CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] KEMAS akan bukak TABIKA elit utk golongan M40

[Copy link]
Post time 29-9-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ayyo..kenapa double standard..i notice sejak covid ni ramai pulak duk sebut kelas2 pendapatan ni..seperti rasa bangga sangat kalau terkategori dalam kelas tertentu..in a way pandang rendah pada golongan bawahan..bangga ke duk sebut M40, T20 tu..buat malu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni buat skolah rendah kebangsaan ELIT pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 29-9-2020 06:36 PM
Ok je kalau lebih kurang mcm tadika swasta.
Mungkin boleh buat silibus dalam english/medium english ...

Sokong pendapat ni...x salah rasanya tinggikan yuran asalkan perkhidmatan sejajar dgn bayaran...dan klu kerajaan blh ada fasiliti yg lebih lengkap. Harap2 cikgu pun biarlah ada taraf pendidikan yg setara
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:54 PM | Show all posts
M40 neh takyah la acah2 elite.pegi hantar  anak sekolah swasta ..di pertengahan jalan  baru tau ko pun takde jurang  besar sgt dgn b40.bila keadaan dah tersepit hujung2 ko humban jugak anak yg malang tu ke sekolah gomen
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:03 PM | Show all posts
Kera.jaan jgn membazir nak bangun elite2 ya

Biar private sector yg buat

Bahalol punya planning, Di Sinkiepura mana ada b40 atau m40, kaya ke miskin duduk jugak HDB Flat
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:23 PM | Show all posts
amyza82 replied at 29-9-2020 04:48 PM
oklah tu, abah semakin ingin membantu semua rakyat.

sebelum ni b40, now m40.

Give and take lah...T20 pun byk memberi sumbangan dari sudut cukai so oklah dpt gak habuan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2020 01:43 PM | Show all posts
Good idea. Aku prefer gov punya facility yg ala2 diswastakan mcm ni. Mcm hosp gov private wing.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kurikulum lebih baik? kesian anak2 b40 disekat hak utk dapat kurikulum lebih baik sbb makpak tak mampu. kalau upgrade dari segi fasiliti je ok la maksudnya dr segi keselesaan murid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 02:01 PM | Show all posts
Suchi replied at 29-9-2020 05:56 PM
Tahnya M40 tu golongan cukup2 makan.
Berbanding B40 yang dapat bantuan secara berkala dan berpanj ...

yeap.. ramai je yg M40 pun cukup2 je... disebabkan gaji lebih 100  - 200 pun dah termasuk dlm M40 terus dianggap x layak... nak plak anak 3-4 orang...  nape sekarang tgk pendapatan kasar je.. tapi x tgk pendapatan per kapita.. bape tanggungan... kadang B40 pun tapi anak 1-2 org je.. tinggi juge..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
'Kokurikulum yang lebih baik' macam sialan punya alasan...

Kenapa tak upgradekan saja kokurikulum tabika yang sekarang..biar semua golongan dapat asas kokurikulum yang terbaik..

kenapa perlu jurangkan asas pendidikan b40 dan m40...kita bercakap tentang asas ye..bukannya dah masuk level sekolah rendah/menengah...alasannya tu seolah2 nak kata kalau kau miskin, hadaplah kau kokurikulum biasa2 aja..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 30-9-2020 01:50 PM
kurikulum lebih baik? kesian anak2 b40 disekat hak utk dapat kurikulum lebih baik sbb makpak tak mam ...

Dah mcm sepital tulaa ada yg private wing bayor mahal2 walaupun kat sepital gomen.
Mende2 tah, ada ke bg pendidikan ikut kemampuan.Kenapa tak halang sekali golongan elit hantar anak sek kebangsaan kalu gitu? Bersepah2 je kot T20 hantar anak sek kebangsaan takde la semua g hantar sekolah international or swasta ke apa.
Apa igt tadika swasta yg mahal tu pun jauh lebih baik drpd tadika kemas tu ke?
Cikgu2 mmg lulusan pendidikan awal kekanak ke?
Setau iols masing2 keje pun sementara je, mcm cikgu tadika anak iols dulu manjang je  bertukar2 sbb masing2 keje jd cikgu tu pun terpaksa je padahal masa study belajar menda lain. Bila dapat tawaran keje lain yg sesuai depa benti gak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 30-9-2020 02:01 PM
yeap.. ramai je yg M40 pun cukup2 je... disebabkan gaji lebih 100  - 200 pun dah termasuk dlm M40  ...

B40 ni asalkan keje sendiri dan tak tetap pendapatan pun dikira B40 kan?
Mcm artis dan peniaga2 tu kan? Cth yg meniaga online tu walaupun sale juta2 dikira B40 gak kan sbb tgk kat fb ramai je dapat BPN bagai.
Hat peniaga kedai makan pun B40.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:28 PM | Show all posts
elite edukesyen khas untuk M40 saja? oh. i see. baik. b40 tak layak ya. layak untuk basic edukesyen sajork
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:53 PM | Show all posts
Apa salahnya, kalau mampu patut malu hantar kat tadika kemas yang sepatutnya dikasi dekat orang yang benar memerlukan..

Sini kerajaan 8 dollars sehari aje, tapi me hantar private, 47 dollars sehari, sebab rasa tak patut ambil tempat kat kerajaan jika mampu, ialah tempat pun limited, so better kasi kat parents yang benar perlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:01 PM | Show all posts
Suchi replied at 30-9-2020 04:26 PM
B40 ni asalkan keje sendiri dan tak tetap pendapatan pun dikira B40 kan?
Mcm artis dan peniaga2 t ...

kebanyakannya keje sendiri la... or ade epf tapi mmg gaji bawah dari jumlah yg kene bayo incometax. not sure how lhdn screen sume tuh.. tapi rasa kalo yg B40 tapi ade ssm registered and x pernah declare dgn lhdn mmg sume kene barred... tah tapi ade setengah x dpt ade setengah dapat... tah x paham aku

artis tu kalo kene beli property nak apply loan kne proof pendapatan... ye la.. depa mana ade payslip.... mana yg masyukk buat le sume documentation tu.. mana yg nan hado guna nama sesapa nak buat loan le agaknya... or else kene maintain ade certain amount dlm bank and konsisten then baru apply loan... kalo yg byk menayang tu mmg kene kejo dgn lhdn la...

yg peniaga2 ni pun ade kadang terpaksa register ssm sbb sejak gomen kuatkuasakan pada online seller kene tunjuk ssm registration number.. soo dari situ kalo setakat register tapi x pernah declare account duit kuar masuk dan income pada lhdn pun depa akan barred.. tu yg byk meroyan tu.. tu yg aku paham la.. x tau la forumer lain ade yg lebih tau kot...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:13 PM | Show all posts
hopefully tabika elit ni berfungsi dgn cemerlang la, kot la blh bersaing dgn smart reader atau little caliph ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 30-9-2020 04:53 PM
Apa salahnya, kalau mampu patut malu hantar kat tadika kemas yang sepatutnya dikasi dekat orang yang ...

Sebab alasannya 'kokurikulum yang lebih baik'..kenapa perlu ada double standard tentang asas pendidikan? Kenapa tak perbaiki aja sistem yang ada sekarang? Jadi biarkan saja b40 dapat kokurikulum entah apa2, tapi yang mampu dapat yang lagi baik, begitu? Mrsm yang asalnya untuk orang2 b40 dah dirembat oleh golongan2 mampu, sekarang ni tabika pun di double standard kan kepada yang mampu dan tak mampu. Gila...

Lagipun tabika kemas under gomen kan? MOE dan JKM tak silap aku, ini bukannya private..betulkan aku kalau silap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 11:24 AM | Show all posts
freemalaysiatoday.com
Pemuda PPBM risau cadangan tabika elit kerajaan
FMT Reporters
2 minutes


PETALING JAYA: Pemuda PPBM menggesa kerajaan kaji semula cadangan menubuhkan tabika elit, kerana risau ia akan melebarkan lagi jurang antara golongan B40 dan M40.

Ketua Biro Pendidikan, Muhammad Zikri Zulkifli, berkata untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi rakyat terbanyak, “perbezaan pendidikan di antara anak-anak Malaysia tidaklah harus diwujudkan apatah lagi di peringkat pendidikan awal kanak-kanak”.

Pada Selasa, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Abdul Rahman Mohamad, berkata kementerian merancang untuk menubuhkan tabika elit bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), yang menyasarkan golongan M40 dengan yuran bulanan yang lebih tinggi dari tabika biasa.

Satu kertas kerja sedang dirangka berkaitan inisiatif itu, yang akan melihat penambahbaikan dalam kemudahan dan modul pembelajaran.

Pemuda PPBM bagaimanapun berkata lebih baik sekiranya semua 10,900 tabika biasa di seluruh negara dinaiktaraf agar kualiti pendidikan kanak-kanak dapat ditingkatkan secara keseluruhannya.

Zikri berkata bironya akan terus mendalami perkara itu dan mahu bertemu Kemas dan kementerian untuk mendapatkan gambaran penuh mengenai cadangan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 11:59 AM | Show all posts
malaysiadateline.com
“Selepas ini ada tabika daif, bocor atap, bolos lantai”
3 minutes

Kewujudan Tabika Elit sebagaimana yang dicadangkan Timbalan Menteri I di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad akan menyebabkan pemisahan jenis baharu iaitu antara dua darjat (class divide), antara kaya dengan yang miskin.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, dengan mengutamakan sumber pendidikan kepada golongan elit sedangkan tabika lain rata-ratanya akan kekal di takuk lama serta mengakibatkan jurang antara miskin dan kaya semakin melebar.

Katanya lagi, polisi seperti ini akan membuatkan situasi sosial semasa bertambah parah dengan faktor-faktor penting yang perlu diberikan perhatian.

“Adakah menjadi tugas kerajaan untuk memberi subsidi kepada si kaya dan memberi tabika tidak cukup sifat kepada si miskin?

“Dari manakah datangnya sumber untuk membina Tabika Elit ini?” soalnya.

Shazni berkata, jika sumber daripada wang pembayar cukai, bermaksud ada tabika yang akan dipotong bajetnya untuk menampung subsidi kepada golongan kaya.

“Kalau sekarang kita ada sekolah elit dan sekolah daif, adakah selepas ini kita akan ada tabika daif yang bocor atapnya dan bolos lantainya?’

“Adakah kita tidak cukup lagi rangkaian tadika swasta elit seperti rangkaian Montessori dan lain-lain?” soalnya lagi.

Justeru katanya, kerajaan tidak perlu berniaga sebaliknya tumpukan sahaja kepada perkhidmatan awam dan serahkan sahaja perniagaan kepada rakyat.

“Cukup-cukuplah kegagalan perniagaan kerajaan yang bertimpa-timpa seperti Bank Bumiputera, Malaysia Airlines, Proton dan 1MDB,” ujarnya.

Jika ibu bapa mempunyai sumber tambahan, katanya mereka boleh menyumbang ke arah menaik taraf kualiti kemudahan mana-mana Tabika atau sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kerjasama awam swasta.

Beliau menyeru agar rakyat terus mengingatkan kerajaan terutamanya KPLB agar mengutamakan misinya untuk membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar, bukannya berniaga untuk kepentingan ibu bapa yang kaya sahaja.

Terdahulu, kerajaan melalui KPLB berhasrat mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) ‘elit’ buat kanak- kanak berusia empat hinga enam tahun, dengan kurikulum yang lebih baik.

Bagaimanapun ia menyasarkan kanak-kanak dengan ibu bapa yang memiliki “keupayaan kewangan yang tinggi”.

Abdul Rahman Mohamad berkata, kertas cadangan buat “Tabika elit’ sedang diperincikan dan akan dibentang dalam mesyuarat Kabinet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tagas at 1-10-2020 12:52 PM
~boolean replied at 30-9-2020 02:14 PM
'Kokurikulum yang lebih baik' macam sialan punya alasan...

Kenapa tak upgradekan saja kokurikulum ...


tu lah hakikat zaman kapitalis nijam

tadika, hospital, clinics wat else services

nak da best kena get it from private
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.349390 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list