NOTA PENTING : Aku buat thread ini bertujuan utk kita semua membaca dan tahu serba sikit tentang sejarah pelbagai agama lain. Jadi jangan cerca atau maki. Sila hormati agama antara satu sama lain.
Shroud of Turin atau juga diikenali sebagai Holy Shourd adalah kain kapan yg didakwa digunakan utk pengkembumian Jesus Christ.
Shourd of Turin dijaga dan disimpan di chapel diraja, San Giovanni Battista Cathedral, Turin Itali sejak dari tahun 1578.
Shroud of Turin berukuran 4.3 meter panjang dan 1.1 meter lebar dan dikatakan ada 2 imej berwajah keletihan dan mata cengkung. dan tangan yg menyilang pada bahagian perut.
Selain itu imej pada kain kapan ini juga dipercayai adalah dari tanda2 luka akibat dari penyaliban Jesus Christ termasuklah tanda duri pada dahi, luka yg dalam pada belakang, lebam pada bahu dan pelbagai kesan yg dipercayai adalah darah Jesus Christ.
Shroud of Turin dalah berbeza dari Veil of Veronica yg mana dipercayai ada muka Jesus Christ. Veil of Veronica ni adalah sapu tanagn yg diberikan oleh seorg wanita bernama Veronica kepada Jesus Christ semasa Jesus tanggung salib kayu dan berjalan ke Golgotha. Golgotha ni adalah tempat dimana Jesus Chrit disalibkan mengikut tradisi Kristian.
Kali pertama Shroud of Turin ni muncul dalam catatan sejarah adalah pada tahun 1354 dan direkodka berada ditangan raja Geoffroi d Charnay Seigneur de Lirey. Pada tahun 1389 Bishop of Troyes mengumumkan yg Shrould ni adalah palsu dan dikatakan mempunyai bukti kukuh yg imej2 yg ada pada Shroud of Turin diilukis oleh seorg pelukis. Semasa dibawah kuasa Antipope Clement VII, walaupun dia tak penah meluahkan pendapat beliau tentang keaslin Shroud of TUrin, dia tetap membenarkan kain kapan ini dipamerkan sebagai imej ata mewakili kain kapan Jesus CHrist yg sebenarnya.
Pada tahun 1453, Marguerite iaitu cucu perempuan kepada Raja Geoffroi de Charnay memberikan Shroud of Turin ni kepada house of Savoy dan dibawah jagaan house of Savoy la kain ni rosak akibat dai kebakaran dan air pada tahun 1532.
Pada tahun 1578, Shroud of Turin dipindahkan ke Savoyard iaitu ibu kota Turin dan jarang2 dipamerkan kepada awam sehingga lah pada tahun 1931 semasa majlis pernikahan Putera Umberto dan juga pada ulang tahun ke 400 perpindahan Shroud of Turin ke Turin pada tahun 1978.
1998 dan 2000, Pope John Paul II telah mengaturkan pameran awam dan memanggil kain ni sebagai "cermin Gospel/Injil". Pada tahun 2010, Pope Benedict XVI juga mengaturkan pamperan awam Shroud of Turin manakala pada tahun 2015 Pope Francis meziarahi Shroud of Turin di Catheral dimana kain ini disimpan.
Beberapa cubaan menggunakan method saintifik utk membuktikan sama ada benar atau tidak kain kapan ni adalah milik Jesus Christ sejak lewat abad ke 19 dan pada tahun 1988, Vatican ada menghantar 3 cebisan kain ni yg bersaiz setem kepada 3 makmal sains yg berbeza negaa. hasil ujian carbon14 dating @
radiocarbon dating, kain ini dibuat antara tahun 1260 hingga 1390. Bagaimana pun ada saintis yg meragui methodology yg pengkaji gunakan.
Dan berdasarkan hasil ujikaji pada Shroud of Turin, Vatican menggalakkan mana2 saintis untuk menyiasat/mengkaji lebih mendalam utk memastikan sama ada asli atau tidak dan juga Vatican membenarkan penganut Kristian terus menghormati Shroud of Turin sebagai mewakili imej Christ.
Author|Post time 16-10-2020 03:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
nota tambahan :
GOLGOTHA : atau bukit berbentuk tengkorak yg dipercayai tempat dimana Jesus Christ disalibkan. dipercayai sekarang terletak didalam kawasan Church of the Holy Sepulchre atau puncak bukit yg digelar Gordon Calvary utara Damsyik
kak sarah ada buka contest utk sapa2 yg buka thread baru...jom join
Ala.. x reti bukak.. xtau ape topik menarik.. suke baca jek.. topik shroud of turin ni penah terbaca dulu.. tapi x mendalam sgt. La ni best plak dok korek2 sendiri pasal benda ni.. ada info lagi nnt tepek eh..