Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri
| | 21 Oktober 2020
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menerima menghadap Muhyiddin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.
Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula 8 pagi.
“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, empat keping gambar menunjukkan Muhyiddin mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Seri Paduka. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... dap-Perdana-Menteri
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|