View: 6232|Reply: 55
|
[Dunia]
Nobita sebenarnya seorang pesakit mental
[Copy link]
|
|
Siapa tak kenal Doraemon? Dari timur sampai ke barat, watak kucing robot bulat berwarna biru berhidung merah ini cukup masyhur. Kenapa? Sebab dia boleh menyelesaikan segala masalah di dunia ini dengan pelbagai alat menarik yang keluar dari poket ajaibnya.
Dulu zaman kita sekolah membaca komik ini pasti terbayang alangkah seronoknya kalau ada Doraemon. Semua kerja boleh diselesaikan dengan mudah dengan adanya alatan dari masa depan, tak perlu berperah otak dan keringat.
Watak ini dicipta oleh duo penulis dan pelukis Jepun, Fujio Fujiko, pertama kali diperkenalkan kepada khalayak pada Disember 1969, sebelum siri komiknya diterbitkan pada Januari tahun berikutnya. Doraemon datang dari masa depan di abad ke-22 untuk membantu seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang sering gagal bernama Nobita.
Bagaimana Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko mendapat ilham untuk menciptakan dunia Nobita dan Doraemon tidak pernah diceritakan oleh mereka sendiri, namun ada teori yang mengatakan bahawa ia sebuah penghormatan terhadap seorang budak lelaki yang mengalami sejenis masalah mental dipanggil skizofrenia.
Skizofrenia ini sejenis psikosis menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan untuk membezakan dunia realiti dengan fantasi. Mereka ada dunia mereka sendiri terperangkap dalam halusinasi dan delusi, dan bertindak dalam kelakuan yang tidak difahami oleh masyarakat umum.
Kerana berperangai pelik, budak lelaki ini menjadi bahan ejekan dan cemuhan di sekolahnya. Malah, tiada siapa mahu berkawan dengannya. Hidupnya sunyi, sendiri dan kesepian, lalu dirundung kemurungan.
Keadaan mentalnya itu suatu hari menjelmakan seekor/sebuah robot dari masa depan bernama Doraemon, sepertimana yang kita ketahui rupa, bentuk dan perwatakannya daripada yang dilukis oleh Fujjio Fujiko. Lantas robot (bayangan) itu menjadi temannya.
Ketika mencapai usia 16 tahun, budak lelaki itu mula mendapatkan kaunseling. Dia menceritakan tentang kehidupannya, namun dia kemudian dijelaskan oleh doktor bahawa Doraemon yang selama ini dirasakan wujud sebagai teman baiknya, hanyalah ilusi yang terbentuk dalam mindanya, dan ianya perlu dirawat.
Walaupun dalam proses berubat, kenyataan itu membuatkan hati budak lelaki itu tersentak dipanah realiti dan kembali merasa kekosongan yang teramat sangat. Dia menderita trauma mental kerana terlalu kecewa, tertekan dan tidak dapat menerima kenyataan, akhirnya menamatkan riwayatnya sendiri.
Betul ke tidak, entahlah. Wallahu alam.
Bagaimanapun, perlu kita lihat cerita ini sebagai sebuah kisah peringatan atau cautionary tale kepada kita manusia seluruhnya. Kesedaran kesihatan mental adalah sangat penting supaya mereka yang mengalami masalah tidak melarat dan menjurus kepada kemudaratan kepada diri sendiri. Memahami tentang psikologi manusia membuatkan kita lebih peka dan tahu untuk menanganinya dengan baik.
Pada masa sama, kebergantungan kepada teknologi menyebabkan kita manusia semakin lemah. Bukan menolak terus penggunaan teknologi, tetapi pengharapannya perlu ada limitasi. Ia bukanlah penyelesai, tetapi pemudah cara.
Memang seronok kalau ada Doraemon dan alat-alatnya. Namun, di mana manusianya kalau segalanya diserahkan kepada mesin untuk diselesaikan? Jangan jadi hamba teknologi, jadikannya alas kaki untuk kita manusia yang lebih berupaya dalam mencari apa sebenarnya makna kewujudan kita di dunia ini.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Doraemon dikatakan hanyalah sebuah watak dalam halusinasi budak lelaki tersebut, memberi satu teori tentang ilham penciptaan siri kartun ini oleh Fujio Fujiko. (foto: Doraemon Fandom)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
menjawab kemusykilan aku dari dulu lagi
apesalla nobita ni
pegi skola hari2 tapi keputusan periksa mesti 0%
xke pelik
org yg lembam pon at least ada la markah sikit 5% ke 10% ke 15% ke
mungkin cuma kartun tp terjawab jugakla kemusykilan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hoax sahaja. Tiru background story ala phineas and ferb ada schizo |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia ada juga nobita jadi menteri kewangan,
huru hara jadinya,
mungkin dalam hidup fantasi nobita 22 bulan bantuan kepada rakyat semua dia nak tarik.
modal tak nak bagi bantuan robot nobita bgtau ko sebut je 1MDB ratiban zikir geng berkerak altar 3 some terbakar dgn jayanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dodolgemok at 22-10-2020 10:31 AM
Setakat teori konspirashit sebegini nak viralkan diri sendiri pon nak heboh. Macam cite yg cakap shin chan tu sebenarnya mengambil kisah org yg dh mati tpi mak dia berhalusinasi anak dia masih hidup. So lepasni apa pulak? Dragon ball sebenarnya intan permata di dunia sebenar yg menjadi rebutan ummah? Sailormoon sebenarnya pondan fefeeling heroin pojaan ummah menyinari kegelapan dunia fana? Ultraman sebenarnya kisah mangsa dibuli oleh rakan2nya yg hodoh persis kemudian bangkit menentang mereka dalam khayalan kanak2? Pfftttt |
|
|
|
|
|
|
|
mengarut....da sah2 la doremon tu semua kwn2 nobita n parents dia boleh nmpak
siap mak dia pun risau time.doremon hilang.
imaginasi apenya
btw klau doremon tu betul2 ade la aku nk pintu suka hati je..senang nak balik kg |
|
|
|
|
|
|
|
abis macam mana pulak Re:Zero, Mushiko Tensei, Kaguya: Love is War, We Never Learn, Your Name, Weathering With You? Belum lagi Battle through The Heaven, Martial God Asura, Sovereign of Nine Heaven, Library of Heaven Path......
Cakap je kita tiada culture dalam light novel atau manga, tak payah nak berkonspirasi bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by damsel_fiji at 22-10-2020 10:46 AM
ala kt forum pun ramai yg mental..mengaku kaya lah..ada bisness bagai, rumah berbelas2 buah lah, ada body guard la bagai..kalu bersembang bajet gud2 je..tp nampak berkuntum 24 jam jah kat forum..tah betul kaya ke kayap..sejenis penyakit hidup dalam ilusi jugak nih |
|
|
|
|
|
|
|
At least watak nobita kartun ni menghiburkan. Nobita Malaysia?? bikin stress aje |
|
|
|
|
|
|
|
ada acik tu kalo thread bisnes ke ekonomi ke mesti dia menyelit
aku peratiiii je
ada la 2,3 kerat melayan
|
|
|
|
|
|
|
|
Nobita pun ada konspirasi teori?
Tapi boleh pakai juga kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Baik abam layan nobita japang dari layan nobita malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
mongoose_kidz replied at 22-10-2020 10:38 AM
mengarut....da sah2 la doremon tu semua kwn2 nobita n parents dia boleh nmpak
siap mak dia pun risa ...
What if semua kisah dalam Doraemon tu hanya berlaku dalam kepala otak Nobita yang skizo? |
|
|
|
|
|
|
|
omaigod. ingatkan i sorang je rasa camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
yg claim wfh sejak pkp tp kayo tu ke? simpanan cash ratus2 ribu? mcm nak hampir juta2 jgk aku baca...
|
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 22-10-2020 10:29 AM
Setakat teori konspirashit sebegini nak viralkan diri sendiri pon nak heboh. Macam cite yg cakap shi ...
Hui bodohnye mereka2 ni ... Cita katun pun nak berkira.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|