CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3501|Reply: 46

[Tempatan] Bukan perkampungan al-Quran yang rakyat perlukan

[Copy link]
Post time 1-11-2020 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Bukan perkampungan al-Quran yang rakyat perlukan
By admin - 1 November 2020



DI Twitternya pada 30 Oktober 2020, Menteri Wilayah Persekutuan Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa lakaran projek ‘Quranic Village’ atau Perkampungan Al-Quran sudah hampir siap.

Semasa projek ini diumumkan pada 11 Mei 2020 yang lalu, YB Menteri Wilayah Persekutuan tersebut berkata bahawa perkampungan ini dibina untuk “memartabatkan budaya Islamik dan ilmu al-Quran khususnya kepada pelancong dari luar negara.”

Terdapat beberapa persoalan penting berkenaan projek ini.

Pertama, bagaimana beliau hendak menjustifikasi keperluan projek yang bernilai RM150 juta ini dalam keadaan kerajaan meminta derma daripada rakyat untuk memenuhi keperluan asas?

Ketika awal pandemik ini, kerajaan telah membuka tiga tabung untuk meminta derma daripada rakyat. Tabung Bantuan Covid-19  daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tabung Musaadah Covid daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Tabung Sumbangan Perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baru-baru ini, pada 27 Oktober 2020, KKM telahpun sekali lagi melancarkan Sumbangan Perubatan dan meminta sumbangan daripada orang ramai.

Jika benar kerajaan mempunyai duit lebihan sehingga duit tersebut boleh dibelanjakan untuk projek ini, mengapa perlu meminta-minta daripada rakyat?

Kedua, adakah projek ini yang diperlukan oleh Islam serta penganutnya?

Ketika Nabi SAW wafat, baginda meninggalkan kepada kita dua perkara, iaitu Al-Quran dan Sunnah. Baginda tidak tinggalkan kepada kita bangunan yang tersergam indah. Masjid Nabawi dibina berdindingkan tanah liat dan beratapkan pelepah tamar.

Bahkan, al-Quran yang ditinggalkan bukanlah ditulis dengan dakwat emas bertatahkan berlian. Al-Quran hanya ditinggalkan terukir pada hati para sahabat yang mengimaninya dan mengamalkannya.

Namun, apa yang baginda sentiasa tekankan?

Memberi makan kepada orang miskin. Membantu orang yang susah. Membela nasib mereka yang dizalimi. Inilah juga tema yang sentiasa diulang-ulang dalam Al-Quran. Oleh itu, untuk membuat sesuatu perkampungan yang bertemakan al-Quran, suruhan Al-Quran haruslah menjadi paksi utama yang harus diketengahkan.

Adakah kita telah membantu mereka yang memerlukan?

Sebelum Covid-19, pada tahun 2018, kajian daripada UNICEF menunjukkan bahawa lebih daripada separuh (52%) warga miskin bandar di Kuala Lumpur tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli makanan. 97% penduduk tidak memberi anak-anak makanan berkhasiat kerana kos sara hidup yang tinggi.

Pasca Covid-19, kajian daripada badan yang sama menunjukkan 1 daripada 4 ketua keluarga warga miskin bandar di Kuala Lumpur telah hilang pekerjaan. 57% ketua keluarga mendapat pendapatan yang semakin rendah pasca Covid-19.

Situasi dalam kalangan miskin bandar ini amat menyedihkan. Seharusnya, prioriti perbelanjaan kerajaan ialah untuk membantu mereka, sebagaimana saranan al-Quran dan Sunnah.

Bagaimana pula pembelaan terhadap golongan teraniaya?

Umum mengetahui, kerajaan Malaysia mutakhir ini telahpun menolak kehadiran pelarian Rohingya yang ditindas dan dizalimi di tanah mereka sendiri oleh kerajaan Myanmar. Sebab yang dinyatakan kebiasaannya ialah untuk memberikan keutamaan kepada penduduk tempatan akibat keterhadan sumber semasa wabak ini.

Jika benar kerajaan ada lebihan sumber yang digunakan untuk membuat projek ini, bukankah lebih baik ia digunakan untuk membantu saudara kita yang memohon perlindungan?

Ketiga, apakah sepatutnya peranan al-Quran dalam sesebuah komuniti Muslim?

Al-Quran sepatutnya menjadi panduan kehidupan, bukan tarikan pelancongan. Al-Quran sepatutnya menjadi pedoman untuk menjadikan manusia yang lebih baik. Contohnya, melalui pemahaman dan penghayatan al-Quran, ia menjadikan penguasa negara lebih amanah, berakhlak, dan berintegriti, yang menatijahkan polisi-polisi negara lebih berkebajikan dan merakyat.

Mengambil contoh daripada pemimpin yang digelar ” al-Quran” berjalan, iaitu Rasulullah SAW sendiri. Ketika perang Khandak, penduduk Madinah mengalami kebuluran sehingga warga Madinah mengikat perut-perut mereka dengan seketul batu untuk mengurangkan rasa lapar. Apabila diadukan kepada Nabi SAW, baginda menunjukkan bahawa di perut baginda terdapat bukan satu, tapi dua ketul batu untuk menahan lapar. Menunjukkan baginda mengutamakan rakyat baginda terlebih dahulu ketika rakyat dalam kesusahan.

Selain itu, individu yang mengamalkan al-Quran ialah individu yang sentiasa berakhlak mulia dan beramal soleh. Dalam keadaan kebejatan sosial yang membarah, menunjukkan bahawa Malaysia masih jauh daripada ciri-ciri masyarakat yang membumikan al-Quran.

Akhir sekali, tidak perlulah kita membina struktur-struktur agam dan mewah untuk meraikan al-Quran. Sebaliknya, lebihkan tumpuan kepada kiat-kiat untuk membumikan Al-Quran dalam hati setiap rakyat Malaysia, sama ada yang memerintah mahupun yang diperintah.

Mulakan dengan pemerintah sendiri mengikut saranan Al-Quran, iaitu bersederhana dan mengutamakan bantuan terhadap yang memerlukan dan yang dizalimi.

Apabila negara kita menjadi negara yang dicorakkan oleh tunjuk ajar al-Quran, manfaatnya akan dapat dilihat daripada segala aspek, termasuklah kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik.

Azhari Azizi
JK Akademik dan Intelektual
Persatuan Belia Harmoni Malaysia

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkampungan Arab sebenarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:00 AM | Show all posts
[twitter]https://twitter.com/AnnuarMusa/status/1322159005112786949[/twitter]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:02 AM | Show all posts
[twitter]https://twitter.com/Pina_Wiggins/status/1322184628887670784[/twitter]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:05 AM | Show all posts
[twitter]https://twitter.com/AnnuarMusa/status/1321977657278410752[/twitter]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:05 AM | Show all posts
[twitter]https://twitter.com/PartiLangit/status/1322005400628047872[/twitter]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2020 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ni lubuk duit uth kontraktor2 la u dgn ahli politik bkepentingan, btul la kate nabi tanda nak kiamat, org  mula buat masjid besar tersergam indah, ni salah satunye lah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tanya sunni, nabi mohammed tinggalkan 2 benda, holy koran dan as-sunnah, nescaya kamu takkan sesat

Kalau tanya syiah, nabi tinggalkan 2 benda, holy koran dan ahlul bait, nescaya kamu takkan sesat

Khutbah nabi mohammed yang terakhir pun tak ketentuan hala, apatah lagi hadis hadis sebelum khutbah nabi itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Wajib berwudhu kew utk masuk perkampungan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 1-11-2020 09:09 AM
ni lubuk duit uth kontraktor2 la u dgn ahli politik bkepentingan, btul la kate nabi tanda nak kiamat ...

Buat masjid yg besar kalau diimarahkan, dipenuhkan dgn jemaah atau kegiatan setiap masa takda masalah...tapi permasalahannya...masjid sebesar 3 padang anfield..nak nampak penuhnya hanya waktu jumaat dan dua perayaan....
kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pecah tanah pembinaan serta official opening potong ribbon hari pembukaannya nanti para penyangak pemakan rasuah.....jua....kos pembinaan village pun entah berapa percent dah kena sedut..harao harap takdala bumbung salah satu bangunan roboh hanya setelah satu tahun dibina..kerna kos tak mencukupi ditelan perasuah...hingga structure jadi tak kuat dek lebih banyak air dari simen...

kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud perkampungan quran ni yer?

Al quran tersusun di kiri kanan jln dan dlm binaan?

Atau setiap pengunjung/pelawat yg masuk dipakaikan jubah dan dibekalkan senaskah Al Quran utk dibawa berjalan sepanjang kunjungan di dlm perkampungan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:28 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 1-11-2020 02:36 AM

Alamak... boringlah Mufti ni, time ini lah orang politik nak dapat banyak projek, semasa masih berkuasa...

Nak cover kos dapat jawatan dulu...

Tangguh dulu perkampungan al-Quran, fokus bantu rakyat, kata agamawan
Adam Abu Bakar -October 31, 2020 11:36 AM


Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor tidak membantah inisiatif untuk mewujudkan perkampungan itu namun menasihatkan Annuar Musa melaksanakannya ketika ekonomi dan kewangan negara kembali stabil dan kukuh. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan diketuai menterinya Annuar Musa mendirikan perkampungan al-Quran “Quranic Village” dijangka menelan kos RM150 juta pada 2021 perlu ditangguhkan.

Ia disuarakan pemimpin agama termasuk Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor, yang melihat projek itu bukan keutamaan ketika negara bergelut memerangi Covid-19.

“Dalam suasana negara sedang bergelut melawan pandemik Covid-19, kerajaan mesti mengambil langkah berjimat cermat dengan keutamaan perlu diberikan kepada usaha memelihara kesihatan rakyat dan membantu mereka dari sudut ekonomi yang terjejas,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Annuar melalui Twitter memaklumkan reka bentuk perkampungan al-Quran sudah hampir siap dan secara dasarnya Putrajaya sudah bersetuju dengan projek itu.

“Peruntukan awal sudah diluluskan dan tapak 20 ekar juga sudah diluluskan. Kita akan memulakan pembinaan 2021,” katanya.

Wan Salim berkata, pihaknya tidak membantah inisiatif Annuar untuk mewujudkan perkampungan itu, namun menasihatkan ahli Parlimen Ketereh berkenaan supaya melaksanakannya ketika ekonomi dan kewangan negara kembali stabil dan kukuh.

“Kita tidak membantah gagasan perkampungan al-Quran seperti ingin dibangunkan Menteri Wilayah Persekutuan itu, namun kita berpendapat ia tidak sesuai dilaksanakan dalam situasi sekarang. Projek ini boleh ditangguhkan sehingga ekonomi dan kewangan negara kembali stabil dan kukuh.

“Lagipun, kita sudah mempunyai Darul Quran bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang boleh memainkan peranan dalam pengembangan ilmu berkaitan al-Quran dan meningkatkan lagi pengajian al-Quran di negara ini,” katanya.



Isu lebih mendesak

Sementara itu, Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata lebih baik Putrajaya memberi tumpuan dan memfokuskan kepada isu lebih mendesak ketika ini.

“Dalam tempoh setahun atau 2 tahun ini, kita rasa Covid-19 akan berterusan. Kita harus mempunyai persiapan yang jelas terhadap kebarangkalian pandemik baru yang mungkin timbul kelak. Utamakan perkara yang lebih utama,” katanya.

Penerima anugerah tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1441H/2019 itu berkata, masanya tidak sesuai bagi Putrajaya memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk projek berskala besar ketika ini.

“Untuk melancarkan projek yang nampak tidak ada kaitan dengan masalah semasa dan isu besar, saya kira ia tidak memenuhi kriteria. Kita sambut baik projek ini namun masanya tidak sesuai. Kita perlu belajar daripada kejutan Covid-19 di negara kita dan harus peruntukkan sumber kewangan yang cukup,” katanya.

Terdahulu, ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, lebih baik Putrajaya memfokuskan peruntukan untuk pembangunan hospital sedia ada dan memberikan perhatian kepada isu pekerjaan rakyat serta baik pulih sekolah di luar bandar.

“Ini waktu pandemik, apa guna jika ada bangunan besar tetapi rakyat sakit dan lapar,” kata Syed Saddiq di Twitter.

Annuar bagaimanapun ketika dihubungi FMT secara ringkas memaklumkan kenyataan Syed Saddiq itu pendek akal kerana menurutnya, sebahagian projek berkenaan menggunakan konsep wakaf.

“Apakah kalau buat masjid maka tidak boleh buat hospital,” kata Annuar.

Kemudian, Annuar di lama sosialnya menjelaskan perkampungan al-Quran di Putrajaya akan diurus bersama pembangunannya oleh Perbadanan Putrajaya dan Yayasan Restu.

“Pembiayaannya turut dibiayai melalui dana wakaf dan swasta. Ia merupakan sambungan kepada Kompleks Nasyrul Quran sedia ada, mungkin ramai yang belum lawati pusat ini. Ada yang bangga bila buat lapangan terbang walau sudah ada lapangan terbang berdekatan.

“Bangga buat terowong bawah laut, walau ada 2 jambatan merentasi laut, bangga hendak buat menara walau dah bersepah menara di Kuala Lumpur. Tetapi bila hendak buat masjid, pusat al-Quran, mereka mula negatif,” katanya.

Dalam gambar dimuat naik Annuar berhubung perkampungan al-Quran itu menyatakan, ia akan mempunyai sebuah masjid yang boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam 1 waktu solat, selain pusat perniagaan melibatkan produk tempatan.

Pusat sains Quran dan sirah, pusat seni mushaf dan ruang dilengkapi dewan bankuet, auditorium, bilik seminar, bilik penginapan perpustakaan dan lain-lain fasiliti berkaitan akan turut dibina dalam perkampungan itu.

Julai lalu Annuar dilapor berkata, masjid baharu itu akan dibina di Presint 14, sebagai antara langkah memperluaskan lagi identiti bandar pentadbiran negara yang sinonim dengan seni bina serta “roh” Islam dan lokasi pusat percetakan al-Quran ke-2 terbesar di dunia selepas Arab Saudi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:33 AM | Show all posts
Syed Saddiq tak setuju bina perkampungan Al Quran
October 31, 2020  EDITOR



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam membuat ciapan di laman Twitter miliknya membantah pembinaan perkampungan Al Quran yang dijangka dibina pada tahun hadapan di Wilayah Persekutuan.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata peruntukan untuk pembinaan perkampungan Al Quran sepatutnya digunakan untuk menambah peruntukan hospital dan sebagainya ketika negara melawan pandemik COVID-19.

“Lebih baik fokus untuk tambah peruntukan hospital sedia ada, beri perhatian kepada isu pekerjaan rakyat dan baik pulih sekolah luar bandar,”

“Ini waktu pandemik. Apa guna jika ada bangunan besar tapi rakyat sakit dan lapar?,” tulis Syed Saddiq.

Bagaimanapun, Syed Saddiq dikutuk oleh beberapa pengguna media sosial lain yang menyifatkan pemimpin dari parti MUDA itu dengki dengan pencapaian Perikatan Nasional (PN) yang konsisten dalam mewujudkan variasi pembangunan selari dengan kebajikan.

“Bukan ke benda ni (pembinaan perkampungan Al Quran) bagus? Boleh wujudkan peluang pekerjaan,” balas Lukman Nulhakim pada ciapan Syed Saddiq.

“Jealous ker tu? Sudah-sudah la YB (Syed Saddiq), pergilah main basikal sana,” tulis Nadzmi.

Perkampungan Al Quran yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menelan belanja RM150 juta dan melibatkan keluasan tapak sebanyak 20 ekar.

Perkampungan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan, dan membantu kontraktor, arkitek serta kumpulan kerja yang dilantik untuk membina, menyiapkan dan menghias bangunan tersebut.

Terdahulu, pada Mac 2020 kerajaan mengumumkan untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi Covid-19.

Peruntukan tersebut adalah termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta. – Buletin Asia

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:34 AM | Show all posts
[twitter]https://twitter.com/MustaqimJiwa/status/1322021750444494848[/twitter]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:23 AM | Show all posts
sembang la lu china doll

blum dengar lg rakyat mati kebuluran tak cukup mkn

mati sbb terlebih mentedarah byk penyakit 3 serangkai bagai ade la


lu minya kaum pulak byk kena kanser lahap sgt mkn mee yee sang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ADA PROJECT ADA MASYUKKKKKKKKKK

Itulah cogankata politaik siyalllll yg kita ada harini
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:25 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 1-11-2020 10:27 AM

Dana Waqaf dan pembiayaan swasta...
so bukan dana kerajaan per se cuma maintenance Putrajaya handle

i ingat kerajaan biaya sepenuhnya. so yayasan  restu, dana waqaf , swasta dan perbadanan putra jaya.

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:30 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 1-11-2020 10:32 AM

may i suggest - kepada pembiaya swasta islam yg budiman  - ada pusat kecemerlangan di IPTA IPTA Malaysia ni yg mungkin memerlukan bantuan dana anda, dan ada pusat pusat pengajian ketamadunan islam yg mempunyai pelajar pelajar  yg kesempitan wang dan centre tu sendiri ada  limited budget  untuk membiayai aktiviti keilmuan...

APA KATA kiranya anda membiayai mereka penuntut ilmu ni sebab ia JARIAH yg PALING PALING MULIA
sebab u support org belajar dan ilmu dan ilmu tu u dapat saham juga apabial pusat ilmu terus menerus menyalakan obor kebaktian mereka...

so pada i  baguslah danakan projek sebegini i sokong
CUMA sokong jugla  pusat pusat  pengajian lanjutan ketamadunan Islam di IPTA yg sedia ada - mereka juga perlukan bantuan anda...ada saja mereka ...

sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:35 AM | Show all posts

pertama

kandungan posting anda suka sensasikan berita
kedua anda liabiliti pada parti dokongan anda , sapa suka DAP ye ?
ketiga anda highlight benda yg nampak sensasi tapi kalau baca dengan teliti ada banyak lagi danaan sokongan dari pihak wakaf dan swasta

so kita tak tahu pecahan dana.

so anda lagi banyak kandungan posting anda cuba burukkan Islam , u ingat anda ni asset ke liabiiti?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.547706 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list