CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9022|Reply: 43

[Tempatan] Sah, Elews Mart telah bungkus!!

  [Copy link]
Post time 20-5-2024 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-5-2024 11:27 PM

KUALA LUMPUR: Lebih tiga tahun beroperasi, semua cawangan pasar raya Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew dikhabarkan ditutup secara berperingkat bermula 15 Januari lepas.

Perkembangan terbaharu itu diperolehi menerusi satu notis bertarikh 15 Januari 2024 dengan kepala surat Elews Mart Sdn Bhd yang tular pada Rabu.

“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn Bhd akan menutup semua cawangan Elews Smart secara berperingkat bermula pada 15 Januari 2024.

“Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar.


“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” menurut notis tersebut.


Tinjauan di laman sesawang rasmi ElewsMart mendapati, tiada notis tersebut dikongsikan dalam laman tersebut.


Begitupun, semakan pada laman Facebook dan Instagram perniagaan itu mendapati ia sudah lama tidak dikemas kini.


Kali terakhir ia dikemas kini, dengan promosi daripada kedai tersebut adalah pada September tahun lepas.


Elews Mart merupakan perniagaan runcit milik Ebit yang tular sebelum ini kerana menawarkan barangan dengan harga murah kepada pengguna.


Pada 2020, sebanyak 10 cawangan dibuka dan terletak di Bandar Baru Bangi, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.



Astro Awani








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apecer? Bisnes tak menjadi ka apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2024 10:40 PM | Show all posts
Terobek....



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk betul duit dia buka cawangan byk2. Pastu jual murah pula. Ye ke murah aiols tak permag pergi. Mana mari duit tu semua?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 11:08 PM | Show all posts
dah takda servis mendobi lagi kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 11:12 PM | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 20-5-2024 11:07 PM
Byk betul duit dia buka cawangan byk2. Pastu jual murah pula. Ye ke murah aiols tak permag pergi. Ma ...

Mana ada murah...iolss pernah masuk dulu (sekali je la tapi)Murah lagi kat 99 Speedmart. Pastu barang yg iolss cari tu takde kat EM ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Elews design tu pun dia punya ke? jual baju apa je situ sbb sejak thn lepas tak pernah bukak. signboard kan main beso kedai pun nmpk beso.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu tengah mendonia kutip derma sini sana. Tiba2 wak jahid pun menempel sama. Bila terciuk semua krik2, penderma awam pun mula krik2 maybe sakit hati "ustaz" "mualaf" suka gebang mcm duit yg bagi pada penerima semua duit sendiri. Penerima2 derma pulak kesian discam "ustaz" yg menjanjikan bulan dan bintang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 12:00 AM | Show all posts
Dulu orang kata tak cina kalau tak menipu.

Sekarang tak isle kalau tak menunggang.

Tapi business cina survive dan berkembang. How?

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
penjual sambal tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 20-5-2024 11:07 PM
Byk betul duit dia buka cawangan byk2. Pastu jual murah pula. Ye ke murah aiols tak permag pergi. Ma ...

Mana ada murah. Xde sapa beli pon. Smua pakar pegi speedmart jgk. Ni la bahana meniaga smbil jual agama. Kk mart, 7E pon mahal tp sbb xjual agama , kekal relevan. Except now dah boikot kk mart sbb hina islam. Kes mcm ni buat i berat nk sokong Darsa Chicken. Xminat nk sokong perniagaan islam yg awal2 dah menceceh BMF
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-5-2024 12:00 AM
Dulu orang kata tak cina kalau tak menipu.

Sekarang tak isle kalau tak menunggang.

Sbb menipu ler berkembang. Nk survive in real world mmg kena menipu. Ko jujur, bye2 la
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 09:17 AM | Show all posts
Pernah masuk sekali je. Barang banyak takde. Nampak sangat theyols tak stock up. Lepas tu I tak masuk2 dah sampai la dengar macam2 cite pasal heols.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 11:02 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 20-5-2024 10:32 PM
Apecer? Bisnes tak menjadi ka apa?

ater asik bz tumbuk samballlll
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 11:10 AM | Show all posts
X pernah masuk sbb dari luar pun nampak bukan jual atau majoriti produk Muslim tapi lebih kpd produk komersial mcm Nescafe,Milo etc...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 11:11 AM | Show all posts
meols ni baru skodeng a few companies yg gah dedulu kala, tahun ini udah nak berbungkus

salah sorang supplier meols..  mcm gah ke sana ke sini kasik talk, export kunun kata ke londong.. tp syahduuuu sendu mintak customer bayar PO full sbb takde duit nak rolling, jadah betoi


revenue baru rm5 juta, rm3 juta pegi poket anak beranak mengahhh holdings... robert kwok pun bangkrap nyahhh cam gitu tu tak masuk director utang juta2 jugak from company.. ujung2 nama ada holdings berhad pun teda maknanyehhhhhh

asal biz tongkat.. tp tongkat udah ilang... tiba tang anak harus la tak reti berbisnis kan sbb asal keturunan pun asik menadah dapat tender, dapat grant, puikkk

typical mcm drama mulayu petang2 kul 7 tibi tiga suku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 11:32 AM | Show all posts
omg
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 12:37 PM | Show all posts
Paramaount Coffee House ada lagi ke? tak perasan lama tak pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:46 PM | Show all posts
areyam replied at 21-5-2024 12:37 PM
Paramaount Coffee House ada lagi ke? tak perasan lama tak pergi...

kat conezion putrajaya ada lagi. hidup segan mati tak mahu je kondisi kedainya

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 02:17 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 20-5-2024 02:32 PM
Apecer? Bisnes tak menjadi ka apa?

meniaga kat malaysia ni maintain bisnes lagi mahal
berbanding bukak yang baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8766 Replies : 72
????????แทงบอลเว็บไหนดี????(Line: @222c) ????แทงบอลยูโรออนไลน์ UFABET222 ????????
Pimpilai????????แทงบอลเว็บไหนดี??
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 220043 Replies : 5385
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 3149 Replies : 44
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17231 Replies : 82
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27313 Replies : 110
Hati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
lucky_peaceHati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
Views : 45737 Replies : 134
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73826 Replies : 327
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19858 Replies : 103
iols Busy....uols Busy Tak?
Ximiols Busy....uols Busy Tak?
Views : 15577 Replies : 70

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.194054 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list