Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
4246
View
43
Reply

[Dunia] China bersedia untuk perang

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-9-2020 03:04 PM | Show all posts |Read mode
China bersedia untuk perang

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/09/732676/china-bersedia-untuk-perang

Jumaat, 18 September 2020 - 2:54PM


China menegaskan negara itu bersedia untuk perang. - Foto fail AFP

BEIJING: China menegaskan negara itu 'bersedia untuk perang' berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar 11,000 anggota tenteranya ke Pasifik Barat bagi menyertai latihan ketenteraan secara besar-besaran.

Difahamkan, tentera AS sudah memulakan latihan Exercise Valiant Shield selama 10 hari di Guam membabitkan pasukan tentera darat, laut dan udara bagi melatih tentera mempertahankan wilayah Pasifik.

Tindakan AS menghantar kapal perang terbesar dan 100 pesawat ke wilayah dikuasai negara itu di Pasifik Barat itu mengundang kemarahan China yang kini mengumumkan 'bersedia untuk berperang'.

AS juga meningkatkan latihan ketenteraannya di wilayah Indo-Pasifik.

Pengarah Operasi Maritim Armada Pasifik AS, Michael Boyle, berkata latihan itu memberi peluang kepada tentera AS meningkatkan 'keupayaan ketika peperangan'.

Awal tahun ini, Komandan Angkatan Udara Pasifik AS, Charles Q Brown, berkata wilayah Indo-Pasifik adalah 'keutamaan' bagi Jabatan Pertahanan AS.

Global Times iaitu portal berita disokong Parti Komunis China, mendesak penduduk tempatan bersiap sedia menghadapi perang.

Portal berita itu menegaskan, China berdepan tuntutan wilayah dengan beberapa negara jiran yang dihasut AS untuk mencabar negara itu.

China pula mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan dan sekitar Taiwan selain mengancam meningkatkan operasi sehingga ke Guam.

Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, memberi amaran bahawa konflik China dan AS adalah satu ancaman yang nyata dan mendesak kedua-dua negara menghormati undang-undang antarabangsa.

China dan AS sebelum ini sudah menjalankan latihan ketenteraan di Laut China Selatan, wilayah maritim yang berdepan isu tuntutan bertindih.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper, mengumumkan pelan memperluaskan Angkatan Laut Amerika dengan pelbagai kapal, kapal selam dan pesawat tanpa pemandu untuk menghadapi ancaman maritim China.

Ketua Pentagon itu berkata, pelan berkenaan termasuk menambah armada laut kepada lebih 355 kapal berbanding 293 ketika ini.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa China adalah ancaman tertinggi kepada keselamatan AS dan wilayah Indo-Pasifik.

Laporan Pentagon mengenai Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) awal bulan ini mendakwa Beijing memiliki armada angkatan laut terbesar di dunia dengan 350 kapal dan kapal selam.

Namun, kata Esper, tentera laut China masih kekurangan dari segi kekuatan dan kemampuannya. - AFP











Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-9-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ego maniac.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ego maniac.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 03:49 PM | Show all posts
hishamudin, "tak apa-apa lahh ek"
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 06:51 PM | Show all posts
jepun dulu kena serang sbb xnak tunduk ekonomi dengan amerika. sejarah repeat it self. kalau ada rezeki 2021 akan berlaku perang besar dan market crash.

predict since 2017- sista cilipadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 06:55 PM | Show all posts
so,
kita berunding mintak tidak diancam
atau elok bertegas menyerang ??

mohon @axl_bach
bagi cadangan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 06:57 PM | Show all posts
sepiITUindah replied at 18-9-2020 03:49 PM
hishamudin, "tak apa-apa lahh ek"

khuenn....
pejam mata, tutup mulut dgn 1 jari cukup.



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan Mat Sabu masih kekal menteri pertahanan.......agak2 apa dia punya lawak dalam isu US / China ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat perang perdagangan ajaa...dua2 sayang kan ekonomi masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:21 PM | Show all posts
batu kikir replied at 18-9-2020 07:04 PM
Bayangkan Mat Sabu masih kekal menteri pertahanan.......agak2 apa dia punya lawak dalam isu US / Chi ...

lawak dia mesti tak termasuk tabur kwsp kita pada us
atau sewa panda dgn china.


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 18-9-2020 06:55 PM
so,
kita berunding mintak tidak diancam
atau elok bertegas menyerang ??

Aku x faham apa yg bro ckp ni, hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:59 PM | Show all posts
batu kikir replied at 18-9-2020 07:04 PM
Bayangkan Mat Sabu masih kekal menteri pertahanan.......agak2 apa dia punya lawak dalam isu US / Chi ...

elipen fait2 geras dai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 12:16 AM | Show all posts
dengar citer China sokong Trump menang utk jadi presiden satu penggal lagi ...  pasal ada nye Trump amerika akan makin jatuh

so kepada forumer yg jilat amerika,  elok cepat inform tuan uols utk ....   utk buat apa yer,  iols xde idea la,  dan juga tak minat ...  lantak la

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 12:18 PM | Show all posts
China berani sembang besar la sebab depa tau Amerika tak mampu nk tanggung satu lagi perang dengan masalah ekonomi akibat covid-19 tak habis2 lagi.

And Trump pulak guna taktik tu untuk dapat sapot rakyat. Sentimen anti China makin menebal lately so kempen perang ni boleh dapatkan Trumn sapot untuk jadi Presiden untuk satu penggal lagi.

Dulu George W. Bush dapat sapot rakyat Murica dipilih semula jadi Presiden masa 2004 Presidential Election pon sebab kempen perangi keganasan yg Bush lancar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 18-9-2020 07:04 PM
Bayangkan Mat Sabu masih kekal menteri pertahanan.......agak2 apa dia punya lawak dalam isu US / Chi ...

we hef to see who are the fader and mader of the terrorist so that we can tell their fader and mader about their kid who is terroris
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu diorg betul2 nak perang kita di Malaysia patut susah hati sbb berkemungkinan ia terjadi utk conquer Laut China Selatan. Apa2pun aku harap US & China cuma acah2 je la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 07:11 PM | Show all posts
prc komunih sepet ni betul2 x sedar diri perasan dorang setaraf dgn US..dahla tamak claim tanah yg bukan hak dia di 23 negara..cashla kalo kena serang dgn us




Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang jer... Amurika hanya perlu sekat penggunaan OS Android pd semua phone china... Terus china sembah ratu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-9-2020 04:20 PM
we hef to see who are the fader and mader of the terrorist so that we can tell their fader and mad ...

Takkan mat sabu ckp mcm tu.....

Mcm pandai sgt le pulakkk......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 18-9-2020 07:04 PM
Bayangkan Mat Sabu masih kekal menteri pertahanan.......agak2 apa dia punya lawak dalam isu US / Chi ...

Dia masak stim kari kepala ikan

We fight panda the uncle sum will happy

Kah kah kah Menteri paling bongok malaysia pernah dapat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list