CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: I.am.PH

[Tempatan] Update: PKPB sebenarnya TIDAK PERLU dan bermotif POLITIK #45 #49 Pst... ada NAMP

  [Copy link]
Post time 25-10-2020 08:29 PM | Show all posts
biskut_milo replied at 25-10-2020 09:04 AM
Cuba pihak pembangkang terangkan what is their action plan Untuk selesaikan masalah COVID ni sekiran ...

opkos plannya besarkan bajet kkm utk segala prasarana medic.

bukan wujudkan lebih banyak menteri dan biakkan timbalan menteri-2 timbalan menteri-3 dan timbalan menteri-4 tetiap kementrian.
nasib baik kementrian kobit yg dicadang pengkhianat gagal.
kalu la lulus kementrian kobit haritu kompom ada

menteri kobit-1
menteri kobit-2

timbalan menteri kobit-1
timbalan menteri kobit-2
timbalan menteri kobit-3

ketua setiausaha kementrian kobit-1
ketua setiausaha kementrian kobit-2






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Timb menteri 2 org tu mmg xnmpak kelibat. Apa yg diorang buat lah gamaknya. Sama jah dgan duta bertaraf menteri pasir berdengung. Baik lah bagi duit gaji tu utk tampung frontliner lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 25-10-2020 10:36 AM
@I.am.PH dah mcm takde maruah, post ke hulu ke hilir, takde nye org nak sokong DAP balik

Apa xde maruah. Betul lah apa yg dipersoalkan. Boleh tau apa aktiviti 2 timb menteri kkm ni? Kalau menteri tu dodol akui ada lah nampak update nya. Timb menteri smpai 2, btg hidung pon xnmpak!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacai2 dlm ni ramai xboleh terima kritikan, xkesah la apa jenis kritikan pon. Yg tau melalak serang ayam.ph. Bak kata kau org dulu time ph memerintah, bukan pembangkang la kalau x bangkang kan? Sekarang taste ur own medicine lah cai! Kahkahkah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2020 11:10 AM | Show all posts
PAKAR KESIHATAN RAGUI PERLUNYA PKPB DILAKSANA DI SELURUH NEGARA
8 November 2020



SAYA tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus. Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diambil? Kecuali Sabah dan Labuan, saya tak nampak sebarang perubahan ketara yang luar biasa dalam insiden kumulatif SAR-CoV-2 (Rajah 4).

Perubahan insiden mingguan SAR-CoV-12 di negeri-negeri yang terlibat juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara (Rajah 5). Insiden mingguan di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terenganu terlalu rendah sampai tak nampak, menyamai rendahnya insiden di Pahang dan Kelantan. Namun tetap dikenakan PKPB.

Sekalipun jika dikeluarkan negeri “outlier” (Sabah & Labuan) seperti di Rajah 6, insiden di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terengganu adalah rendah di bawah 5 per 100,000 penduduk seminggu.

Bagi yang faham ilmu epidemiologi, keputusan untuk melaksanakan PKPB berdasarkan angka sebegini adalah terlalu drastik dan keterlaluan. Malah Kedah yang sudah menunjukkan tren penurunan yang signifikan turut dikenakan tindakan yang sama.

Hatta bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apakah PKPB menyeluruh seluruh negeri satu-satu jalan mengawal keadaan?



Apakah PKPP (dipertingkat) terhadap mukim atau kejiranan yang bermasalah tidak boleh dilaksanakan, yang sudah tentu memberi impak ekonomi yang lebih sederhana berbanding PKPB menyeluruh?

Timbul pertanyaan apakah sebenarnya “end game” yang ingin dicapai melalui tindakan ini? Apakah kita mahu memutuskan langsung penularan virus ini dalam masyarakat melalui PKP?

Jika itu matlamatnya, saya katakan ia ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL dicapai dalam tempoh 6 bulan sekalipun, tanpa adanya vaksin dan ubat yang berkesan. Jika dilaksanakan selama 6 bulan, saya jamin ekonomi Malaysia akan lumpuh.

Jika sekadar untuk menurunkan insiden, apakah paras insiden yang hendak dicapai?

Jika insiden di Johor antara 0.2 hingga 1.5 per 100,000 penduduk seminggu sudah dianggap tinggi dan perlu melaksanakan PKPB, apakah angka yang hendak dicapai sebelum PKPB boleh ditamatkan, 0.5 per 100,000 penduduk?



Penentuan “end game” ini amat penting bagi mengukur kejayaan sesuatu tindakan. Rasional bagi penetapan angka ini mesti berasaskan bukti (evidence-based public health intervention).

Mungkin ada bukti-bukti epidemiologi yang hanya kerajaan saja yang tahu dan tidak boleh dikongsi dengan umum.

Saya berharap ia benar-benar bukti yang kukuh. Saya juga berharap, kerajaan mengambil kira keberkesanan kos bagi setiap strategi yang dilakukan.

Saya dan beberapa pakar kesihatan awam lain telah berulang berulang kali mencadangkan agar dikaji semula kaedah mengurus wabak ini. Keberkesanan kos wajar dijadikan landasan dalam membuat keputusan. Kaedah yang lebih kos-efisien mengelakkan pembaziran bagi mencapai hasil yang sama.

Lebih berat, jika rakyat sudah tekun melaksanakan SOP solat berjemaah, apakah kewajarannya ditutup semua masjid termasuk di kawasan tidak bermasalah?

Sejak PKP yang lalu, dan selepas masjid Sri Petaling, di masjid mana telah berlaku kluster Covid-19? Kita cukup sensitif, hanya satu kes di kalangan jemaah, seluruh masjid ditutup sedangkan tiada cluster yang terjadi.

Dan kini berdasarkan SOP PkPB, seluruh negara kecuali di 3 negeri ini, aktiviti ibadah berjemaah dihentikan untuk tempoh 1 bulan lagi (kami di Lembah Klang dah nak masuk bulan ketiga). Allah menguji siapa sebenarnya?

Saya terpanggil membangkitkan isu ini kerana saya mempunyai sedikit ilmu dalam bidang epidemiologi penyakit berjangkit dan saya mempunyai keraguan mengenai kewajaran tindakan menutup masjid di negeri-negeri terlibat di bawah PKPB sekarang ini.

Saya dengan ini menyuara pandangan saya dan berlepas tangan dari keputusan yang diambil. Moga Allah mengampuni dan melindungi saya dan kita semua.

Sekadar memberi pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Kredit – Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, Profesor Kesihatan Awam, IMUKL, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM sebelum besara pilihan pd 2017.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2020 11:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-11-2020 12:47 PM | Show all posts
Apa fungsi mereka sebenarnya dan apa impak dari perlantikan mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 24-10-2020 11:13 PM
Apsal PH taknak komen isu MEF suruh potong gaji pekerja yg keje dr rumah? Camni baru la bleh memenan ...

Realistik lah kak oi. Kalau dah business masing masing terjejas. Xmampu bayar gaji full. Xkan nak suruh mereka buang pekerja lak dari potong gaji.

Ataupun nak suruh mereka declare bancrupt. Xyah bayar pampasan pekerja n hutang hutang pun hangus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2020 01:52 PM | Show all posts
Kalau bukan darurat PKPB pula, ramai pertikai kesahihannya – Anwar
By Kasthuri Jeevendran - 9 November 2020



KUALA LUMPUR – Rakyat mula mempertikaikan kesahihan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumum kerajaan dari masa ke semasa bagi membendung penularan Covid-19.

Itu dakwaan Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasakan pelaksanaan itu memerlukan data terbuka supaya umum dapat mempercayai tindakan kerajaan berkaitan dengan kesihatan serta keselamatan dan bukan berunsur politik.

“Isu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat) kalau tanya Speaker (Dtauk Azhar Harun) beliau beri gambaran bahawa itu adalah fatwa KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) jadi kita jangan bahas. Tidak betul, sebenarnya. Semua ini ada hujahnya pakar kesihatan pertikai juga.

“Buat PKPB kerajaan negeri Selangor tidak tahu juga contoh Hulu Selangor, Sabak Bernam tiada kena mengena jadi satu negeri kena kenapa? Ini jejaskan kegiatan ekonomi. Hal-hal ini kita boleh bahaskan.

“Kita  terima baik pengorbanan warga front liners, KKM. Kita tidak pertikai tapi semua negara lain di luar sana boleh sahaja berbahas tentang keperluan lock down muktamad atau elective ini.

“Ingat, yang hilang pekerjaan serta krisis ekonomi lain amatlah serius,” katanya ketika membahas Belanjawan 2021 selepas dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

Sambung Anwar yang juga Presiden PKR, pihaknya tidak mempertikai usaha keras KKM dalam pembendungan penularan Covid-19 malah tidak juga menyoal pengorbanan warga barisan hadapan.

“Kita sokong bila ada penguatkuasaan tegas dan keras oleh semua pihak berwajib. Tapi rakyat juga tertanya bagaimanakah ada VVIP terlepas dari semua undang-undang ini tetapi yang di bawahan itu terkena?

“Apakah pelaksanaan ini perlu berlarutan? Buatlah open data. Mesti ada ketelusan. Rakyat hendak tahu, bila ada maklumat terbuka dan sahih lagi rakyat akan yakin dengan apa yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Sikit-sikit PKPB. PKP bila kerajaan ‘lemah’. Jika bukan darurat, buat PKPB pula. Bagilah contoh teliti sedikit, saya tidak mahu pertikai soal keselamatan dan kesihatan yang perlu diutamakan tapi janganlah sampai orang pertikai,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2020 01:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 25-10-2020 08:17 AM
Lg pelik kononnya kalau kritik pemerintahan dikatakan ketinggalam zaman. Lol.

Lg pelik time dia jadi pembangkang dia kritik kjaan kaw2..time dia jd kjn dia marah pembangkang kaw2
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 9-11-2020 03:09 PM
Lg pelik time dia jadi pembangkang dia kritik kjaan kaw2..time dia jd kjn dia marah pembangkang ka ...

Saya bercakap bukan ikut parti atau pembangkang ke apa. Sesiapa patut boleh kritik kerajaan atau pembangkang dan juga setuju jika benda bagus. Jangan taksub. Tapi ikut isu dan action not the party.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 05:16 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 9-11-2020 01:43 PM
Realistik lah kak oi. Kalau dah business masing masing terjejas. Xmampu bayar gaji full. Xkan nak  ...

ye dik sbb tu kerajaan buat insentif moratorium, buat insentif lg elaun support gaji pekerja, insentif lg kasi bantuan pd rakyat marhaen ni ha so kalau company taknak kasi bonus pun takpe.

ni yg aku tny ni, sblm potong gaji pekerja tu, gaji bos-bos ada potong tak? tu persoalannye skrang.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 9-11-2020 05:16 PM
ye dik sbb tu kerajaan buat insentif moratorium, buat insentif lg elaun support gaji pekerja, inse ...

Mestilah dah potong. Mana mana company pun top management biasanya akan dibayar elaun yang banyak. Gaji biasa biasa je kecuali government n glc.

So kalau berlaku keadaan tidak diingini seperti ini elaun yang akan dipotong terlebih dahulu.

Gaji pekerja adalah perkara terakhir akan dipotong sebab akan mencetuskan berbagai masalah dengan jabatan tenaga dan sebagainya.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal kalau kes cemar sungai je mesti tonyok punya kerja?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2020 10:05 PM | Show all posts
c===8 replied at 9-11-2020 12:24 PM
Apsal kalau kes cemar sungai je mesti tonyok punya kerja?

Pastinya saudari tahu yang pertanyaan saudari adalah OOT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2020 12:18 PM | Show all posts
[youtube]9WPGfPsBWH0[/youtube]

Apa yang Menteri Kesihatan, 2 Timbalannya dan Penasihat Khas Kesihatan Awam PM kita buat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.092324 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list