CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10128|Reply: 70

[Dunia] Tak mcm dlm movie, realiti sebenar di Hong Kong saiz rumah 290 kaki persegi ibar

[Copy link]
Post time 29-9-2020 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Dapat rumah seluas 290 kaki persegi, golongan miskin Hong Kong ini rasa seperti 'syurga'!
Agensi
September 29, 2020 18:58 MYT


Dapat unit kediaman rumah peralihan seperti ini, mereka sudahpun lega kerana keadaannya jauh lebih baik daripada kehidupan sebelumnya. - Reuters

HONG KONG: Kehidupan awam di kota Hong Kong tidak seperti yang dibayangkan dalam variasi filem komersial yang mempamerkan kehidupan urban kosmopolitan yang bergaya.
Keluarga yang bersesak dalam kediaman seumpama kotak atau kurungan sudah menjadi suatu yang lazim di bandar raya yang kos sara hidupnya serba mahal itu.
Apabila Lau Kai Fai, 70, isterinya dan anak lelaki remajanya berpindah ke sebuah pangsapuri baharu di Hong Kong bulan lalu, dia berasakan bahawa kediaman seluas 290 kaki persegi (27 meter persegi) itu seumpama pengalaman ‘menang loteri’.
Reuters melaporkan, mereka adalah antara keluarga terawal yang dipindahkan ke ‘kediaman modul’ berkenaan, yang dibina sebagai suatu peralihan bagi golongan yang masih menanti peluang memiliki rumah awam.


Rumah peralihan yang disiapkan oleh pemerintah atau sektor swasta Hong Kong masih belum mencukupi untuk menampung permintaan golongan miskin bandar. - Reuters

Dalam kediaman baharu itu, kehidupan tiga beranak itu berubah kerana sebelum ini mereka berhimpit dalam ruang yang luasnya satu per tiga daripada yang dimiliki sekarang.
Barulah kini, mereka boleh duduk makan bersama, berbanding sebelum ini makan secara bergilir.
Walaupun rumah baharu itu tetap kecil berdasarkan standard kota-kota lain di negara-negara membangun dan negara kaya, rumah baharu Kai Fai itu adalah suatu fasa baharu bagi keluarganya, meskipun ia pemilikan sementara.
"Ini barulah rasa seperti rumah. Sebelum ini, kediaman kami hanya tempat untuk tidur,” kata Kai Fai, yang menjadi antara penerima inisiatif pemerintah Hong Kong untuk golongan yang sukar memiliki kediaman.
Di kota besar itu, jutaan orang tinggal di pangsapuri awam yang dibahagikan kepada ruang-ruang kecil untuk dikongsi dengan keluarga lain. Secara purata, mereka perlu menunggu hampir enam tahun untuk layak mendapatkan unit perumahan awam.
Rumah modul atau rumah peralihan seperti yang dihuni Kai Fai dibina di atas tapak tanah yang dipajak kerajaan atau pembangun persendirian untuk beberapa tahun, walaupun strukturnya boleh diguna semula atau dipindahkan.


Kehidupan di bandar raya Hong Kong tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kehidupan 'berhimpit' di pangsapuri awam.

Perancangan sejak tahun 2018 itu bagaimanapun hanya dapat melegakan sebahagian kecil penduduk di kota yang perbezaan kesamarataannya paling ketara di dunia. Lebih daripada sejuta daripada 7.5 juta penduduknya berada dalam paras miskin. Sehingga Jun, 800 rumah peralihan telah dibina daripada 15,000 yang dirancang dalam tempoh tiga tahun ke depan.
Namun, bagi keluarga Kai Fai, unit di pangsapuri empat tingkat di tengah-tengah Kowloon itu suatu kemewahan.

Rumah Keranda

Di unit kediaman lama mereka, yang digelar sebagai ‘rumah keranda’ oleh penduduk setempat, mereka perlu menyediakan bayaran sewa berjumlah HK$5,000 (RM2,700) setiap bulan. Kini, dalam ruang yang tiga kali ganda ruang asal, keluarga itu hanya perlu membayar sebanyak HK$3,000 (RM1,600) sebulan.
Nilai itu adalah suku daripada pendapatan isteri Kai Fai, Tian Jiayu, yang bekerja di pasar raya.
Akhirnya mereka memiliki tempat yang membolehkan anak lelaki mereka menyiapkan kerja sekolah di atas meja, berbanding di atas katil sebelum ini.

Dari pintu masuk unti kediaman berbentuk kontena itu, penghuninya akan menemui ruang tidur yang terdapat katil bertingkat. Sebuah almari pakaian memisahkan katil itu dengan ruang tamu, di mana terdapat kerusi yang boleh diputar untuk tujuan kerja mahupun untuk menjamu selera di meja makan. Dua belas langkah dari pintu masuk, iaitu di penghujung ruang kediaman itu adalah dapur mini dengan peti sejuk, ketuhar dan mesin basuh.
Inisiatif kediaman seperti itu meningkatkan ruang hidup penghuninya, daripada 80 kaki persegi ke 290 kaki persegi. Mereka kini tinggal dalam ruang seluas dua per tiga daripada keluasan median kediaman Hong Kong yang padat, iaitu 430 kaki persegi.
Secara perbandingan, ruang 430 kaki persegi pula adalah separuh daripada luas kediaman purata di kota London.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya
Bersyukurlah lahir kt msia
Rumah luas ada halaman
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:21 PM | Show all posts
Apa perbezaannya dengan movie? Kecil tetap kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam PH ptt bersyukur Dok kt Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 29-9-2020 10:54 PM
Ayam PH ptt bersyukur Dok kt Malaysia

Itu pun x sdar di untung ok,mkn dedak lemau kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:11 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 29-9-2020 10:54 PM
Ayam PH ptt bersyukur Dok kt Malaysia

Kan..

Ramai puak mereka miskin di tanah asal. Dikutuk-kutuk melayu miskin sebab malas konon. Tak sedar diuntung, duduk Malaysia selesa nak mengutuk2 penduduk asal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada view kat dlm rumah tu tak?..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
prnah tgk saiz rumah dorang yg kecik ni size & layout mmg mcm sel pnjara pun ye. katil double decker pastu msak dpn katil. sbelah dapur msak ade tong gas. sbelah tong gas jamban yak2.
nk bt camne kn xde tanah & kpadatan pnduduk tinggi. asl ade tmpt blindung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 29-9-2020 11:11 PM
Kan..

Ramai puak mereka miskin di tanah asal. Dikutuk-kutuk melayu miskin sebab malas konon. Ta ...

Sbb diorg rasa diorg  la paling pandai, paling kaya, paling rajin dan segala2 yg baik la...cuma sampai skrg x sedar2 dr mimpi yg diorgcuma menumpang kat tanah melayu je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by syaz_lina at 30-9-2020 12:05 AM

2 kali pi HK, stay kat hostel area mongkok. Bilik mcm size almari ya kawan2. Katil je, xde almari. Turun katil terus jumpa pintu toilet. Solat langsung xde ruang, last2 semua buat atas katil. Semalam almost RM500, share 2 org. Mmg azab HK ni. Tu yg berebut semua puak2 ni nk berhijrah ke Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
rumah diaorg mmg kecik2 je..
nasib baik iols g hk hotel dia agak selesa juga Takde la sekangkang kera
kwn2 cina iols suka shoppin hk Kata deme murah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:26 AM | Show all posts
krustykrab replied at 29-9-2020 11:46 PM
Sbb diorg rasa diorg  la paling pandai, paling kaya, paling rajin dan segala2 yg baik la...cuma sa ...

Kalau baca tulisan dorg sakit hati tau.. asyik-asyik nak highlight kononnya mereka berjaya tanpa priviledge..
Macamlah semua melayu dapat tongkat yang depa panas hati sgt. Then kata kita melayu ni asal usul indonesia.. bodo, sah2 memang malaysia indonesia serumpun.. depa tak sedar diri asal usul tanah besar.


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:27 AM | Show all posts
syaz_lina replied at 30-9-2020 12:03 AM
2 kali pi HK, stay kat hostel area mongkok. Bilik mcm size almari ya kawan2. Katil je, xde almari. T ...

Tulah, menyemak beramai2 kat sini pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:31 AM | Show all posts
syaz_lina replied at 30-9-2020 12:03 AM
2 kali pi HK, stay kat hostel area mongkok. Bilik mcm size almari ya kawan2. Katil je, xde almari. T ...

mongkok?
wow... cannot get anymore hong kong than that. curlassttt kau.


next trip try chungking mansion in kowloon eh. at least masjid just seberang jalan je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 30-9-2020 12:03 AM
2 kali pi HK, stay kat hostel area mongkok. Bilik mcm size almari ya kawan2. Katil je, xde almari. T ...

Mcm bilik dlm cruise je bunyinya...lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 30-9-2020 12:26 AM
Kalau baca tulisan dorg sakit hati tau.. asyik-asyik nak highlight kononnya mereka berjaya tanpa p ...

Bagitau tau depa.. Sains dah buktikan nenek saudara Melayu adalah kaum semang berada berdasarkan kajian DNA MITOKONDRIA. Melayu usia lagi tua dari cina.. Teori Melayu dari yunna pun dah terbatal bila kajian sains DNA mitokondria tu keluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ichang youtuber jepun tu duduk HK kan?

Kalau tgk rumah diorang pun mcm kecik sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 11:07 AM | Show all posts
korang nak malaysia ni property macam di hong kong ker?

aku tak nak

chinkies boleh la duduk style gini
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 11:09 AM | Show all posts


realiti di hongkong...rumah mahal giler..size rumah besar porch kete je

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 11:18 AM | Show all posts
Tanah amat terhad permintaan tinggi harga mahal sebab tu buat kebanyakan mereka rumah sebesar tu je mereka mampu tinggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.080258 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list