CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4929|Reply: 51

[Tempatan] Kereta tanpa pemandu rempuh pintu bank. #2, Letak gear dekat D punyal pasal

  [Copy link]
Post time 21-10-2020 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-10-2020 09:56 AM

Kereta tanpa pemandu rempuh pintu bank

https://www.sinarharian.com.my/a ... u-rempuh-pintu-bank

ASYIKIN ASMIN | | 21 Oktober 2020


Kereta yang ditinggalkan pemandu wanita melanggar pintu sebuah bank di Sipitang.

SIPITANG - Tindakan seorang wanita meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin tidak dimatikan membawa padah apabila kenderaan itu merempuh pintu kaca sebuah bank di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, wanita berusia 29 tahun berkenaan turut meninggalkan dua anaknya yang berusia dua dan lima tahun di dalam kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian berlaku apabila pemandu wanita bertindak meninggalkan dua anaknya di dalam kereta Proton Saga untuk berurusan di sebuah bank.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, wanita itu meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit dan keluar beratur di mesin juruwang automatik (ATM).


Keadaan pintu kaca sebuah bank di Sipitang rosak selepas dilanggar Proton Saga.

"Ketika itu dua anaknya iaitu lelaki berusia dua tahun dan perempuan berusia lima tahun berada dalam kereta berkenaan.

"Ketika wanita itu sedang beratur di luar ATM, tiba-tiba orang awam menjerit dan mendapati kereta yang ditinggalkannya telah melanggar pintu utama bank terbabit dan menyebabkan cermin pintu rosak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Champin berkata, dua kanak-kanak di dalam kenderaan dan orang awam yang berada di dalam di bank tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut mendapati, kecuaian berlaku disebabkan wanita itu meninggalkan kenderaannya dalam keadaan enjin masih hidup dan gear terletak di posisi 'drive'.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu gagal mengawal kenderaan semasa memandu dan menyebabkan kemalangan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2020 05:55 PM | Show all posts
Letak gear dekat D punyal pasal

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekat-d-punyal-pasal

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 5:33 PM

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my


KERETA Proton Saga yang merempuh pintu kaca bank di Jalan Haji AH Tengah, Sipitang.  FOTO JUWAN RIDUAN

Sipitang: Dua beradik berusia dua dan lima tahun terselamat selepas kereta dinaiki mereka merempuh pintu kaca sebuah bank di Jalan Haji AH Tengah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, terdapat beberapa pelanggan sedang berurusan di bank berkenaan namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Saga itu meletakkan kenderaannya di kawasan parkir di hadapan bangunan bank berkenaan.

Katanya, wanita berusia 29 tahun itu kemudian keluar dari kereta dan beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan meninggalkan anak lelaki dan perempuannya berusia dua dan lima tahun dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup.

"Ketika wanita itu sedang beratur di luar ATM, tiba-tiba orang awam menjerit dan wanita itu mendapati kereta yang ditinggalkannya bergerak dan melanggar pintu kaca bank berkenaan.

"Akibat rempuhan itu, pintu kaca bank mengalami kerosakan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dua anak wanita terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Kecuaian disebabkan oleh pemandu wanita itu yang keluar dari keretanya dengan enjin masih hidup atau gear terletak di posisi D," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1958 (Rule 10 LN 166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:58 PM | Show all posts
elok la tu.. bijakkk.. bijakkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:58 PM | Show all posts
Cuai sungguh tak pasal2 rimau kena langgar
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia main gear kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:00 PM | Show all posts
mcm ni punya haruss evaluate balik dia layak utk lesen ke tak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni memang cuai tahap gred D.
Dah takyah pandu kete auto lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:10 PM | Show all posts
mujur bukan myvi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
maybe nak cepat sgt, dgn anak kecik lg nak kena handle, boleh kelam kabut.. nasib la anak2 selamat.. dan org dlm bank pun selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kereta berenti biasakan letak gear kat n. Kalau parking letak kat p. Janganlah pemalas sangat.   Bukan tak tau, tapi pemalas...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kalu gear D , boleh nampak kereta bergerak ke? Aku kalau gear D tak tekan minyak pun berjalan. Takkan tak prrasan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:27 PM | Show all posts
selamat membayar gantirugi kepada bank rimau..harap insurans saga tu cukup la utk cover
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 21-10-2020 06:26 PM
Bukan kalu gear D , boleh nampak kereta bergerak ke? Aku kalau gear D tak tekan minyak pun berjalan. ...

Anak dia main gear la tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bangang sgt cik kak oii!
Mmg la busy jadi mak
Tp dgn jd mak la kita akan lebih hati2
Tambah2 bila melibatkan ank2
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:42 PM | Show all posts
Tinggal anak dlm kereta tak mati enjin, gear kat D..
Kereta kena curi, anak kena culik ....meroyan
Harap dimandulkan aje parents takde akal macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan biasa myvi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne dia blh ckp gear D tp dia blh keluar kereta siap beratur dkg atm? Rasanya anak dia dlm kereta terusik gear pastu handbrake x tarik kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Crystars replied at 21-10-2020 11:21 AM
Camne dia blh ckp gear D tp dia blh keluar kereta siap beratur dkg atm? Rasanya anak dia dlm kereta  ...

Tu laletak N kot, anak main tolak ke D sambil feeling bawak keta tekan minyak, tu meluncur terus masuk bank.
Klu stop kejap amalkan lah letak P, N masa stop kat traffic light boleh la sbb nak cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:41 PM | Show all posts
aku cari komen, kalo cuai jgn beranak..tak jumpa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Crystars replied at 21-10-2020 07:21 PM
Camne dia blh ckp gear D tp dia blh keluar kereta siap beratur dkg atm? Rasanya anak dia dlm kereta  ...

Atau dia letak gear D pastu tarik handbrake je. Then anak main2 tertekan handbrake kereta pun terus bergerak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.631274 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list