View: 13518|Reply: 89
|
"Kami Penat Lelah, Mereka Senang Je Tiru" - Aeril Zafril
[Copy link]
|
|
Artis terkenal, Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafril kecewa apabila sebuah syarikat yang beroperasi di Kedah menggunakan cap dagangan tidak berdaftar seakan menyamai cap dagangan berdaftar miliknya untuk menjual produk kosmetik.
 Kredit foto: IG Aeril
Wawa berkata, syarikat terbabit memanipulasi pengguna dengan mengeluarkan produk yang menggunakan cap dagangan serupa dengan produk keluarannya, malah dijual berleluasa di seluruh negara.
Jelasnya, kes ini bukan kali pertama berlaku ke atasnya sehingga memaksa dia melaporkan kejadian kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.
" roduk ini bukan produk tiruan hingga memberi kesan kepada pengguna. Apa yang dikesalkan adalah, ia seolah-olah mengelirukan pengguna dengan menyangka produk itu adalah daripada Wawa Cosmetics.
"Sedangkan ia adalah sebaliknya kerana Wawa Cosmetics tidak pernah mengeluarkan produk berupa lima set penjagaan kulit seperti yang dilakukan syarikat terbabit.
"Sebelum ini, perkara sama berlaku ke atas Wawa namun selepas pihak kami mengeluarkan notis, pihak terbabit akur, namun syarikat ini berdalih dan terus menggunakan logo yang mengelirukan," katanya ditemui di pejabat KPDNHEP Perlis hari ini.
Bagi Aeril, tindakan syarikat terbabit nyata mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapinya dan Wawa.
"Cap dagangan ini bukanlah senang untuk didaftarkan, malah ia memakan masa hampir dua tahun untuk diluluskan oleh KPDNHEP selepas melalui prosedur tertentu.
"Jadi, jika mereka berterusan menggunakan cap dagangan ini, ia nyata satu tindakan tidak bertanggungjawab kerana kami yang berpenat lelah namun mereka senang sahaja meniru dan menggunakan cap dagangan kami," katanya.
Aeril berterima kasih kepada KPDNHEP kerana bertindak tegas dengan aduan disalurkan dan dia turut bersyukur wakil syarikat terbabit memberikan kerjasama ketika menemui mereka di sebuah premis di daerah ini semalam.
 Kredit foto: KPDNHEP/Harian Metro
Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Perlis Norazah Jaapar berkata, pihaknya merampas lebih 5,500 unit peralatan kosmetik bernilai lebih RM210,000 yang menggunakan cap dagangan tidak berdaftar di Taman Putra Utama di sini, tengah hari semalam.
" ada serbuan jam 12.15 tengah hari, 16 individu terdiri daripada 13 wanita dan tiga lelaki berusia 20 hingga 31 tahun, termasuk seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan berkenaan, ditahan bagi membantu siasatan.
"Serbuan dibuat selepas mendapat aduan daripada pemilik cap dagang berkenaan berikutan pengeluar produk terbabit menggunakan logo dan jenama yang dilihat boleh mengelirukan pengguna," katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Perlis.
Menurut beliau, premis terbabit sudah lebih tiga tahun beroperasi dan turut menjalankan perniagaan menggunakan ejen selain dijual secara dalam talian.
"Malah KPDNHEP juga sudah melihat iklan yang mengelirukan dikeluarkan syarikat terbabit.
"Ternyata ia boleh memanipulasi persepsi pengguna kerana menggunakan logo pemilik asal," katanya.
Norazah berkata, syarikat terbabit dipercayai memiliki sebuah gudang dan beroperasi di sebuah daerah di Kedah.
Premis diserbu pula dipercayai pusat pengedaran produk di Perlis.
Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika disabitkan kesalahan.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kilang di area Napoh ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Wawa skincare ni ke
https://shopee.com.my/search?attrId=10371&attrName=Brand&attrVal=Wawa%20Beauty%20Skincare |
|
|
|
|
|
|
|
mcm beza je tulisan wawa skincare dgn wawa cosmetics tu. munkin nama je la kot sama tp dari segi design berbeza laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
someone i knew yg dulu buat produk nama wawa pun dah tukar nama lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 18-11-2020 05:16 PM
Wawa skincare ni ke
https://shopee.com.my/search?attrId=10371&attrName=Brand&attrVal=Wawa%20Beauty% ...
Sgt timbang kilo produk ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Uols i tanya je.. i pun xsure.. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa la yang beli.......
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana bentuk cap dagangan tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tepek laa sini cap dagangan tu nk tgk..hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Carian Google
Produk Wawa Sk*ncare tu siap tulis lulus kkm. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nama je sama kan..beza cosmetic n skincare |
|
|
|
|
|
|
|
Xsama pun .bukan dia dorang nama Wawa. Lain la dia trademark Kan nama Wawa tu...to bukan sesenang nak trademark ni |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tiru tu ltak la nama Wawah ke.Sah2 la x sama |
|
|
|
|
|
|
|
AyaqMeloSuam replied at 18-11-2020 05:52 PM
Wawa Cosmetic
Mcm nk sama dgn tulisan mamasabun...aku selalu baca as MATASAB |
|
|
|
|
|
|
|
AyaqMeloSuam replied at 18-11-2020 05:51 PM
Carian Google
Produk Wawa Sk*ncare tu siap tulis lulus kkm.
Wawa tu bkn trademark pon. Dh kenapa. Nama ko exclusive ngat ke? Helloooooo... Kapel tersangkak tibaiunta ni.. Koserlaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
AyaqMeloSuam replied at 18-11-2020 05:53 PM
Wawa Skinc@RE
Fight jela.. Kes ni ptt blh saman wawa tu.. Tgk siapa yg produce produk timbang kilo dlu
Dua2 pon sama2 zahanammmmHehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|