View: 2620|Reply: 10
|
[Tempatan]
Pemasang mozek, Chak Chee Wah, hentak kepala anak teman wanita
[Copy link]
|
|
Pemasang mozek didakwa hentak kepala anak teman wanita
https://www.sinarharian.com.my/article/101588/BERITA/Mahkamah/Pemasang-mozek-didakwa-hentak-kepala-anak-teman-wanita
ROSALWANI CHE SOH @ YUSOFF | | 18 September 2020
KUALA LUMPUR- Seorang pemasang mozek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menghentak kepala anak teman wanitanya di dinding rumah sehingga menyebabkan kesan bengkak di dahi kanak-kanak itu.
Chak Chee Wah, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Tertuduh didakwa dengan sengaja menghentak kepala seorang kanak-kanak lelaki yang ketika itu berumur 13 tahun tujuh bulan di dinding rumah sehingga menyebabkan kecederaan iaitu kesan bengkak di dahi mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di ruang tamu di sebuah rumah di Jalan Cheras 3 1/2, di sini pada kira-kira jam 8 malam, 14 September lalu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Peguam Choo Yeong Shing yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan terhadap anak guamnya dengan alasan dia menjaga ibu bapanya dan adik-beradik orang kurang upaya (OKU).
Mahyon kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 haribulan dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Tarikh 6 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan kes dan serahan dokumen.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cinà pasang mozek kemas..... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 18-9-2020 06:46 PM
Cinà pasang mozek kemas.....
Tapi tokey ja cina yg pasang tu myanmar hauk juga sis. Aku dah terkena.
Kalau yg pasang tu cina memang tak nafi lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 18-9-2020 06:46 PM
Cinà pasang mozek kemas.....
Kenapa ye? Sekolah sjkc mmg ajar subjek pasang mozek kah? Sbb baru ni kontraktor cina bawak indon pasang tiles mcm tak berapa kemas. Tp sebelum ni mmg tukang pasang tu cina nampak elok sikit tak dinafikan juga. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 19-9-2020 06:12 PM
Kenapa ye? Sekolah sjkc mmg ajar subjek pasang mozek kah? Sbb baru ni kontraktor cina bawak indon ...
Tak ....
Dorang buat kerja memang hati hati....klu nk pasang mozek ni, bkn blh main cin chai je....kena tau sukatan simen nya byk mana....nk susun atur pun kena hati hati....klu tak, hasil nya memang kiciwa....tak sampai dua tahun dah pecah pecah.....susun pun kena elok...tak blh tinggi rendah atau jarak sgt atau rapat sgt....tu semua akn bg effect kat quality lantai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia jaga parents & adik2 OKU, tp boleh lak xde sabar bila dgn budak 13 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 19-9-2020 06:18 PM
Tak ....
Dorang buat kerja memang hati hati....klu nk pasang mozek ni, bkn blh main cin chai je ...
Ooh. Kalau mcm tu, bukan cina pun kena ikut la petua pasang mozek ni bg kemas. |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak x dpt la tu |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 18-9-2020 06:46 PM
Cinà pasang mozek kemas.....
Tak jugak kemas cina buat, ada rumak kawan aku lantai mozek dia tinggi kat tepi dinding bila makin ketengah makin rendah. Maca ada sikit slope |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 19-9-2020 08:19 AM
Tapi tokey ja cina yg pasang tu myanmar hauk juga sis. Aku dah terkena.
Kalau yg pasang tu cina ...
Kalu Tokey cina, kuli china menlen lagi hauk keja nya |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je org melayu psg tiles hasil superb bukan setakat ok ok je |
|
|
|
|
|
|
| |
|