Datuk Adi Putra meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila tawaran lakonan drama bersiri ditarik balik selepas dia meminta sejumlah bayaran yang agak tinggi.
Menerusi entri di Instagram, pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim, 39 itu menjelaskan ada sebab dia meletakkan harga sedemikian.
Kredit foto: IG Adi Putra
"Kenapa saya buat begitu? Kerana niat saya nak bantu rakyat susah dari semua gaji saya.
"Mungkin bukan rezeki mereka yang saya nak bantu, sebab pihak berkenaan tak memahami saya," katanya.
Dalam masa sama, Adi berkata, tidak salah dia meletakkan harga tinggi kerana mampu memberi kualiti kerja yang baik. - CARI
|