CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2945|Reply: 1

Tanggapan Salah Pemilik Enterprise Tentang Cukai

  [Copy link]
Post time 11-9-2020 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by AMACC at 11-9-2020 11:37 AM

Seringkali pemilik perniagaan enterprise beranggapan bahawa cukai tidak penting bagi mereka. Di bawah ini saya nyatakan beberapa tanggapan yang salah tentang cukai:

1. “Perniagaan saya baru lagi , rugi pulak tu tak payah lah hantar borang cukai”

Seperti yang anda semua sedia maklum, pemilik perniagaan enterprise perlu menghantar borang B kepada LHDN untuk melaporkan pendapatan setiap tahun. Terdapat segelintir pemilik perniagaan enterprise beranggapan bahawa jika mereka baru memulakan perniagaan dan perniagaan tersebut rugi, mereka tak perlu hantar Borang B.

Tanggapan ini sememangnya salah kerana  Borang B ini ‘wajib’ dihantar oleh semua pemilik perniagaan enterprise tak kisah sama ada rugi, untung ataupun baru memulakan perniagaan.

Jika perniagaan anda rugi sekarang ianya sebenarnya boleh di bawa ke tahun hadapan dan tolak dengan untung tahun hadapan, kalau anda tak hantar borang ini  sebenarnya merugikan diri anda sendiri.

Selain itu, jika anda tidak hantar borang ini penalti juga akan dikenakan kerana anda tak melaporkan dengan betul jumlah pendapatan.

2. “ Tak nak saya daftar dengan LHDN nanti mesti kena bayar cukai”

Tanggapan ini ternyata salah, tak semestinya anda mendaftar LHDN anda perlu membayar cukai. Mendaftar dengan LHDN ini ialah sebenarnya tanggungjawab kita sebagai pemilik  perniagaan di Malaysia walaupun ramai yang tak setuju dengan kenyataan ini tapi itula realitinya.

Kiraan cukai  sebenarnya tak sama dengan kiraan untung rugi  syarikat.

Mungkin anda tidak akan dikenakan cukai langsung kerana sudah tolak segala pelepasan yang di beri oleh LHDN. Terdapat banyak pelepasan yang diberi dimana anda boleh menggunakan pelepasan tersebut se maksima mungkin. Untuk lebih lanjut anda boleh rujuk dengan ejen cukai anda tentang pelepasan-pelepasan yang wujud.

3. “ Saya dah bayar zakat, buat apa nak bayar cukai lagi”

Zakat ialah undang- undang islam , manakala cukai ialah undang- undang dalam Negara. Ternyata ini adalah dua benda yang berbeza. Tapi jika anda membayar zakat perniagaan sebenarnya ini akan membantu dengan mengurangkan jumlah cukai yang akan dibayar tapi perlu menghantar  borang terlebih dahulu.

Banyak mana pun anda bayar zakat, tetapi tak bayar cukai anda masih akan dikenakan penalti terhadap kesalahan tersebut. Jadi, lagi bagus jika anda mengambil langkah selamat dengan membuat  kedua- duanya iaitu bayar zakat dan bayar cukai.

Semoga bermanfaat.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2020 12:45 PM | Show all posts
SERVIS PENGURUSAN AKAUN SYARIKAT

Adakah anda menghadapi masalah untuk merekod transaksi perniagaan dan menyediakan dokumen secara teratur, sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN?

Kebanyakan pemilik syarikat lupa dan mungkin buat-buat lupa tentang kepentingan menguruskan perakaunan syarikat.

Tahukah anda kelewatan menghantar dokumen kepada akauntan anda boleh menyebabkan anda dikenakan kompaun?

  • Anda menyerahkan dokumen  lewat  dan dokumen tidak tersusun.
  • Jadi, penyata kewangan anda akan siap lambat dari tarikh yang sepatutnya.
  • Seterusnya, akan menyebabkan audit anda tertangguh.

Akibatnya, banyak syarikat telah dikenakan KOMPAUN oleh LHDN dan SSM sehingga mencecah beratus ribuan ringgit.

Antara kesannya:

  • Dikenakan kompaun dengan SSM sebab lewat hantar Laporan Penyata Kewangan.
  • Dikenakan penalti dari LHDN sebab lewat hantar borang.
  • Kena bayar cukai tinggi sebab tidak urus.
  • Kerugian kerana aliran tunai terjejas – sebab kena bayar penalti / kompaun.

Perkara ini amatlah merugikan syarikat.

Oleh itu, AMACC berasa tanggungjawab untuk membantu anda dalam menguruskan akaun syarikat dimana kami ada menawarkan beberapa servis akaun yang anda perlukan.


ANTARA PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN :

  • Merekod transaksi perniagaan  dan mengekalkan dokumentasi  secara teratur dan sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN.
  • Membantu anda mengesahkan dan mengawal akaun anda.
  • Memeriksa perisian akaun (accounting software) anda untuk memastikan ianya bersesuaian dengan operasi syarikat.
  • Menawarkan perisian akaun (accounting software) yang bersesuaian dengan operasi syarikat.
  • Menilai  prestasi  kewangan syarikat secara berkala.


PENYEDIAKAN AKAUN SECARA BULANAN (SEBULAN / 3 BULAN / 6 BULAN)

1. Kepentingan Pengurusan Akaun

  • Kenalpasti kedudukan kewangan syarikat
  • Dapat menganalisa dan elak penyelewengan
  • Merancang cukai
  • Pinjaman mudah diluluskan
  • Dapat menyelamatkan syarikat daripada dikenakan kompaun
  • Merancang dan mengawal perbelanjaan

2. Permasalahan yang sering berlaku jika sediakan akaun secara tahunan – setahun sekali

  • Dokumen hilang / tidak tersusun
  • Penyediaan akaun memakan masa yang lebih lama
  • Tidak dapat merancang cukai


KELEBIHAN YANG ANDA AKAN DAPAT DARIPADA SERVIS INI:

  • Dokumen anda lebih tersusun.
  • Merekod transaksi perniagaan dan mengekalkan dokumentasi secara teratur dan sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN
  • Akaun syarikat akan selesai pada masa yang telah ditetapkan.
  • Tiada lagi kelewatan pada audit.
  • Dapat menilai prestasi kewangan syarikat secara berkala.
  • Boleh merancang cukai syarikat


HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DENGAN TEAM AMACC.

Tel: 03 8920 8081
Email: contact@amacc.com.my
Web:
amacc.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054226 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list