View: 5389|Reply: 2
|
10 Dokumen Anda Wajib Simpan Untuk Semakan LHDN
[Copy link]
|
|
Edited by AMACC at 23-9-2020 11:08 AM
Ramai yang tidak tahu cara selamat dan dokumen apa yang perlu disimpan untuk cukai pendapatan atau lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Income Tax.
Di sini saya kongsikan dokumen yang perlu disimpan dan memudahkan pihak LHDN untuk buat semakan.
Tanggungjawab simpan dokumen adalah atas pembayar cukai.
Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal bersama Borang Cukai Pendapatan anda, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
1. Borang EA/EC & CP58
- Dapatkan dari majikan anda sebelum Mac
- Borang tentang jumlah pendapatan yang telah diberikan kepada pekerja
- CP58, dokumen yang disediakan untuk agen yang terlibat dalam aktiviti menerima komisen (unit trust, REN, takaful)
2. Baucar Dividen
- Terima dividen dari saham yang dilaburkan
3. Resit Premium Insurans
- Selain resit, digalakkan simpan penyata insurans
- Mohon pada agen atau muat masuk dari sistem
4. Resit Pembelian Buku
- Dokumen yang sering diambil ringan,
- Lepas ni, dapat resit, buat Salinan dan simpan
- Semua buku kecuali buku yang terlarang
- Buku yang telah dituntut di syarikat atau individu lain, tidak dibenarkan dituntut atas diri sendiri.
5. Resit Perubatan
- Segala resit berkaitan sakit kritikal (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
- Resit pemeriksaan perubatan penuh (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
- Resit perbelanjaan perubatan kepada kedua ibu bapa (disahkan sakit oleh pengamal perubatan)
6. Resit Derma
- Resit bayaran derma ke institusi, tabung dan organisasi yang dibenarkan oleh LHDN
- Nak mudah, resit atau surat tuntut derma mesti ada tertera mendapat pelepasan cukai (tengok kesahihan juga)
7. Resit Pembayaran zakat
- Zakat yang dibayar ke institusi yang dibenarkan sahaja seperti Lembaga Zakat Selangor
- Zakat fitrah untuk bulan Ramadhan juga lepas
8. Sijil kelahiran anak dan sijil anak angkat
9. Sijil nikah
10. Dokumen Sokongan Lain
- Penyata Skim Persaraan Swasta
- Surat tawaran belajar di universiti, kolej atau institusi pendidikan yang dibenarkan (untuk diri dan anak)
- Surat atau dokumen bukti individu kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
- Penyata SSPN
- Resit bayaran yuran Pusat asuhan atau pra sekolah yang dibenarkan
- Resit pembelian peralatan penyusuan
- Resit belian alatan sukan dan bayaran keahlian gim (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
- Penyata atau resit bayaran langganan internet
- Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
- Salinan IC ayah dan ibu anda, untuk tuntutan pelepasan RM1500
11. Yang ini paling penting untuk anda simpan ialah pengiraan cukai yang anda istihar.
- Tempoh tujuh tahun bermula dari akhir tahun borang cukai pendapatan.
- Borang cukai anda dalam tempoh 7 tahun (senang simpan semua)
Simpan semua dokumen dalam satu beg yang terdapat banyak folder dan letak tahun di depan beg tersebut. Ataupun, sekiranya dokumen yang ada tidak banyak, boleh saja beli fail folder. Janji semua dokumen tersimpan.
Rujukan: amacc.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih, good info
Iols selotape resit dengan selotap besar tu untuk mengelakkan dakwat pudar. Tahan bertahun
But resit kedai makan pudar instantly kalau kena selotap |
|
|
|
|
|
|
|
SERVIS PENGURUSAN AKAUN SYARIKAT
Adakah anda menghadapi masalah untuk merekod transaksi perniagaan dan menyediakan dokumen secara teratur, sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN?
Kebanyakan pemilik syarikat lupa dan mungkin buat-buat lupa tentang kepentingan menguruskan perakaunan syarikat.
Tahukah anda kelewatan menghantar dokumen kepada akauntan anda boleh menyebabkan anda dikenakan kompaun?
- Anda menyerahkan dokumen lewat dan dokumen tidak tersusun.
- Jadi, penyata kewangan anda akan siap lambat dari tarikh yang sepatutnya.
- Seterusnya, akan menyebabkan audit anda tertangguh.
Akibatnya, banyak syarikat telah dikenakan KOMPAUN oleh LHDN dan SSM sehingga mencecah beratus ribuan ringgit.
Antara kesannya:
- Dikenakan kompaun dengan SSM sebab lewat hantar Laporan Penyata Kewangan.
- Dikenakan penalti dari LHDN sebab lewat hantar borang.
- Kena bayar cukai tinggi sebab tidak urus.
- Kerugian kerana aliran tunai terjejas – sebab kena bayar penalti / kompaun.
Perkara ini amatlah merugikan syarikat.
Oleh itu, AMACC berasa tanggungjawab untuk membantu anda dalam menguruskan akaun syarikat dimana kami ada menawarkan beberapa servis akaun yang anda perlukan.
ANTARA PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN :
- Merekod transaksi perniagaan dan mengekalkan dokumentasi secara teratur dan sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN.
- Membantu anda mengesahkan dan mengawal akaun anda.
- Memeriksa perisian akaun (accounting software) anda untuk memastikan ianya bersesuaian dengan operasi syarikat.
- Menawarkan perisian akaun (accounting software) yang bersesuaian dengan operasi syarikat.
- Menilai prestasi kewangan syarikat secara berkala.
PENYEDIAKAN AKAUN SECARA BULANAN (SEBULAN / 3 BULAN / 6 BULAN)
1. Kepentingan Pengurusan Akaun
- Kenalpasti kedudukan kewangan syarikat
- Dapat menganalisa dan elak penyelewengan
- Merancang cukai
- Pinjaman mudah diluluskan
- Dapat menyelamatkan syarikat daripada dikenakan kompaun
- Merancang dan mengawal perbelanjaan
2. Permasalahan yang sering berlaku jika sediakan akaun secara tahunan – setahun sekali
- Dokumen hilang / tidak tersusun
- Penyediaan akaun memakan masa yang lebih lama
- Tidak dapat merancang cukai
KELEBIHAN YANG ANDA AKAN DAPAT DARIPADA SERVIS INI:
- Dokumen anda lebih tersusun.
- Merekod transaksi perniagaan dan mengekalkan dokumentasi secara teratur dan sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN
- Akaun syarikat akan selesai pada masa yang telah ditetapkan.
- Tiada lagi kelewatan pada audit.
- Dapat menilai prestasi kewangan syarikat secara berkala.
- Boleh merancang cukai syarikat
HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DENGAN TEAM AMACC.
Tel: 03 8920 8081
Email: [email protected]
Web: amacc.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|