CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19433|Reply: 204

[Tempatan] Kluster Sivagangga. Kerana kedegilan seorang sahaja kini pekan Napoh sunyi sepi.

  [Copy link]
Post time 3-8-2020 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 3-8-2020 06:41 PM

Napoh sepi, penduduk bimbang
    myMetro>mutakhir
Noorazura Abdul Rahman

"SUDAH 14 tahun saya tinggal di sini. Perasaan bimbang itu tidak boleh digambarkan," kata Mohd Hadi Ahmad, 47, berikutan Kluster Sivagangga melibatkan pemilik kedai nasi kandar di Napoh, Kubang Pasu disahkan positif Covid-19 dan melanggar peraturan kuarantin.

Mohd Hadi yang juga pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba berkata, dia akan menjalani saringan Covid-19 petang ini selepas pernah makan di kedai berhampiran kedai terbabit.

Pemilik kedai nasi kandar itu yang pulang dari India, 13 Julai lalu disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas pemeriksaan saringan kedua.

Sebelum itu, polis menahan lelaki berusia 57 tahun itu kerana ingkar arahan kuarantin di rumah.

Sehingga semalam, kluster ini merekodkan 20 kes positif Covid-19.

"Penduduk di kawasan taman perumahan saya juga bimbang dan mengambil langkah berjaga-jaga.

"Saya sendiri mempunyai anak yang bersekolah di sini. Alhamdulillah, kerajaan mengambil langkah awal dengan menutup sekolah walaupun saya difahamkan belum ada kes positif dari SK Hosba," katanya yang tinggal di Taman Seri Hosba.

Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia kini tidak lagi membenarkan anaknya keluar rumah sesuka hati kecuali atas urusan penting.

Semenara itu, tinjauan di sekitar daerah Kubang Pasu mendapati aktiviti penduduk berjalan seperti biasa namun keadaan di Pekan Napoh lengang dan kebanyakan premis perniagaan seperti kedai makan dan Pusat Komuniti Desa tidak beroperasi.

Hanya kedai runcit, kedai 'hardware' dan stesen minyak beroperasi seperti biasa.

Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa kawasan membabitkan kluster berkenaan mula dilaksanakan terutama di Napoh.

Lima sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap turut ditutup hari ini manakala sekolah lain di beroperasi seperti biasa.

Sekolah yang ditutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, SK Hosba, SK Megat Dewa dan SK Kubang Palas.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 03:19 PM | Show all posts
kelin8 bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:21 PM | Show all posts
takde spe ke boleh upload gmba muka yindia mari tu. geram plak iols
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:23 PM | Show all posts
Tak semua orang faham bahasa. Patutnya kuarantin gomen kena berterusan. Tak boleh suruh deols kuarantin sendiri. Kalau kuarantin di rumah sendiri pun, family in contact kena kuarantin sekali
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:25 PM | Show all posts
Moga jadi pengajaran agar kes yang sama tak berlaku ditempat lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2020 03:28 PM | Show all posts
Kluster Sivagangga: Penduduk bimbang hantar anak ke sekolah
NURUL HIDAYAH HAMID | | 3 Ogos 2020


ALOR SETAR - Sebilangan ibu bapa di mukim Derga di sini enggan untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah kerana bimbang dijangkiti koronavirus (Covid-19) menerusi Kluster Sivagangga.

Seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 29, berkata, dia mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah selepas terbaca maklumat di laman sosial Facebook serta menerima mesej pesanan ringkas daripada guru.

Katanya, dia difahamkan terdapat penduduk tempatan yang bekerja sebagai pemandu lori singgah makan di sebuah kedai makan di Napoh, Kubang Pasu di sini yang menjadi tular sebagai lokasi permulaan Kluster Sivagangga.

"Tapi, pemandu lori itu dikatakan patuh arahan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari seperti ditetapkan, malah dia langsung tidak keluar dari rumah di Kampung Bakar Sampah di sini selepas singgah makan di kedai makan tersebut.

"Sebagai ibu bapa, kita tetap bimbang keselamatan dan kesihatan anak walaupun dimaklumkan bahawa lelaki itu bebas dari sebarang jangkitan Covid-19," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Nur berkata, dia mengambil keputusan tidak menghantar anak ke sekolah buat sementara waktu, namun bersedia menghantar semula anaknya ke sekolah selepas keadaan kembali reda.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Salasiah, 70, berkata, dia menasihatkan anaknya supaya tidak menghantar cucu ke sekolah kerana takut dijangkiti Covid-19 selepas membaca WhatsApp salah seorang guru.

"Berdasarkan mesej itu, waris dinasihatkan tidak menghantar anak mereka yang tinggal di kampung itu ke sekolah sehingga kes negatif. Murid kurang sihat juga dinasihatkan tidak hadir ke sekolah tetapi terus ke klinik," katanya.

Bagaimanapun, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kawasan Kampung Bakar Sampah di sini bebas daripada sebarang penyebaran Covid-19.

"Lelaki yang dikuarantin sebelum ini sudah pun dibenarkan membuka gelang merah jambu di hospital berhampiran hari ini selepas keputusan saringan didapati negatif Covid-19. Jadi diharapkan masyarakat tidak bimbang untuk ke kawasan ini.

"Bagaimanapun penduduk mengambil langkah pencegahan seperti mencatat nama, melakukan pemeriksaan suhu dan memakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan sebarang penyakit," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2020 03:31 PM | Show all posts
COVID-19: 7,000 penduduk kena PKPD angkara kluster restoran nasi kandar
Oleh Latifah Arifin


KUALA LUMPUR: Angkara seorang individu ingkar kuarantin di rumah, kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) mulai hari ini hingga 30 Ogos.

TEMCO dilaksanakan bagi membolehkan pasukan petugas perubatan menyaring semua penduduk terbabit daripada jangkitan COVID-19 dalam penularan pandemik dikenali sebagai Kluster Sivagangga yang setakat ini sudah menjangkiti 11 mangsa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD TEMCO itu akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama.

"Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Kedah yang membabitkan empat mukim, Kerajaan Negeri Kedah memohon untuk melaksanakan PKPD TEMCO.

"Pertama, satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap).

"Seramai 7,000 penduduk di kawasan berkenaan akan disaring secara swab test (ujian calitan)," katanya.

Ismail Sabri berkata, selain sekolah dan tadika, masjid dan rumah ibadat dalam kawasan berkenaan akan turut ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD TEMCO.

Bagaimanapun, bagi solat Jumaat, cuma tiga orang jemaah dibenarkan bagi melaksanakan ibadah berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mengenai Pelaksanaan PKPP di Parlimen, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:33 PM | Show all posts
Orix replied at 3-8-2020 03:21 PM
takde spe ke boleh upload gmba muka yindia mari tu. geram plak iols

ini muka celaka tu, tp tutup ngn face mask


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 03:45 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 3-8-2020 03:33 PM
ini muka celaka tu, tp tutup ngn face mask

Dah tua, kesian, tapi, bangang, nak marah. eiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 3-8-2020 03:45 PM
Dah tua, kesian, tapi, bangang, nak marah. eiiiiiiiiiiiiii

Aku rs nk pijak je mangkuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi pengajaran...jgn selfish. Nk mati ..jgn nk ajak org lain skali org lain nk hidup
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 3-8-2020 03:21 PM
takde spe ke boleh upload gmba muka yindia mari tu. geram plak iols

Ang nak tengok ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 3-8-2020 03:33 PM
ini muka celaka tu, tp tutup ngn face mask

Aku ada gambar dia.. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:51 PM | Show all posts
bakar je kedai dengan rumah dia..
baru dia tau erti penyesalan..
bodoh piang menyusahkan orang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:54 PM | Show all posts
karipap_sadin replied at 3-8-2020 03:48 PM
Aku rs nk pijak je mangkuk ni

khuenst. gerammmm... tp terbayang apak iols lak bila tua cm tu... apak iols dah tua jenis blur2 dalam kedegilan gituh.. iols mcm memahami perasaan org tua yg x paham bahasa sejenis bosan mungkin bila kena kuarantin mcm bapak iols kena pkp pun gigih berjalan sana sini kena warning ngn polis pun dia buat dekkkk jah sampai iols harap abam polis tu hangkut jah apak iols pi balai sbb dah berbuih mulut duk nasihat ... yindia ni xde anak2 ke nak nasihat? dia tahu x covid tu sejenis penyakit senang berjangkit
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:54 PM | Show all posts
ni pikir nak untung je sbb tu bukak juga kedai even kena kuarantin patutnya..

skrg ni org boikot terus kot kedai kau.. lagi rugi berganda2x..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 03:58 PM | Show all posts

tak pa la sarah. ttbe iols kesian tgok gambar dia yg baju kt perut pun tak berbutang, nmpak mcm penat/buntu jah dah tua2 kena cari rezeki di tempat org. tapi kenapa bengapppppp langgar arahan kuarantin
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 3-8-2020 03:54 PM
khuenst. gerammmm... tp terbayang apak iols lak bila tua cm tu... apak iols dah tua jenis blur2 da ...

Aku x brapa kesian dgn dia ni sbb degil ni dah sebati dgn dia. https://www.facebook.com/AduanRakyatKedah/photos/a.1578324222394236/1762518093974847
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2020 04:02 PM | Show all posts
#kubangpasu Empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dengan semua masjid dan rumah ibadat ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-8-2020 03:50 PM
Aku ada gambar dia.. Hahaha.

Tempekkkk biar kita ludah ramai2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.211248 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list