CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3057|Reply: 1

[Jenayah] Pencuri pakaian dalam diburu polis

[Copy link]
Post time 16-5-2024 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkentot at 17-5-2024 05:32 PM

BALIK PULAU: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata ia susulan laporan yang dibuat seorang wanita, 32, semalam yang mendakwa pakaian dalam yang disidai di luar rumah telah hilang.

"Sebaik menyedari pakaian dalam yang disidai di ampaian hilang, pengadu bertindak memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil pakaian dalam milik pengadu sebelum beredar dengan menunggang motosikal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kamarul Rizal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Terdahulu, tular rakaman berdurasi 60 saat memaparkan seorang lelaki bertopi keledar memanjat pagar sebuah rumah dan mengambil pakaian dalam wanita yang disangkut di ampaian sebelum segera beredar.


-- BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 10:40 AM | Show all posts
Kerje ko kan... @stingergrumpy anat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.398120 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list