CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4212|Reply: 58

[Tempatan] Jual koleksi mainan demi tampung kos rawatan kanser

  [Copy link]
Post time 23-10-2020 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-10-2020 07:41 AM

Jual koleksi mainan demi tampung kos rawatan kanser

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kos-rawatan-kanser

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 3:32 PM

Essa Abu Yamin
am@hmetro.com.my


Antara pelbagai koleksi mainan milik Ab Karim yang terpaksa dijual untuk menampung kos rawatan kanser usus besar yang dihadapinya.  FOTO ESSA ABU YAMIN
Batu Pahat: "Saya terpaksa menjual sebahagian koleksi mainan Hot Wheels, Lego dan robot Gundam untuk menampung kos perubatan setiap bulan.

"Apakan daya, jika tidak menjualnya, saya tidak mampu menampung kos rawatan," kata Ab Karim Atan, 58, yang menghidap penyakit kanser usus sejak penghujung 2018.

Ab Karim mengakui terlalu menyayangi koleksi permainan yang dikumpul sejak hampir enam tahun lalu, namun dia terpaksa menjualnya kerana tiada pilihan lain.

"Selepas disahkan menghidap kanser, saya perlu berulang-alik ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat, selain rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.


Antara pelbagai koleksi mainan milik Ab Karim yang terpaksa dijual untuk menampung kos rawatan kanser usus besar yang dihidapinya. FOTO ESSA ABU YAMIN

"Kos untuk mendapatkan rawatan menyebabkan saya terpaksa menjual sebahagian koleksi itu, lagi pula saya sudah berhenti kerja (tukang rumah) dan kehabisan wang simpanan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Rahmat, di sini, hari ini.

Menurut Ab Karim, sejak muda lagi dia hanya bekerja sebagai tukang rumah, namun derita penyakit yang dialaminya itu menyebabkan dia terpaksa berhenti kerana pergerakannya terbatas selepas perlu menggantung dua kantung kecil di badan untuk membolehkan ususnya menjalani proses perkumuhan secara normal.

"Kini anak juga terpaksa berhenti kerja kerana saya memerlukan pemerhatian dia sepenuh masa, selain perlu menemankan saya untuk berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Sebelum ini arwah isteri turut menghidap kanser usus dan meninggal dunia pada 2017, setahun selepas itu saya pula yang disahkan menghidap penyakit sama," katanya.

Katanya, dia kini sekadar menghabiskan masa di rumah selain perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan menggantikan dua kantung kecil di badan untuk proses perkumuhan itu.


Antara pelbagai koleksi mainan milik Ab Karim yang terpaksa dijual untuk menampung kos rawatan kanser usus besar yang dihidapinya. FOTO ESSA ABU YAMIN

"Kantung berkenaan serta salurnya perlu kerap digantikan bagi mengelakkan jangkitan kuman dan kos untuk kedua-dua kantung berkenaan tinggi," katanya.

Meskipun terbeban dengan kos rawatan yang tinggi, Ab Karim tidak duduk diam dan sekadar bergantung dengan jualan koleksi permainannya, sebaliknya dia tetap berusaha mencari pendapatan tambahan.

"Bagi menampung kos ubat, rawatan dan peralatan penyakit, saya bersama anak turut menanam pokok hiasan seperti keladi dan bonsai untuk dijual.

"Itupun jualannya tidak menentu kerana sejak saya mengusahakannya, hanya beberapa pokok sahaja yang berjaya dijual," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin membantu dan meringankan beban Ab Karim, boleh berhubung dengan beliau di talian 017-7090986.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ni betul2 byk koleksi dia ni.. mmg collector.. harap ada la peminat2 mainan yg sama yg beli dr dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
makna kata dia pakai stoma beg..stoma beg ni ada byk jenis...kalau mahai sikit tapak dia tahan lama sikit...lepas tu dia kena beli stoma powder lagi, stoma paste lagi...mmg makan duit la..celah bedah tu kalau silap dressing dan tukar stoma bag baru tak sampai setengah jam bocor kena buat semula...

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-10-2020 04:07 PM
makna kata dia pakai stoma beg..stoma beg ni ada byk jenis...kalau mahai sikit tapak dia tahan lama  ...

berapa kos semua tu sarah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
meow_tompok replied at 24-10-2020 12:23 AM
berapa kos semua tu sarah?

Ni harga tahun lepas.

Stoma bag = RM12.90
Stoma paste = RM35 (1paste berat 56.7g boleh tahan 2-3 kali penggunaan)
Stoma powder = RM20++ tak salah.
Duoderm kena yg extra thin = RM25 tak salah sekeping.
Dressing set = RM2.80

Ni harga utk sekali tukar stoma beg tu. Kalau pandai buat sendiri jimat.. Kalau tak sekali tukar dalam rm80..sbb susah nak buat benda ni...pastikan kering.. Lps tu boh paste tu kena pastikan separa kering baru boleh boh stoma beg.. Stoma beg pulak kena potong elok2 lubang kat perut tu.

Tahun lps tok buas sampai tercabut tiub kat kidney.. Dr guna stoma ni la utk cover sementara nak besarkan lubang yg depa tebuk kat kidney...balik kak sarah la renovate sendiri supaya urine dari kidney turun ke urine bag.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergh. Ini koleksi harga puluh ribu ni. Mungkin juga dah sampai ratus ribu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-10-2020 01:08 AM
Ni harga tahun lepas.

Stoma bag = RM12.90

pakai stogma bag tu berapa lama tahan sarah?
sekali tukar, kena tukar satu set rm80 ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
meow_tompok replied at 24-10-2020 06:13 PM
pakai stogma bag tu berapa lama tahan sarah?
sekali tukar, kena tukar satu set rm80 ke

Bergantung pada cara dressing tu.. Paling cepat bocor 30 minit.. Paling lama 4 hari..

Proses nak dressing utk stoma beg ni dekat 2 jam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-10-2020 06:23 PM
Bergantung pada cara dressing tu.. Paling cepat bocor 30 minit.. Paling lama 4 hari..

Proses n ...

oh thank you sarah for the info.

masa meow admit hospital haritu, ada patient anak dia amik nurse private jaga dia waktu malam je. siang anak dia temankan mak dia. sarah pun bole buat service ni la kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Try dptkan kad oku, nti jkm yg tanggung rawatan kanser mcm acik kanser scammer tu tp dia claim xdpt bantuan...hancing. terang2 doctor sendiri kantoikan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Eliadaisy83 replied at 24-10-2020 07:10 PM
Try dptkan kad oku, nti jkm yg tanggung rawatan kanser mcm acik kanser scammer tu tp dia claim xdpt  ...

marah betul u dengan acik kanser penipu tu ek
mana-mana thread mesti naik nama dia..
i dah lost track thread beliau..
pm i link please..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-10-2020 07:23 PM
marah betul u dengan acik kanser penipu tu ek
mana-mana thread mesti naik nama dia..
i dah ...

Of course iol marah sgt kt dia sebab iol tertipu dgn acik kanser tahun lepas...sanggup i derma kt dia walaupun xbanyak mana sedangkan sebenarnya iol sendiri xberduit sangat masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
meow_tompok replied at 24-10-2020 07:04 PM
oh thank you sarah for the info.

masa meow admit hospital haritu, ada patient anak dia amik nu ...

Tok iols jaga ni.. Bukan tok iols.. Iols caregiver dia.. Jaga dia 24 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 08:18 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-10-2020 07:37 PM
Tok iols jaga ni.. Bukan tok iols.. Iols caregiver dia.. Jaga dia 24 jam.



tok ni tak ada anak cucu ke sarah ?
mahal ke bayaran caregiver 24/6 ni ?


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-10-2020 08:18 PM
tok ni tak ada anak cucu ke sarah ?
mahal ke bayaran caregiver 24/6 ni ?

Tok ada cucu.. Mostly cucu dia kerja dan ada yg kerja kat luar negara.. Hahaha..

Ada 2 harga iaitu caregiver dan Nurse.

Utk nurse caj sejam paling murah rm15.
Utk caregiver caj siang rm70- rm80
Caj mlm pulak rm100
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 08:41 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-10-2020 08:31 PM
Tok ada cucu.. Mostly cucu dia kerja dan ada yg kerja kat luar negara.. Hahaha..

Ada 2 harga ia ...



..  masyukkkkk .... lanjerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-10-2020 08:41 PM
..  masyukkkkk .... lanjerrr

Hahahaha.. InsyaAllah boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 08:55 PM | Show all posts
elok laa kalau mati menan2 tu bukan boleh bawak masuk kuboq pon, silap2 dapat kat anak yg tak minat, dia juai perabih sebab semak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-10-2020 01:08 AM
Ni harga tahun lepas.

Stoma bag = RM12.90

aku siap gugel lg nak tau apa tu stoma bag
thanks for d infos
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 09:03 PM | Show all posts
jual kat ebay. ramai je nak beli harga tinggi kalau ada koleksi dia yang rare
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.482548 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list