CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Xim

[Tempatan] Siti Sarah & Shuib Dipanggil SPRM Untuk Siasatan

  [Copy link]
Post time 3-10-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 1-10-2020 06:41 PM
Kenapa lately ni asik dengar kes pasal money laundering. Dulu2 xde pun. SPRM kena clarify kan lah ap ...

Dulu2 u kecik kot.. mana nk tau money laundering tu ape. Kalau tk buat salah, kenapa nk takut. Bukan nya main tangkap je.. ada bukti. Tgk cerita the accountant Ben Affleck berlakon. Movie tu ada explain mcm mane money laundering..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
betul ke aku terbaca melibatkan 47juta money laudery?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2020 06:43 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Pelawak, Shuib Sepahtu dan isteri, Siti Sarah Raissuddin tidak ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dakwaan yang tular dalam media sosial.

Peguamnya, Muhammad Fadhli M Sutris dari Fadhli Sutris & Associates menafikan dakwaan berkenaan.

Katanya, Shuib dan Siti Sarah hanya dipanggil untuk memberikan keterangan, bukan ditahan reman atau ditangkap.

"Saya selaku peguam mewakili Shuib dan Siti Sarah ingin membuat penjelasan mengenai isu membabitkan anak guam yang dipanggil oleh SPRM, Khamis lalu.

"Saya harus menjawab berita tidak sahih dan spekulasi yang tular dalam media sosial serta media cetak sejak kehadiran anak guam di pejabat SPRM.

"Sebarang kenyataan mengenai kehadiran dan sebab mereka dipanggil memberi keterangan tidak boleh didedahkan buat masa ini, memandangkan masih dalam peringkat siasatan SPRM. Kenyataan mengenai isu ini juga boleh mengganggu siasatan.

"Ia juga sudah dijelaskan oleh pihak syarikat pengurusan, Indigital Music menerusi siaran media yang diedarkan," katanya menerusi satu kenyataan yang diedarkan, petang ini.

Shuib Sepahtu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram. - Foto IG Siti Sarah Raissuddin
Shuib Sepahtu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram. - Foto IG Siti Sarah Raissuddin
Muhammad Fadhli berkata, pihaknya sudah menasihatkan anak guamnya dan syarikat pengurusan supaya tidak mengulas sebarang kenyataan.

"Perkara ini amat penting bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

"Saya juga ingin mengesahkan anak guam saya tidak pernah ditahan reman oleh SPRM mahupun terdapat permohonan reman dibuat ke atasnya. Kehadiran Shuib di pejabat SPRM hanya untuk memberi keterangan sahaja.

"Anak guam saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang diambil keterangan. Untuk makluman, rakaman keterangan Shuib diambil dan selesai pada hari yang sama. Shuib kemudiannya dibenarkan pulang selepas selesai proses berkenaan, manakala kehadiran Siti Sarah pula untuk menemani suaminya," katanya.

Beliau berkata, tiada tangkapan mahupun permohonan reman dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti yang dilaporkan beberapa media.

"Semua kenyataan yang tular tidak benar sama sekali.

"Ingin ditekankan sekali lagi kehadiran anak guam saya hanya membantu proses siasatan SPRM. Anak guam saya memberi kerjasama yang baik dalam membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, BH Online melaporkan pasangan selebriti dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Difahamkan, pelawak popular itu dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001. Anggota kumpulan Sepahtu itu disoal siasat selama 23 jam.

Sumber : https://www.bharian.com.my/hibur ... h-tak-ditahan-reman
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 09:59 AM | Show all posts
......

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 10:02 AM | Show all posts
Kes AMLA: Seorang lagi Datuk Seri dipanggil SPRM

Oleh MASZUREEN HADZMAN

KUALA LUMPUR : Seorang lagi individu bergelar Datuk Seri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Selain suspek, tiga ahli perniagaan akan direman berkaitan kes sama selepas lima individu bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan SPRM semalam.

Menurut sumber, beberapa selebriti tanah air juga kini sudah berada di dalam ‘radar’ perhatian SPRM yang dikatakan mempunyai kaitan dengan mereka.

“SPRM bagaimanapun belum memanggil kesemua mereka memandangkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Selain pasangan suami isteri selebriti, SPRM juga ada memanggil seorang usahawan kosmetik kelmarin untuk membantu siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam , lima individu terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini untuk mendapat-kan perintah tahanan reman.

Kelima suspek yang terdiri tiga lelaki dan dua wanita termasuk pasangan suami isteri tiba di mahkamah berkenaan pada pukul 3 petang dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren.

Butiran mengenai tempoh re-man kesemua individu terbabit bagaimanapun tidak dikongsi SPRM walaupun pihak media menunggu hampir lima jam di luar mahkamah tersebut.

Sebelum ini, SPRM memak-lumkan suruhanjaya itu akan membawa kesemua lima suspek bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 10:15 AM | Show all posts

Cuba scroll baca komen2 dalam insta iesya_toh di bawah, mungkin dapat membantu.

Katanya Shuib & Sarah jadi mangsa, 4-5 outlet bubble bee Shuib & Sarah dibeli untuk tujuan cuci duit.

Tapi kalau ada antara yang ditangkap SPRM beri info betul/palsu yang Shuib & Sarah tahu wang diterima mereka datang daripada sumber haram, mungkin ada kes untuk Shuib & Sarah.



  


cc : @anony_mous

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Boba ni aku sedap black whale je yg milk..x sukaa tambah tambah kecuali jelly dgn boba je...air soib x pernah rasa lagi sbb x de kat tmpt aku kedainya..kalo ada grab pod panda boleh la nak try sedap ke idok...mak aku asik dok membebal tengok bekas minuman boba dah setinggi rumah dah...kencing manis nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Rolex cabuk kena pajak ke acaner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 2-10-2020 08:39 AM
Kabel tak kuat kena goyang lah
Yg kabel kuat aman makan sedap
Lagi pun flex gila babi

Flex tu apa ye? Sorry I memang tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jisooo replied at 4-10-2020 03:17 PM
Flex tu apa ye? Sorry I memang tak tahu

Flex ckp org skrg
Dulu org kata show off/menunjuk
Org Nismilan kato Jhobo
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 4-10-2020 03:24 PM
Flex ckp org skrg
Dulu org kata show off/menunjuk
Org Nismilan kato Jhobo

Oh tu maksudnya, hahaha jenuh pikir flex tu apa
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
orkidorkido replied at 2-10-2020 08:54 PM
Bak kata sorang forumer, tu bisnes air liur.
Jika Kita nak tahu samada betul atau tidak apabila  ...

Ohhh kire yer mamaaasabbb tu marketing auta je la
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa 5 artis lain tu? Dan juga tokey kosmetik? Ada gossip dengar siapa....

Pelajaran yang saya belajar dari dulu....
Duit yang bukan hak kita atau duit panas tidak akan kekal....one fine day akan terjelepok jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.068659 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list