CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20548|Reply: 110

Wafariena Dimaki Hamun, Diugut Simbah Asid

  [Copy link]
Post time 10-8-2020 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Impak watak Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2, Wafariena Roslan, 25 sampai diugut disimbah asid.


Bukan itu sahaja, pelakon baharu ini juga dimaki hamun dengan perkataan kesat.


Bagaimanapun menurutnya semua ini langsung tidak memberi kesan terhadap dirinya.


  



  



"Walaupun kena maki hamun, saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya.

"Saya sudah jangka watak Nurul Ain akan menerima impak besar. Ada yang memanggil saya dengan gelaran tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin televisyen (TV), kemudian menghantarnya kepada saya.

Foto: IG


"Cuma, saya perlu berhati-hati apabila ada yang mengugut mahu menyimbah asid ke wajah. Nasib baik kita dikehendaki memakai pelitup wajah, jadi sukarlah mereka mengecam wajah saya.

"Tetapi, pernah juga saya dimarahi seorang makcik ketika sedang makan, gara-gara terlalu membenci Nurul Ain. Awalnya, saya agak terkejut dan memintanya bersabar, tetapi semuanya baik-baik sahaja, malah dia siap bergambar dengan saya," katanya kepada BH Online.


Wafa kata dia bersyukur kerana watak yang dipegangnya memberi kesan kepada penonton.


  



  



"Mungkin ini adalah permulaan baik untuk bakat baharu seperti saya. Sebelum ini, saya pernah menjayakan beberapa telefilem, tetapi lakonan belum cukup menyerlah. Berbeza dengan watak Nurul Ain.

"Alhamdulillah, tawaran lakonan semakin banyak diterima. Sebagai pelakon baharu, saya tak boleh memilih watak. Saya akan menerima apa sahaja tawaran untuk mengasah bakat dan pengalaman dalam bidang lakonan." -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayu.............
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lama dh aku nk komen psl minah ni......
so kg.com wajah beliau.....
sgt sgt kg bila pkai tudung....
lgsung xssuai jd retis.......
norkhairiah lagi lawo pada aku
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:21 PM | Show all posts
bila pakai tudung nampak biasa2 je dia ni.. bila free hair lawa jugak.. siap dagu lekuk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:25 PM | Show all posts
overnya yang menonton tu..drama je kot

sheols masih kayu dan kaku, pencaras versi muslimah ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:40 PM | Show all posts
alah cantiknya dia

sebab tu ramai benci

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dagu terbelah.. Cantik yg tak puas tengok bagi mata aku la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:43 PM | Show all posts
dia ni paling tak pandai berlakon dalam 7 hari mencintaimu 2.. terkemut2 ekspresi wajah n bukak mulut pun malas..
watak si kenit tu lakonan lagi meyakinkan..
siti saleha superb lakonan sheols.. bila dia nangis bole terasa sampai ke penonton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 03:44 PM | Show all posts
Lawa jugak laa dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:44 PM | Show all posts
lawa jugak budak nih... okeh lah org meluat pun dia di bayar, dr yg dok main tick tock toe tuh, tunjuk free jamuan mata ajer
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:46 PM | Show all posts
Boleh diterima la lakonan dia... watak baik dia tu convincing sampai la nak kehujung ni baru nampak sisi birah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 03:43 PM
Dagu terbelah.. Cantik yg tak puas tengok bagi mata aku la.

Tokti pun terbelah jgk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:56 PM | Show all posts
freyayong replied at 10-8-2020 03:21 PM
bila pakai tudung nampak biasa2 je dia ni.. bila free hair lawa jugak.. siap dagu lekuk...

dagu bontot namanya ittewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 10-8-2020 03:56 PM
Tokti pun terbelah jgk

Tak minat. Hahahahaaha..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:57 PM | Show all posts
kecoh la korang bdk tu kayu ke tidak

dah dia bawak watak kayu

kayu le

cer korang berlakon

ops muka x cun cane nak masuk tv ye dak?

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ye la tu kena ugut..ntah2 propa je lebih..kalau si niena baharun ke apa nama yg bawak watak husna dlm jangan benci cintaku tu boleh la terima logik kalau ada org nak ugut..menjadi la jugak watak dia..yg ni, takat "suka", "emm", sengih2, takde maknanya nak meluat sbb watak menjadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 04:12 PM | Show all posts
muka dia kg.com tapi jenis yg cantik la...boh rambut blonde2 sikit pasni boleh la tangkap laki kaya yg tua..sbb laki kaya yg muda2 suka kaki panjang dan muka kokosen je
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama dia mengingatkan ku mcm nama kedai nasi arab..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 04:26 PM | Show all posts
Nak kata berkesan sangat lah tu lakonan dia bawa sampai ada penonton nak buat ancaman macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak shukri Yahya lebih kurang cam watak saharul rudzwan dlm cite yg berlakon dgn niena tu..lembikkkkk jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.071426 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list