CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12116|Reply: 124

[Tempatan] Jgn ingat yg kena buang kerja saja stress. Isteri yg asal bersama saja terus 'me

  [Copy link]
Post time 8-8-2020 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Bukan tak merancang, tapi kerap 'lekat'... ibu beranak ramai stres kesuburannya jadi bahan orang sekeliling - “Suruh dia stop, asyik buat anak je” - Viral | mStar
Sabtu, 08 Ogos 2020 12:00 PM
3-4 minutes

DIKURNIAKAN zuriat sememangnya anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Selain menjadi pengikat kasih antara suami isteri dan penyambung keturunan, kehadiran cahaya mata juga sering dikatakan pembawa rezeki buat keluarga.

Namun, lain pula halnya apabila ada segelintir pasangan yang 'mengeluh' kerana dikurniakan anak yang ramai pada usia muda, sebagaimana perkongsian seorang pelayar ini di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia.

Menerusi satu status di Facebook, pelayar berkenaan berkongsi kisah rakannya yang stres gara-gara tidak tahan dengan mulut orang sekeliling yang memperkatakan mengenai 'kesuburan' dirinya.


Seorang pelayar memuat naik screenshot 'luahan' rakannya yang stres gara-gara sering menjadi bahan orang sekeliling.

"Dia stres sebab mulut orang yang suruh dia stop sebab asyik buat anak je, muda lagi. Sedangkan dia sendiri tahu itu rezeki daripada Allah," tulis pelayar berkenaan.

Bersama perkongsian tersebut, dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) luahan rakannya yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Antara isi 'luahan' tersebut, rakannya mendakwa sudah cuba merancang kehamilan namun gagal apabila kerap 'lekat', menyebabkan terpaksa reda dengan rezeki yang dikurniakan.

"Nasihat murni, terima kasih ya ibu-ibu semua," tulis pelayar itu lagi bertujuan meminta nasihat dan pandangan ahli kelab berkenaan.

Perkongsian tersebut dibanjiri dengan ratusan komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Ada di antara mereka yang memberikan nasihat dan kata-kata positif kepada rakan pelayar tersebut.

"Rezeki jangan ditolak. Anak tu rezeki, tak kira muda ke apa. Saya tiga tahun tunggu, dapat tahu mengandung happy sangat tapi tak ada rezeki. Sebelum puasa tahun ini keguguran. Doakan saya lekat cepat ya," tulis seorang netizen.

"Sabar sis, saya pun umur 28 anak dah empat. Tahun sebelum ni rancang, makan ubat banyak terlajak kemudian sangkut. Pernah juga down sebab famili cakap 'kau dah la susah, anak pula ramai'. Tapi yakin dengan rezeki Allah," tulis seorang lagi.


Reaksi pelbagai daripada netizen terhadap perkongsian pelayar berkenaan mengenai kisah rakannya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kaedah merancang sebagaimana yang didakwa oleh wanita berkenaan.

"Rancang? Guna kaedah apa? Disiplin tak? Kalau sekadar ambil buat syarat tak payah la nak stres bagai. Kecuali la betul-betul disiplin dan komited, baru la boleh betul-betul kata rezeki," komen seorang pelayar.

"Kalau nak merancang, rancang la betul-betul. Bila dah sangkut, belajar reda," ulas yang lain pula.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
gunalah kondom atau pancut kat luar la..apa susah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila yang bercakap lagi mudah daripada yang menghadapi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada ke pil perancang untuk lelaki..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:12 PM | Show all posts
kaedah apa dia guna? and ntah banyak  benda ta dinyatakan dalam artikel, artikel panjang tapi kritikl info macam jenis perancang dia guna , etc tu tak ada pula. anak yg sedia ada berapa , berapa gap year ..etc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rancang guna apa tu cik kak? Kalau setakat rancang sendiri tak payah nak membongak ye. I yg pakai precaution kondom pun boleh lekat... cara paling selamat pakai la iucd, suntikan atau implanon. Kalau setakat rancang SENDIRI tu or pakai kondom takde maknanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
suruh la laki ko keje usaha lebih utk dpt income lebih
extra anak means another mouth to feed
jgn ko bagi anak makan pasir dah la
worst, ko gi lelong anak kat yebby yabadi, pastu dia tolong jual anak tu kt ig harga lelong satu kepala 5K
lepas la beban ko laki bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak membongak pun agak2 ler. Dah rancang konon. Semua hal sulit nak canang kat orang kan. Tak tau malu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau suami rjn mnolong n kewangan kukuh why not kalau anak ramai sekalipun...kalau x,sila la bincang elok2 dgn suami tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba jgn merunguttttt
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tengok kebelakangan ni banyak cerita birth control pills tak berkesan. Big pharma sengaja ke buat begitu

Mat saleh pun ramai ambil BC duk dgn boyfie, diorg komen ngandung jg
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:55 PM | Show all posts
Tak ada kaedah yang dijamin 100%.

Ada kawan yang dah guna semua kaedah doktor suggest tetap lekat, sampai anak ke 8 hospital terus ikat.

Masa Ngah cesarean kali kedua pun doktor potong & ikat.  Doktor cakap hanya 99% boleh halang kehamilan tapi jika mengandung kebarangkalian luar rahim agak tinggi.  

Jadi tak payah nak kutuk & judge orang.  Allah nak bagi, kun faya kun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah merancang terlekat juga korang lakibini la kene extra effort utk penuhkan keperluan harian. kalau setakat acah2 merancang je lantak korang la, anak2 dan bakal anak tu jgn dibiar plak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpala, dah usaha, benda nk jd, terima je la. Jaga zuriat tu dgn baik, kan amanah tu. Suruh suami tu keje keras carik rezeki lebih. Lps ni, dah xmo tmbh, suggest je la kat suami tu suruh buat vasectomy.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai condom pon x reti. Mmglah peknen dek. Ko nak harap pakai waktu subur tiap2 taunlah ko branak. Kang kata bodoh marah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 8-8-2020 04:17 PM
Rancang guna apa tu cik kak? Kalau setakat rancang sendiri tak payah nak membongak ye. I yg pakai pr ...

Pancut luar lah senang. Kondom pon ok je. Tapi dh kalau beromen pon ganas2 mmglah kondom koyak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 05:29 PM | Show all posts
dah beranak

x nak anak tu

bagi la kat pasangan2 x ada anak

apa susah

jaga2

jangan bagi kat kapel lgbt

abis budak tu lom sempat masuk skolah menengah dah dipotong nya bird budak tu

kalau ada breast pulak dipotongnya breast

silap2 dipedonya budak tu

lgbt ni x boleh dipercayai

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 05:30 PM | Show all posts
weezerfan replied at 8-8-2020 05:27 PM
Pancut luar lah senang. Kondom pon ok je. Tapi dh kalau beromen pon ganas2 mmglah kondom koyak

kau x de bird senang la kau ckp


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu xnak anak do something LA women...
Ni Jenis menyerah je..
Ukur baju Kat badan sndiri LA..la
Da tahu pattern Jenis mudah lekat. Xpernah baca ttg ubat ubatan ke..
Klu pun Rasa x mampu sgt g LA klinik kesihatan kerajaan tu..amik pil.free je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.103962 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list