View: 2525|Reply: 29
|
[Dunia]
AS saman Google isu monopoli secara haram enjin carian
[Copy link]
|
|
AS saman Google isu monopoli secara haram enjin carian
https://www.sinarharian.com.my/a ... -haram-enjin-carian
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 21 Oktober 2020
Enjin carian popular, Google kini berdepan saman daripada kerajaan Amerika Syarikat yang menuduhnya mengekalkan monopoli secara haram dalam pencarian maklumat di internet. - Foto AFP
WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam memfailkan satu saman yang menuduh Google mengekalkan 'monopoli secara haram' dalam pencarian maklumat di online dan pengiklanan dalam kes antiamanah terbesar di negara itu sejak berdekad-dekad lalu.
Tindakan itu kemungkinan menyebabkan syarikat gergasi di Lembah Silicon itu dipecah-pecahkan.
Kes tersebut yang mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun untuk diselesaikan dan mewujudkan satu perbalahan baharu antara kerajaan AS dengan syarikat teknologi gergasi sekali gus memberi implikasi terhadap sektor tersebut.
Timbalan Peguam Negara, Jeffrey Rosen berkata, kes itu difailkan bersama ketua peguam negeri di 11 buah negeri ke atas Google yang menjadi dominan dalam ekosistem online.
"Google ialah pintu masuk ke internet. Namun, ia masih mengekalkan monopolinya melalui amalan eksklusifnya yang menjejaskan persaingan," kata Rosen kepada para pemberita.
Tuntutan saman itu menyatakan ia melibatkan satu perjanjian yang memerlukan enjin carian Google dimasukkan ke dalam sesuatu peralatan sehingga membuatkan sebahagian daripada aplikasinya mustahil untuk dipadamkan.
Kerajaan mendakwa Google membayar berbilion-bilion dolar untuk mengekalkan kedudukan itu sekali gus mengukuhkan amalan monopolinya.
Tuntutan saman itu difailkan di Washington menyatakan bahawa tindakan Google tersebut menutup peluang para pesaingnya dan mencadangkan supaya mahkamah menimbangkan satu cara penyelesaian yang berkesan dalam kes berkenaan.
Pemfailan itu menggesa pihak mahkamah memerintahkan Google berhenti daripada amalan antipersaingannya dan mencadangkan perubahan 'struktur' dilakukan ke atas syarikat berkenaan.
Ini bermakna syarikat tersebut akan dipecah-pecahkan.
Bagaimanapun, Google menganggap tuntutan saman itu 'amat cacat'.
"Orang ramai menggunakan Google kerana mereka yang memilih bukan kerana dipaksa atau gagal mencari alternatif lain," kata seorang peguam utama Google, Kent Walker dalam blognya.
"Tuntutan undang-undang itu tidak membantu para pengguna. Sebaliknya, ia akan menyebabkan peningkatan harga telefon, membantu enjin carian lain yang berkualiti rendah dan menyusahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan enjin carian Google
yang mereka mahukan," tambahnya. - AFP
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
US ni dh knp triggered sgt dgn gugel? stupid moron la |
|
|
|
|
|
|
|
dulu yahoo ... tapi yahoo tu complex sangat ...... bersepah contents ...
rindu YM ... tiberrr |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak salah, perkataan 'google' tu sendiri dah masuk dalam kamus dorang bmaksud mencari sesuatu dlm internet |
|
|
|
|
|
|
|
dah google user friendly, for sure org suka...apa yg monopoli pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
sama mcm dulu masa belum ada shopee, org suka lazada sbb takde yg lebih best dari dia, tp la ni shopee take over sbb very user friendly than thou...now, lazada mcm dah nak flop aje aku nengok... |
|
|
|
|
|
|
|
shopee tempat buang harga bagi seller xpandai jual di fb ig. mana2 founder pasti bengkek produk ada jual kt shopee. the best beli kt shopee jual kt facebook .
ada tempat lg murah dari shopee. lazada mahal dari shopee. tak berbaloi. the best is shopee
|
|
|
|
|
|
|
|
betul...harga better than lazada EVEN SAME SELLER yg dari lazada...camna tu?? hehe ....selain senang godek (user friendly) dari segi server depa jauh lebih laju dari lazada yg tertinggal jauh ke belakang...kenapa aku cakap cenggitu? aku perasan kat Shopping Cart depa...yg lazada punya nak untick atau tick akan amik masa lama nak respond...tp shopee so real...so live time...tu baru part Shopping Cart...
same goes google pun...laju, light dan mudah
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju ja kalau saman google ni.. menyampah.. semua preinstall dalam android.. nak uninstall punyalah qenyah.. adb, powershell..
Youtube apps..mcm pelaq.. iklan bersepah.. dah disable pun, dia auto update. Terpaksa guna YouTube vanced.. |
|
|
|
|
|
|
|
akan datang trend buyer check iklan facebook, dan beli di shopee.
sama juga trend di amerika, check facebook beli amazon ebay. facebook masih kekal lubuk orang berduit. akan datang mungkin trend berubah.wallahuallam.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pandai sangat dunia internet ni tapi kalau tak silap aku ada bebrapa yang serupa google kan spt yahoo, firefox, netscape, microsoft edge,... |
|
|
|
|
|
|
|
dah pecahkan lah monopoli..
contoh buat enjin carian baru - Trump Search - imej rambut terapung |
|
|
|
|
|
|
|
kemungkinan ada tekanan dari microsoft bing |
|
|
|
|
|
|
|
dulu yahoo sgt2 powerful... now google pulak. ni kalau dah kena 'kacau' ni, alamat lepas ni akan muncul yg baru menjadi power
siapakah agaknya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah google juga bakalan menjadi #SoYesterday? |
|
|
|
|
|
|
|
hg patut tag statement ni bg @sarah82
dia selaku pemuja terbesaq lazada akan bg penampaq siam kt hang
|
|
|
|
|
|
|
|
munkin sbb Android..tapi Android percuma..patut juga dpt kredit..
apapon, adil laa sbb Microsoft pon paksa utk download Edge klu guna Windows..
|
|
|
|
|
|
|
|
noell replied at 21-10-2020 03:02 PM
hg patut tag statement ni bg @sarah82
Tak ada la.. Sebenarnya shopee hamjad. Bab2 back up seller penipu |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka juga google ni...selain dari user friendly aku rasa database dia byk compare to others...tk tau la betul ke tdk....sb aku selalu guna google je ..pernh juga guna bing... mcm lain je result nya..
anyway..nk tanya..kalau google dlm fon.. selain dari ruang menaip nya tu..ada cerita @ berita2 lain sama dgn page dia.. tp bila guna google dlm Pc..tk de pun..bersih je...
mcmana nk buat page google pd PC tu ada cerita2 mcm page google pd fon..? aku suka baca berita2 yg diorng load kat situ.... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 kaya takpe shopping kt lazada kita duit berkira terpaksa shopping kt shopee. tu pun filter lagi dengan carouselle.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|