View: 2197|Reply: 23
|
[Tempatan]
Kes harian masih TIGA digit. KKM minta jangan buat SEBARANG pilihanraya waktu mc
[Copy link]
|
|
KKM saran jangan adakan pilihan raya pada masa ini - Dr Noor Hisham
Bernama
Oktober 27, 2020 21:04 MYT
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyarankan agar tidak mengadakan sebarang pilihan raya buat masa ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pilihan raya itu tidak dapat dielakkan, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mereka akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kaedah berbeza untuk melaksanakan pilihan raya.
"(Pertama) tidak boleh rentas sempadan, tiada rentas daerah dan tidak boleh balik kampung untuk pilihan raya. Kedua, tidak dibenarkan perhimpunan dan ketiga, tiada lawatan rumah ke rumah. Jadi ini adalah tiga isu utama yang kami perlu bincangkan dengan SPR sama ada kita boleh laksanakan undi pos dan sebagainya. Kami akan terus berbincang dengan SPR untuk memperbaiki keadaan.
"Kami hanya boleh memberi cadangan. Jika ia tidak dapat dielakkan, pilihan raya perlu dilakukan, di bawah Perlembagaan, maka kita perlu meneliti SOP (prosedur operasi standard) bagaimana kita boleh menjalankan pilihan raya dan meminimumkan jangkitan.
"Walaupun SOP itu ada, tetapi apa yang lebih penting adalah pematuhan SOP. Saya rasa kita telah melihat dan mempelajari dari Sabah (pilihan raya). Kita harap kita tidak perlu ulangi konsekuens daripada pilihan raya ini di negeri lain," katanya pada sidang media mengenai perkembangan harian COVID-19 di sini hari ini. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buat pilihanraya juga memang kita open the flood gate dan cari penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai sms jer la.macam AF dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap derang dengar la suggestions KKM ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga semua bekerjasama dan belajar dari kesilapan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
x yah la buat lagi...letih woooo...
frontliner pun dah nak terlena dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hbs la cmne org Kelantan nk blk ngundi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org2 gila kuasa tu mana peduli semua ni. Nak selamatkn poket masing2 je. Bila kes naik sume ilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Weh taknak la sambung pkp lagi. Stress lah gaji kena potong |
|
|
|
|
|
|
|
Pilihan raya tanpa rentas negeri
Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
27 Oktober 2020, 8:54 pm
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan supaya sebarang pilihan raya tidak dijalankan dalam masa terdekat bagi mengurangkan penularan jangkitan kes Covid-19 di dalam negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun sekiranya tidak dapat dielakkan, KKM mengesyorkan supaya tiga larangan yang perlu dilaksanakan dalam menjalankan pilihan raya.
“Tidak boleh rentas negeri, daerah dan tidak boleh balik kampung, tiada perhimpunan beramai-ramai selain tiada kunjungan ke rumah.
“KKM syorkan supaya pilihan raya tidak dijalankan bagaimanapun, jika perlu juga pilihan raya, kita perlu melihat kepada perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, SPR menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.185 Batu Sapi, Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Slamat mengundi atas talian.. kalau jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap tak guna tembak tak kena...setakat mengesyorkan jgn adakan PRN kehulu PRN kehilir perabis air lioq...
Start preparing your regimental and stringent SOP la in anticipation of any improbable outcome(PRN),.knowing jolly well you are working with idiots at the top yg tak.makan saman atau nasihat dari kuli batak macam kau(DG).
Kahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 28-10-2020 08:05 AM
Slamat mengundi atas talian.. kalau jadi
Kau ingat ini akademi fantasia kewww..buat undian atas talian?
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Cenderakirana9 replied at 28-10-2020 03:43 AM
Weh taknak la sambung pkp lagi. Stress lah gaji kena potong
Bangsa sabsidi tak perlu khuatir..jaminan dalam perlembagaan...you will not die of starvation...
Tak caya?
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi alternative lain utk buat pilihanraya. melalui pos. online.
|
|
|
|
|
|
|
|
Election boleh buat, cuma kempen je tak boleh, kempen buat melalui socmed dan flyers post je ke rumah2.....ceramah FB live je....or you tube live ke... ok dah...buat lah PRU 3 hari buang undi, hari pertama saluran 1 dan 2, hari kedua saluran 3 dan hari ketiga saluran 4. kaw tim loo... |
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 replied at 28-10-2020 11:19 AM
Election boleh buat, cuma kempen je tak boleh, kempen buat melalui socmed dan flyers post je ke ruma ...
Jgn lupa saluran kunyit...
Kahkahkahkahkahkahkah
1-0 |
|
|
|
|
|
|
|
undi pos je la...dan undi online |
|
|
|
|
|
|
| |
|