Reply: 190

[Tempatan] Bukan sembang kari: Tunku Ismail sudah kurus, mahu bina gimnasium rakyat

  [Copy link]
Post time 2-8-2020 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Tunku Ismail sudah kurus, mahu bina gimnasium rakyat
MyMetro Arena


TUNKU Ismail berjaya menurunkan berat badan hampir 22 kilogram. FOTO Insta hrhcrownprinceofjohor

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat untuk membina sebuah pusat gimnasium khas untuk rakyat Johor.

Jelasnya, impian itu hadir selepas menyaksikan dirinya berjaya menurunkan berat badan hampir 22 kilogram (kg) selain mahu rakyat Johor mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Suatu hari saya akan buka gym (gimnasium) sendiri yang dibuka untuk orang awam dan anda semua dapat melakukan senaman. Saya juga akan promosi gaya hidup sihat dan juga pemakanan untuk bangsa Johor, itu agenda masa depan JDT," katanya di akaun Instagram miliknya, semalam.

Mengulas mengenai penampilan barunya yang kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini, Tunku Ismail berkongsi rahsia dengan mengakui pengambilan pemakanan yang betul adalah kunci kejayaan.

"Apa paling mustahak adalah pemakanan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus dan saya tidak mengambil apa-apa supplement (makanan tambahan), selain senaman yang konsisten. Setiap pagi saya akan minum jus, sayuran dan buah-buahan.

"Ramai cakap tiada gimnasium besar dan sebagainya tapi saya hanya guna ruang kecil sahaja untuk turunkan 22kg. Selain, melakukan senaman tidak lebih satu jam.

"Saya boleh ajar anda bagaimana menghilangkan berat badan dalam masa 20 minit, tidak perlu dua tiga jam di gym atau lari jarak yang jauh.

"Saya suka melakukan pelbagai senaman kardio dalam bentuk set, untuk masa 1 minit, 20 saat bagi setiap set senaman itu dilakukan," katanya yang kini berjaya menurunkan berat badan kepada 68kg.

Tunku Ismail turut berkongsi pengalaman rakannya yang meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat serangan jantung walaupun sering ke gimnasium dan mempunyai tubuh badan yang sasa.

"Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi meninggal kerana serangan jantung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 7:21 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2020 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik....turun 22kg .....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan utk gym rakyat tu.terbaik idea ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by imransulaiman at 2-8-2020 09:59 AM

22kg tu seumpama 2 kampit beras 10kg! Tahniah TMJ!

Saya memang salute orang yang ada inisiatif turun berat badan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 09:58 AM | Show all posts
tahniah la kembali mempunyai leher
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 09:59 AM | Show all posts

Mampos La

Takleh pakai seluor trek itam kat gym tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi meninggal kerana serangan jantung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat," katanya.


Salah makan tu mcm mana. ....awat X detail kan. ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab aku pun jenis kuat jogging exercise tapi pagi2 kadangkala bila nk tarik nafas rasa sakit kat dada ....apekah maksud tu..X kan jantung ...

Dari segi makanan ..aku mmg dah berzaman X makan nasi lemak. ..santan ke semua akak jauhi. ..ni risau ni...ke angin ...mmg aku banyak angin. .pagi2 mesti perut ada angin. ..asyik nk kentut je...pagi2... .adeh..angin sebab apa ya.....kacang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 2-8-2020 10:00 AM
Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi meni ...

Yes mmg makanan punca utama masalah jantung..tak kira la ko aktif sukan camne sekali..semua yg berpotensi naikkan kolestrol kene cut down....banyakkan plant based diet...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 2-8-2020 10:22 AM
Yes mmg makanan punca utama masalah jantung..tak kira la ko aktif sukan camne sekali..semua yg ber ...

Kena checklah list makanan yg X menyumbang kolesterol atau kurang menyumbang kolesterol......ya kurus pun x semestinya kolesterol rendah. ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:25 AM | Show all posts

Hehe

noor2 replied at 2-8-2020 10:04 AM
Sebab aku pun jenis kuat jogging exercise tapi pagi2 kadangkala bila nk tarik nafas rasa sakit kat d ...

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 2-8-2020 10:23 AM
Kena checklah list makanan yg X menyumbang kolesterol atau kurang menyumbang kolesterol......ya ku ...

Betoi..buat list..pastu amek la apa2 suplemen yg bantu turunkan kolestrol dan cairkan darah..mcm fish oil, coq 10 ke...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 2-8-2020 10:25 AM

Haha. .loqlaq. .

Tu badan orang ke babi. ..hamponnnn hilang selera akak. .lagi demam teruk akak tengok video ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 2-8-2020 10:26 AM
Betoi..buat list..pastu amek la apa2 suplemen yg bantu turunkan kolestrol dan cairkan darah..mcm f ...

Ya tq info......
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:31 AM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 2-8-2020 10:45 AM
noor2 replied at 2-8-2020 10:04 AM
Sebab aku pun jenis kuat jogging exercise tapi pagi2 kadangkala bila nk tarik nafas rasa sakit kat d ...

Jogging iols baca "berat" untuk jantung. Sis kena cari alternatif lain...ala2 Tai Chi gitu light2 je. Member iols, x merokok, rajin main bola..kiranya aktif la pon kena stroke sis.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 2-8-2020 10:04 AM
Sebab aku pun jenis kuat jogging exercise tapi pagi2 kadangkala bila nk tarik nafas rasa sakit kat d ...

sayur kekacang mmg berangin..segala jenis kekacang la..

kacang tanah..kacang pjg..buncis..bendi..soya

rebung dan nangka juga ibu angin..ubi kayu..juga angin..

dlm age 46 ni aku dh alah pd byk makanan yg tersebut di atas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukti yg gemok pun boleh kurus if usaha.. ni siap nampak fit and lean gitu... tahniah lah ya.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:40 AM | Show all posts
Baguslah makin meningkat usia makin menjaga kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 2-8-2020 12:40 PM
BicaraHatiku replied at 2-8-2020 10:31 AM
Jogging iols baca "berat" untuk jantung. Sis kena cari alternatif lain...ala2 Tai Chi gitu light2  ...


Taichi boleh hilangkan lemak ke....akak mmg anti lemaks. ..ni fizikal akak sekarang. .
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Contoh yg bagus. 22kg tu banyak tu. I nak turun 11kg ni makan takleh control. Haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.504640 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list