View: 3881|Reply: 15
|
Ady Wow, Isteri Dan Anak Bongsu Positif Covid-19
[Copy link]
|
|
Penyanyi kumpulan rock era 1990-an, Ady Wow, 53, bersama isteri, Fadizah Jiran dan anak bongsu mereka, Nurhadira, 8, disahkan positif Covid-19, kelmarin.
Ady yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah ketika dihubungi berkata, baru-baru ini dia mengalami demam dan lemah-lemah badan, namun tidak menyangka dijangkiti wabak berbahaya ini.
Kredit foto: Harian Metro
"Saya juga hilang deria bau, tekak terasa pahit dan paling teruk apabila tarik nafas terasa nafas pendek. Empat atau lima hari selepas itu saya sembuh, tapi isteri pula demam. Dia bimbang dan buat keputusan melakukan ujian swab di klinik swasta.
"Namun, ujian swab ada dua kategori iaitu yang dapat keputusan dalam masa 10 minit dan satu lagi perlu tunggu dihantar makmal dan dapat keputusan beberapa hari kemudian.
"Disebabkan kena tunggu beberapa hari lagi untuk dapat keputusan, isteri saya pergi klinik lain pula di Kota Kinabalu untuk buat ujian swab. Dalam masa 10 minit dapat keputusan dia positif," katanya.
Melihatkan keputusan isterinya, Ady dan dua anak mereka turut berjumpa doktor pada hari yang sama untuk menjalani ujian swab.
"Saya dan anak bongsu didapati positif, manakala anak sulung iaitu Nadhirah Nadja pula negatif. Ini hari ketiga kami positif Covid-19. Semalam kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang ke rumah untuk buat sekali lagi ujian swab terhadap anak sulung dan keputusannya belum diperoleh," katanya.
Ady berkata, Isterinya dimasukkan ke wad kerana ada jangkitan paru-paru tahap tiga, manakala anak sulung mereka perlu menjalani kuarantin diri.
"Ikutkan doktor nak bawa saya dan anak bongsu ke hospital tapi saya kasihankan anak sulung yang kena tinggal sendirian," katanya.
Ditanya pergerakannya ke kawasan yang berisiko, Ady berkata, dia sentiasa menjaga diri supaya tidak dijangkiti penyakit ini.
"Sekarang gelombang ketiga Covid-19 dan saya memang tak keluar rumah kecuali pergi pasar untuk beli barangan keperluan dapur," katanya.
Ady yang kini menguruskan perniagaan di Sabah akan tetap menyanyi sekiranya ada undangan mengadakan persembahan.
Dia juga aktif menghasilkan video nyanyian yang boleh ditonton menerusi YouTube Ady WOW Official.-CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga semua segera sembuh..sabah kembali bebas covid..Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga lekas sembuh
masih ingat lg vklip ady Wow ni lagu Engkaulah Yang Satu ....putih tinggi heshe
nmpk benor aku dh kertu |
|
|
|
|
|
|
|
To this extent kat sabah ni patuh sop pon boleh kena.hospital plak sesak.smg sihat cepat lah ady wow n anak isteri |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia semua muka fotocopy. Kalau pergi pasar anaknya merayap atau maknya tertinggal tak susah nak cari. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag: semoga lekas sembuhmasih ingat lg vklip ady Wow ni lagu Engkaulah Yang Satu ....putih tinggi heshenmpk benor aku dh kertu
Ohhh dia ke yg nyanyi Engkaulah Yg Satu tu? Best lagu tu dulu... Semoga cepat sembuh Ady Wow sekeluarga.
Meols pum ketuaan sbb meols tahu lagu tu |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 7-11-2020 07:27 PM
Anak dia semua muka fotocopy. Kalau pergi pasar anaknya merayap atau maknya tertinggal tak susah nak ...
iols td skip gmbrnya sbb xkenal pun sapo pakcik ni tp sbb komen uols, iols scroll atas semula. ternyata tidak sia2 hahahahaha lawak |
|
|
|
|
|
|
|
Engkaulah yang satuuu... Pujaan hatikuuu
Semoga cpt sembuh Dan dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok maknya tengok anaknya masa kecik.
nak tengok future anaknya tengok maknya sekarang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Crush ku masa dak2 sekolah, nape begini rupanya skrg 
Semoga beliau sekeluarga sihat seperti sediakala |
|
|
|
|
|
|
|
Suara beliau ni tersangat la sengaunya, smpaikn dulu2 bila aku nyanyi lagu dia suara aku pon turut sengau sekali  |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kita ni kalau ada simptom2 covid ni segerakanlah buat ujian swab. Kalau lambat takut berjangkit ramai lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
GegarVaganza thn dpn dh bole join |
|
|
|
|
|
|
|
iols baru download lagu hidayah.. hensem heshe ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|