View: 2959|Reply: 29
|
Budak 13 Tahun Maut Dibakar Majikan Kerana Melawan Dari Dirogol
[Copy link]
|
|
Pembantu rumah berusia 13 tahun di Telangana meninggal dunia selepas dibakar kerana melawan ketika cuba dirogol majikannya dalam kejadian di Khammam pada 18 September.
Memetik India.com, gadis itu menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis selepas hampir sebulan bertarung nyawa di sebuah hospital swasta di Hyderabad.
Gambar hiasan
Menurut Komisioner Tafseer Iqbal pada Jumaat, mangsa sebelum ini bekerja sebagai pembantu rumah tertuduh, Allam Maraiah, 26, di Mustafa Nagar.
Pada minggu pertama Oktober, mangsa sempat mengatakan bahawa dia dicabul majikannya yang kemudian cuba memperkosanya.
Namun, apabila dia melawan, lelaki itu menyimbah petrol padanya dan menyalakan api.
Bagaimanapun, laporan yang dibuat 15 hari selepas kejadian hanya terungkap pada 4 Oktober selepas keadaan mangsa yang dirawat secara rahsia di sebuah hospital swasta di Khamman, semakin kritikal.
"Keluarga suspek secara diam-diam memindahkan mangsa ke hospital tempatan dengan alasan dia mengalami kecederaan akibat luka bakar.
"Kami menerima maklumat mengenai keadaan sebenar mangsa pada 4 Oktober yang membawa kepada penahanan suspek sebelum satu siasatan berhubung kes dilancarkan," katanya.
Menurut laporan polis, beberapa hari selepas kejadian, suspek mengunjungi keluarga mangsa di Pallegudem untuk memaklumkan bahawa gadis itu dimasukkan ke hospital akibat cedera ringan dan dia sedang dijaga oleh keluarganya.
Keluarga mangsa hanya mengetahui keadaan sebenar selepas dihubungi polis pada minggu pertama bulan ini.
Difahamkan, lelaki sudah berkahwin dan isterinya kini hamil lima bulan itu didakwa atas tuduhan membunuh dan cuba menyembunyikan kejadian serta memberi maklumat palsa. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk dh boleh agak kt mana |
|
|
|
|
|
|
|
nama macam muslim je si tertuduh ni...
ko kena ingat berat dosa bunuh guna api, hukum guna api hanya hak Allah taala...
merogol, membunuh, bunuh plak pakai api...
May Allah taala punish you severely |
|
|
|
|
|
|
|
setannya jantan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa teruk sangat lelaki di india ni |
|
|
|
|
|
|
|
mangsa sebelum ini bekerja sebagai pembantu rumah tertuduh, Allam Maraiah, 26, di Mustafa Nagar.
Allam Maraiah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya perbuatan dah mangsa pun dari keluarga miskin senang2 je nak tukar cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin india negara paling tinggi kes rogol. |
|
|
|
|
|
|
|
Syurga untuk mangsa...baru berumur 13 tahun dh kena kerja,dpt pulak majikan setan cuba ambil kesempatan nk rogol,bila mlawan dibakar pulak...x terbayang penderitaan mangsa,sebulan bertarung nyawa sebelum mati...untuk si jahanam setan tu ngan familynya moga ko x tenang hidup...setan nirojim sanggat perangai |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya. bdk tu bru 13 tahun. hdup xmcm rmaja lain kna bkerja pastu dperlakukn mcm tu pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannyaaaa wehhh. Tgk tajuk kan,terbayang dua negara jah,yindia dgn yindon...makin menjadi2 skrg kes bunuh,rogol kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
Dah aku agak dah dari negara leluhur kasta |
|
|
|
|
|
|
|
TERuk btl aniaya budak besar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah!! sangat kak kopek. baca tajuk je aku dah tau kat mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 19-10-2020 05:54 PM
hahahah!! sangat kak kopek. baca tajuk je aku dah tau kat mana
mcm mana industri pelancungan skrg peter? CASH tak |
|
|
|
|
|
|
|
cash sangatlah kak kopek. aku mkn tido je kat rumah ni. nasiblah aku takde loan apa apa yg perlu di bayar. so takdelah kalut dgn moratarium bagai. kutip duit sewa rumah tiap bulan, Alhamdulilah bolehlah cover duit belanja dapur dan beli apa apa yg patut. tp tengah bosanlah skrg. tak tau nak buat apa. dok bercucuk tanam ni. tanam buah, tanam sayur. meriah kawasan rumah aku ni dgn hasil tanaman aku
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 19-10-2020 03:05 PM
Kenapa teruk sangat lelaki di india ni
Sebab pengaruh movie dia banyak yang tak senonoh..tu yang tanpa sedar jadi camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...perempuan kt sana mcam sampah je bgi dorang.rsa nk rogol,rogol.rsa nk bunuh,bunuh.kecik lgi haaa |
|
|
|
|
|
|
|
Allahurabbi... Kesiannya kepada mangsa. Kejam beno pelaku... hang xleh rogol hang bunuh budak tu... baru 13 tahun kot... allahh |
|
|
|
|
|
|
| |
|