CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7529|Reply: 20

[Tempatan] Malaysia alami keragaman iklim, terima hujan lebat

  [Copy link]
Post time 14-9-2020 11:08 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... -terima-hujan-lebat



KUALA LUMPUR: Fenomena keragaman iklim yang melanda Malaysia ketika ini mewujudkan fenomena taburan hujan tidak sekata di kawasan tertentu dalam negara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Jailan Simon, berkata fenomena yang jarang berlaku sejak sedekad lalu ini terjadi apabila tiupan angin Monsun Barat Daya sekitar Mei sehingga September tidak konsisten.

Katanya, ia mengakibatkan taburan hujan yang beragam dan berubah-ubah dengan ada kawasan menerima hujan lebat dan ada yang sebaliknya.

"Apa yang dialami ini tidak pernah berlaku pada dekad yang lalu dan kali pertama dicatatkan tahun ini sejak 10 tahun lalu.

"Hujan akan berlaku dari masa ke semasa dalam tempoh ini bergantung kepada tumpuan angin dan keadaan atmosfera," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas mengenai ramalan cuaca untuk bulan ini berikutan hujan direkodkan kerap berlaku pada waktu petang.

Khamis lalu, hujan lebat dalam tempoh beberapa jam mengakibatkan beberapa kawasan ibu negara seperti Masjid Jamek ditenggelami banjir dipercayai berpunca limpahan air Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Jailan menjelaskan, angin Monsun Barat Daya kebiasaannya membawa cuaca lebih kering akibat tiupan angin kering dari Sumatera dan Kalimantan ke negara ini.

Katanya, pemerhatian Jabatan Meteorologi mendapati angin monsun sangat lemah ketika ini menyebabkan banyak kawasan dilanda hujan lebat.

"Ini menyebabkan keadaan cuaca lebih lembap berbanding biasa di rantau ini termasuk di negara kita dan Indonesia (Sumatera dan Kalimantan) terutamanya semasa Jun dan Julai," katanya.

Mengulas kejadian hujan lebat pada Khamis lalu, katanya Jabatan Meteorologi sudah mengeluarkan amaran sejak pagi mengenai hujan berkenaan.

Katanya, amaran kedua sekitar jam 12 tengah hari dan siaran ulangan amaran dikeluarkan sejam kemudian serta diikuti pada jam 3 dan 4 petang.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2020 11:08 PM | Show all posts
sejuk sket

jimat ekon
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah hujan
Iols suka jer
Tenang rasa bila hujan
Cuma kena extra hati2 masa drive
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur hujan.. besh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuantan pun hujan ari ni..kejap lebat,kejap brenti..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:13 AM | Show all posts
iols tido siang pon siap pakai selimut yachh...rasa sejuk2 nyaman gitu...belah malam lagi sejukkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2020 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 14-9-2020 11:17 PM
Alhamdulillah hujan
Iols suka jer
Tenang rasa bila hujan

Ko bukan penorah getah, suka lah ujan. Jgn.selfish, pikirkan org lain juga, majoriti Melayu tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 14-9-2020 07:33 PM
Ko bukan penorah getah, suka lah ujan. Jgn.selfish, pikirkan org lain juga, majoriti Melayu tuh

So!!
Suka hati akulah
Tetia ko nak kesiankan melayu kenapa
Dah takda modal nak kutuk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu baru cuaca x menentu. Blom lg bulan bintang berlanggar sesama sndiri.
#semogabermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 08:13 AM | Show all posts
elnor_81 replied at 14-9-2020 11:36 PM
Kuantan pun hujan ari ni..kejap lebat,kejap brenti..

kan

2,3 hari ni dr pagi ke petang lembab je

last week terik jugak pagi

ni hari ni tak nampak matahari lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 15-9-2020 08:13 AM
kan

2,3 hari ni dr pagi ke petang lembab je

A ah..tp bagus jugak .sejuk sket...pg ni pun sejuk je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2020 08:15 AM | Show all posts
nazzse replied at 14-9-2020 11:12 PM
So!!
Suka hati akulah
Tetia ko nak kesiankan melayu kenapa

maafkan kawan baik aku tu nazz

dia tu terlampau taksub ngn politik

sampai sewel

sama2 kita doakan dia waras akal semula

ramai cam tu

otak sewel tapi taksub politik

mmg hilang kewarasan terus
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 08:16 AM | Show all posts
elnor_81 replied at 15-9-2020 08:14 AM
A ah..tp bagus jugak .sejuk sket...pg ni pun sejuk je...

sejuk pakej jem gilaaa kat im

trafik light rosak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 15-9-2020 08:16 AM
sejuk pakej jem gilaaa kat im

trafik light rosak

Ye ke?waduhhhh....x suka btul...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:38 AM | Show all posts


mendung je now
malam sejuk

regards
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 11:55 AM | Show all posts
Cuaca macam ni kedai mesin dobi layan diri makin ramai pengunjung.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 01:30 PM | Show all posts
cuaca skrg mood nak berhibernasi je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:59 PM | Show all posts
sejuk oiiii gigil2 dok opis
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 04:10 PM | Show all posts

betul. boleh jimat sket
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 15-9-2020 07:12 AM
So!!
Suka hati akulah
Tetia ko nak kesiankan melayu kenapa

Ada sedara mara aku yg jadi penoreh getah. Sebab tu aku paham sangat. Ko kan bukan main.pejuang Melayu non stop ratib Dap pedajal Melayu, rupanya ko hanya retorik je, tak amalkan yg ko jerit pekik selama nih.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.074403 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list