View: 6815|Reply: 78
|
[Tempatan]
Suspek pecah rumah maut digilis
[Copy link]
|
|
Mayat mangsa dalam keadaan ngeri selepas digilis beberapa kenderaan di KM295.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan Susur Keluar Tol Gopeng, awal pagi tadi.
KAMPAR - Seorang suspek kes pecah rumah maut selepas digilis beberapa kenderaan di KM295.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan susur keluar Tol Gopeng, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 3.35 pagi itu apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh di atas jalan.
Menurutnya, mangsa seorang lelaki berusia 40 tahun itu kemudiannya digilis sebuah kereta Perodua Myvi dan beberapa kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.
"Mangsa maut di tempat kejadian kerana diseret sejauh lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian manakala motosikal mangsa dijumpai di lorong kecemasan lebih kurang 1,000 meter dari tempat kejadian manakala pemandu dan lima penumpang Myvi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Hasron berkata, mangsa beralamat di Jalan Kemaman, Kampung Meraga Beris, Kijal, Terengganu itu mengalami kecederaan di seluruh anggota badan manakala motosikal turut mengalami kerosakan.
Sementara itu, beliau berkata, mangsa merupakan suspek yang masih bebas bagi kes pecah rumah di Alor Setar dan Kuala Kedah selain turut dikehendaki bagi siasatan kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan pagar Masjid Kubang Siam yang berlaku semalam.
Katanya, hasil semakan turut mendapati motosikal ditunggang mangsa dicuri di sebuah lokasi di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri seh.. hancur abis tu |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 16-10-2020 04:54 PM
Alhamdulillah
Senang kije poliss..cashhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 16-10-2020 04:54 PM
Alhamdulillah
Tah tah moto dia curi tuu ade rosak.. cash cash |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca suspek pecah rumah maut digiling..
Apa pun takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 16-10-2020 05:03 PM
Tah tah moto dia curi tuu ade rosak.. cash cash
Bangkem biasanya geli tengok daging manusia bergelimpangan ni
Tapi tadi member share gambar kat whatsapp, bangkem siap zoom satu2 daging2 si pencuri laknat ni.. cash |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup kes hukuman dah dijatuhkan tampa perlu ke mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Kan senang kalo hardened criminal semua mati mcm ni. Hidup pon menyusahkn org. Yg kuar msk penjara pon ade yg x insaf2. |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 cam nak kesian sbb eksiden ngeri.
Baca lagi rupanya suspek penjenayah yng dicari.
Huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 16-10-2020 05:04 PM
Bangkem biasanya geli tengok daging manusia bergelimpangan ni
Tapi tadi member share gambar kat ...
Sian polis kena kutip daging dia.. kalo aku laa.. aku pggil anjing suh mkn.. kutip ala kadar sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 16-10-2020 05:10 PM
Sian polis kena kutip daging dia.. kalo aku laa.. aku pggil anjing suh mkn.. kutip ala kadar sudah
Kesian pulak kat anjing tu terpaksa makan daging dari hasil haram |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya cash doa dari mana2 mangsa. pagar masjid pun dia buat khianat.
tak de kesian langsung. hati hitam iols tadi nak cash kan sekali keluarga dia, tapi tarik balik, astaghfirullahal 'adziim |
|
|
|
|
|
|
|
jadi tugas peronda pulak nak kutip cebisan mayat selama 2 jam
|
|
|
|
|
|
|
|
palmolive replied at 16-10-2020 05:22 PM
jadi tugas peronda pulak nak kutip cebisan mayat selama 2 jam
Kalo aku le.. kutp lebih kurang dah laa.. malas aku.. lama lama avis jugak diangkut tayar kete |
|
|
|
|
|
|
|
Doa tuan rumah kot.
Mampos kau hancur berkecai. Termakbul pulak |
|
|
|
|
|
|
|
amanah tu amanah..mana ler amik mudah..
nanti mayat tu kuar minyak, licin jalan tu haa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|