Sebelum printer sambung kisah sejarah ini, marilah kita melayan lagu ni dulu
dah dengar dan berjoget? ok marilah kita membaca apa yang printer tulis ni.
Pendahuluan
Dewasa kini semua orang pakai seluar dalam. Lelaki hanya ada jenis boxer atau spender (setakat printer tau, sebab printer kan innocent dan naive serta suci muci) manakala perempuan punya seluar dalam ade berlambak jenis dan spesis dari pelbagai rekaan dan corak. Ok, lelaki 0 - 1 perempuan.
Sejarah Permulaan
Tak banyak sejarah ditulis mengenai seluar dalam ni. Mungkin ianya merupakan perkara yang memalukan atau benda remeh so para sarjana sejarah dulu kala mesti cakap macam ni kat kerani dia yang bagi idea - 'tak yah la..apekebodo punya idea kau ni nak suruh aku kaji pasal sejarah seluar kecik kau! kalau kau bagi idea macam ni lagi, standby cari kerja kat company lain!!'
maka mungkin sebab tu tak banyak catatan, manuskrip atau sumber bertulis, sumber lisan berupa cerita - sumber pertama mengenai seluar dalam ni. kalau ada dari sumber kedua memang hampir takde lah kan.
Di khabarkan seluar dalam paling awal dipakai oleh orang mesir sekitar tahun 4400 BC. Jangan tanya printer BC tu ape. Mungkin Belum Cukur, atau Babi Comel mcm printercomel ni. Seluar dalam juga dikatakan pernah dipakai di zaman pemerintahan empayar Rom, serta di kawasan Latin. Seluar dalam berkenaan diperbuat dari kain linen dan adakalahnya dibuat dari KULIT KAMBING dan hanya dipakai ketika datang bulan, bendera jepun, cuti, hal perempuan seperti kata mak mak kita dulu.
gadis gadis purba dahulu sedang bergembira bermain rugby
Setelah kejatuhan empayar Rom sehingga abad ke 16, pemakaian seluar dalam masih belum berleluasa. Perempuan pada zaman itu hanya memakai skirt yang diperbuat dari tulang belulang atau kulit ikan paus. Tetapi pemakaian seluar dalam terus berkembang sehingga abad ke 18, bila mana pemakaian seluar dalam adalah untuk mengelakkan LELAKI SECARA 'TIDAK SENGAJA' TERSENTUH ALAT SULIT WANITA. Takguna. Horny teruk lelaki abad ke 18 ni ye kawan - kawan.
Sungguh pun bernama seluar dalam, potongan seluar dalam pada zaman itu bermula dari bawah lutut sehingga ke bawah pusat. Biar betul, ni seluar dalam ke seluar yahudi mabuk ahmad albab?!
Begitupun, pemakaian seluar dalam pada waktu itu dilihat pelik dan jijik. Sebab? Kerana seluar dalam itu dikatakan menyentuh alat sulit wanita dan ianya difikirkan sebagai tidak sopan dan EWWWWW jijik. WTF is wrong with them people!
Ditambah pula apabila seorang wanita memakai seluar dalam, bentuk seluar dalamnya akan kelihatan dan ianya menarik perhatian mata - mata yang memandang. Yes, my eyes are up here stop staring at my pubic area you perv.
Seluar dalam awal abad ke 19
Asal usul perkataan seluar dalam - PANTIES dalah perkataan yang menggambarkan seluar dalam yang dicipta mempunyai dua ruang bahagian peha yang bercantum pada pinggang dan ianya dipanggil PAIR. Perkataan panties mula digunakan pada tahun 1908. Mulanya dinamakan DRAWER sebab nampak macam kain langsir yang di gantung.
Waktu tu takde makna nak pergi kedai ke kedai carik seluar dalam yang cantik, kerana semuanya sama. plain colour dan tanpa ropol ropol lace yang mengiurkan. Yela siapa je nak tengok seluar dalam kau tu anat. Kau je yang tengok.
Semua tu berubah selepas tahun 1860 apabila seluar dalam pelbagai warna dan corak serta potongan diperkenalkan bagi memberikan wanita keyakinan apabila dibogelkan lelaki semasa sexy time selepas first date. <- ok ni printer tambah. tak betul pun. jangan percaya.
Seluar dalam era moden
Tak perlu printer jelaskan. Boleh tengok sendiri kat katalog avon.
sumber
printer tengok kat wikipedia
printer carik kat internet
printer tanya boyfriend