CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2362|Reply: 16

[Tempatan] Suami isteri sengaja tanggal gelang kuarantin ditahan. Hanat betul pangai...

[Copy link]
Post time 1-10-2020 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri sengaja tanggal gelang kuarantin ditahan

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... g-kuarantin-ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 12:35 PM

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my


GAMBAR hiasan.  FOTO Arkib NSTP

Labuan: Suami isteri warga asing yang sengaja menanggalkan gelang tangan Covid-19 ditahan kerana ingkar perintah kuarantin di rumah, semalam.

Pasangan berusia lingkungan 50 tahun itu ditahan polis pada 11.18 pagi selepas aduan daripada Jabatan Imigresen Labuan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohamad Farid Ahmad berkata, pasangan terbabit masuk ke Labuan melalui pintu masuk di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada 27 September lalu.

Katanya, mereka diperintah menjalani kuarantin pada hari yang sama sehingga 10 Oktober.

"Bagaimanapun pada 30 September lalu, pasangan terbabit ke Pejabat Jabatan Imigresen Ujana Kewangan Labuan untuk tujuan permohonan lanjut dokumen IMM13.

"Kedua-dua mereka didapati dengan sengaja menanggalkan gelang tangan kuarantin Covid-19 tanpa kebenaran daripada Jabatan Kesihatan Labuan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan reman tempoh lima hari untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Mohamad berkata, pada hari yang sama juga, pihaknya menahan dua individu warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun kerana ingar perintah kuarantin dengan memakai gelang kuarantin Covid-19 ketika sedang bekerja di lokasi pembinaan perumahan di Kampung Sungai Bangat.

Katanya, tangkapan itu hasil maklumat penyelia di tapak pembinaan di mana kedua-dua suspek bekerja.

"Kedua-dua suspek sebelum ini masuk ke Labuan melalui pintu masuk di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada 27 September lalu dan telah mendapat perintah kuarantin.

"Namun kedua-dua mereka mengabaikan perintah kuarantin dan bekerja di tapak pembinaan perumahan berkenaan walaupun sudah dinasihatkan oleh penyelia mereka supaya patuh arahan perintah kuarantin," katanya.

Menurutnta, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 04:39 PM | Show all posts
pig u.. dah la makin bercambah kes sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 04:47 PM | Show all posts
dah denda penjara pastu ban je dorang dari masuk malaysia..
pi mereput ke nagara asal..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:05 PM | Show all posts
Baru sampai pasti tak tahu dah ramai kena denda sebab ingkar arahan dan pandang ringan semasa arahan diberikan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya 2 org disumbat ke lokap untuk seminggu kerana ingkar arahan.
Baru padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabbi, tegarnya perangai sekor2.
Tak menyusahkan tak sah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2020 05:48 PM | Show all posts
nape susah sgt nk ikut arahan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke mana2 masuk pintu negara kena kuarantin kat hotel?
Mcm mana boleh terlepas pulak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
shara154 replied at 1-10-2020 06:15 PM
Bukan ke mana2 masuk pintu negara kena kuarantin kat hotel?
Mcm mana boleh terlepas pulak?

diaorg masuk dari sabah, kuarantin kt rumah 14 hari tpi mcm gaji hari tu nk makan apa jika x kerja
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
One word... Lahanatttt
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:35 PM | Show all posts
semaknya baca pasal covid ni dari semalam..... rasa macam aku dok kat indon dah

mana geng2 plandemik haram jadah semua tu, campak diorg gi indon sana boleh tak, sama je bebalnya dengan geng2 anti kuarantin ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing..pi mampos..hantar balik negara asal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 1-10-2020 07:00 PM
diaorg masuk dari sabah, kuarantin kt rumah 14 hari tpi mcm gaji hari tu nk makan apa jika x kerja

dah ada undang2 kuarantin ni... dah tahu tak mampu sara diri tak kerja 14 hari, tak perlu merayap2 keluar ..... kena ukur baju badan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntri yg tak pakai gelang pink lgsg tu tak hanat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 12:09 AM | Show all posts
padan muka..berani sangat kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau Sabah tu dah merah.. Knp la p sana.. Mcm la abis covid19 nanti x leh p Sabah.. Sabah dah abis ke abis covid19 nanti.. Lps tu bukak tag...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara itu, Mohamad berkata, pada hari yang sama juga, pihaknya menahan dua individu warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun kerana ingar perintah kuarantin dengan memakai gelang kuarantin Covid-19 ketika sedang bekerja di lokasi pembinaan perumahan di Kampung Sungai Bangat.

Sebab tu kalau pkp balik, golongan gaji hari ni yang akan terkesan. Dorang bukan pegi merayau2 tapi pegi KERJA. Tak kerja anak2 kat rumah nak makan ape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072779 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list