CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3832|Reply: 29

[Tempatan] Dari Sabah ke negeri Pahang, singgah di Dengkil untuk bermalam. Lelaki positif C

  [Copy link]
Post time 29-9-2020 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 29-9-2020 05:56 PM

Masjid, tadika, gerai ditutup 14 hari
MyMetroMutakhir


PROSES sanitasi dilakukan di gerai makan dan masjid sekitar Jerantut. FOTO Roselan Ab Malek.

Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my

Jerantut: Masjid, surau, tadika, gerai dan pusat rekreasi di beberapa kawasan di daerah ini ditutup selama 14 hari susulan penularan Covid-19 sejak Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut, Khairunnisa Aris berkata, Masjid Tengku Ahmad Jerantut (MTAJ) dan Surau Al-Muflihin, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Peringkat 3 dan 4 ditutup selama 14 hari.

Selain itu, katanya, semua tadika dan taska di PAKR Bandar Baru Jerantut dan PAKR Peringkat 3 dan 4 turut ditutup selama 14 hari.

"Tindakan ini diambil berikutan pengesanan empat kes positif Covid-19 iaitu satu di PAKR Bandar Baru Jerantut pada 25 September dan tiga kes di PAKR Peringkat 3 dan 4 kelmarin.

"Kami mengambil langkah proaktif ini bagi mencegah penularan dan memutuskan rantaian Covid-19 di daerah Jerantut," katanya.

Khairunnisa berkata, semua lokasi yang berkaitan pesakit Covid-19 sudah disanitasi pihak bomba, manakala gerai makan sepanjang jalan berdekatan PAKR peringkat 3 dan 4 diarah tutup.

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan semua aktiviti pekan sehari dan pasar malam turut ditangguhkan selama 14 hari.

"Turut ditangguhkan semua penganjuran majlis keramaian, kenduri-kendara dan program berskala besar.

"Bagi kontak rapat kepada kes positif yang hadir ke sekolah sebelum pengesanan dibuat, kelas terbabit akan ditutup," katanya.

Selain itu, katanya, semua premis makanan bermasak di kawasan PAKR Bandar Baru Jerantut dan PAKR Peringkat 3 dan 4 hanya boleh menjual makanan dan minuman secara bungkus sahaja.

Pada masa sama, pusat riadah dan rekreasi di lokasi yang tidak dapat menjamin penjarakan fizikal di kawasan sekitar bandar Jerantut, tidak dibenarkan beroperasi termasuk Padang FA, Bukit Seladang, Bukit Panau, Bukit Merah, Via-Feratta Paya Gunung dan Taman Tasik Teratai.

"Bagi mengelakkan situasi panik, semua pihak diminta tidak menjadi ejen penularan maklumat tidak sahih atau palsu.

"Mereka yang menyebarkan maklumat palsu boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 [Akta 588]," katanya.

Kes pertama di Jerantut dikesan apabila seorang lelaki berusia 51 tahun ke Sabah bersama seorang anak dan saudara pada 19 September, sebelum kembali pada 6.30 petang, 21 September.

Terdahulu, lelaki itu bermalam di rumah anaknya di Dengkil, Selangor pada 21 September dan pulang ke Jerantut pada 22 September dan didapati positif pada 25 September.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 9:25 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 10:48 AM | Show all posts
For safety... we can only obey..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:55 AM | Show all posts
sama2 jaga diri masing2.. jgn pkp lagi la weii adui
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:00 AM | Show all posts
alamak baru plan nak balik weekend ni, wlupun tak sampai jerantut risau jgk
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan di sabah tp virus dari sabah Sabah~Selngor~Pahang. Brpa bnyk dah singgh n jumpa org?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
hohoohohoohohohoog..welcome2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala bana la pro aktif.Lepas PRN baru cerita pro aktif.Minggu lepas semua buat boddow macam kes dah zero.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku pelik dia org ke Sabah tuk berholiday atau memeriahkan majlis berkempen di Sabah.. X kan la x tau Sabah sana dah mmg redzone sblm pilihan raya pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 12:53 PM | Show all posts
Belibis replied at 29-9-2020 12:33 PM
Kepala bana la pro aktif.Lepas PRN baru cerita pro aktif.Minggu lepas semua buat boddow macam kes da ...

Tu lah pasal.
Sedih memikirkan kepentingan politik sesebuah negeri mengatasi kepentingan kesihatan & kebajikan rakyat jelata, yg boleh menjejaskan kesihatan rakyat seluruh negara dgn penularan wabak covid.
Dan akhirnya menyebabkan ekonomi & pendapatan rakyat terjejas.
But politik masih didahulukan.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:59 PM | Show all posts
bagus laa dari tak buat pape langsung kann
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kes dah naik mencanak2,baru nak proaktif bagai.dasar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2020 05:58 PM | Show all posts
dah buang highlight kaler merah.

semoga bermunakahat

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang spesis oink oink laaaaaa
Nyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:25 PM | Show all posts
tutup jerlah sabah buat sementara waktu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak doakan yang buruk...tapi kalau yang ke Sabah untuk berkempen tu kena covid, diharapkan "padan muka"!

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah laaaa...harap y baru balik drpd sabah tu kuarantin kan lah diri anda..tlg jgn sebar lg virus ni...ai taknak PKP lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
missus_meow replied at 29-9-2020 06:25 PM
tutup jerlah sabah buat sementara waktu

Setujuuuuuuuuuuuuu..lockdown dlu..sapa2 y bercuti kt sana pn biar stay kt sana jeeee
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
penat ye nak ulang benda sama je mcm pkp hr tu...

ptutnya pkpd sabah laa sejak 2 mfu lepas..adoiyai skrg sudah terlambat la labu oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x phm dh kecoh2 Sabah redzone sblm PRN dan mereka yg x de kena mengena  mengundi bagai tp sibuk jgk nk ke Sabah..klu cancel trip tu bkn nye mahal berpuluh2 ribu hilang pon.

X sayang nyawa ke? Aku g hari merdeka haritu pon debar2, serius resah gelisah x rasa happy pon.dh la kena marah dgn somi aku sbb mandai2 bercuti time covid,takot kena quarantine..takot kena swab..takot Sabah lockdown..blk KL legaaa..alhamdulillah x de simptom.Sblm tu kat whatsapp group travel aku asyik la  promo g Sabah,langkawi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Xdak dah pkp kot.. pkpp ja sampai taun dpn klu kes camni jgk n temco kt redzone
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.092189 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list