CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1346|Reply: 3

Petua atau Cara Mengatasi Penyakit Asthma

[Copy link]
Post time 17-10-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Minta maaf untuk mod thread sini iols buka topik ni sebab tak jumpa sumber psl asthma dekat sini mungkin ada tp dh lama kot.

Buka topik ni nak minta forumer share
kot ada yang  telah sembuh dari penyakit asthma   ni dengan sendiri nya atau ada petua2 atau ada cara lain.

dan betul kah penyakit asthma ini boleh hilang atau ia akan kekal selamanya.mohon ada yg dpt jawab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa itu Penyakit asma


Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Asma di kalangan kanak-kanak        Sunting
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak kongsi
anak iols yang paling2 kecik
memang ada penyakit asma ni
tp pelik kami laki bini langsung ada tak  ada history asma ni cuma biras belah suami je ada
pelik pulak dh jauh talian tu
But kami redha
Tau dia asma ni sejak umur 1 tahun
dan selama itulah kami jaga makan tak bgi dia seafood atau mknanan yg boleh menimbulkan asma tu
Memang diawal2 tu mmg mencabar sungguh kerap sgt pegi hospital untuk nebulizers dan inhaler kena ada in stock dekat rumah
Mcm2 petua kita orang cuba semua untuk hilangkan asma tu tp tetap masih ada jugak
Dan last year kwn mertua tak sangka bagi petua

Makan telur puyuh selama 3 bulan berturut2 dan jangan ssekali tinggal 1 biji 1 Hari dan kmi cuba
Alhamdulilah sekarang ni dh 8bulan tak datang lagi asma tu walaupun memang ada lah anak demam batuk dan selesma sepanjang tu tapi syukur asma tu memang tak datang
Alhamdulilah harap2 anak iols betul2 sembuh
dari asma ni.jadi asbab dgn ini iols share benda baik ni.sama2 mencuba



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts


no problem bukak aje TT. Nanti depa komenla.. Keep it up!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.350417 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list