CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3533|Reply: 1

[Jenayah] Dua pegawai, sembilan anggota tentera dirakam keterangan

[Copy link]
Post time 14-9-2020 11:07 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/731400/dua-pegawai-sembilan-anggota-tentera-dirakam-keterangan


KUALA LUMPUR: Polis setakat ini merakam keterangan dua pegawai dan sembilan anggota tentera bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Prebet Abdul Aziz Aznam.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan polis Johor akan memanggil anggota lain untuk melengkapkan siasatan.


"Berdasarkan maklumat dan rekod setakat ini, polis Johor sudah rekod percakapan dua pegawai dan sembilan anggota lain-lain pangkat.

"Polis akan panggil dan rekod percakapan anggota lain kalau ada keperluan. Sekarang ini beri masa dan ruang kepada polis jalankan siasatan kes ini secara menyeluruh," katanya pada BH, hari ini.

Kelmarin, seramai 10 saksi dilaporkan sudah diambil keterangan berhubung kematian anggota tentera itu yang jatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dipetik berkata, saksi terbabit ialah dua pegawai, tujuh anggota pangkat rendah serta seorang orang awam.

Pada 29 Ogos lalu, Abdul Aziz dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman berkenaan.

Mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, namun meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang, 6 September lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
X sbr nak tau hasil siasatan.

Sp mastermind?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.081319 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list