Angkara Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Hadith Omar dibintangi oleh Hun Haqeem, Meerqeen dan Wanna Ali. Siri ini akan memulakan tayangan pada 2 November 2020 di (Slot Tiara) Astro Prima
JUDUL : ANGKARA CINTA
Genre rama cinta konflik keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi daripada Telenovela Filipina iaitu Tayong Dalawa
EPISOD : 70 TARIKH TAYANGAN : 2 November 2020 WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang SIARAN TV : Slot Tiara (Astro Prima & Prima HD) PENULIS SKRIP : Amor Rizan, Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said, Akmal Nahar PENGARAH : Hadith Omar PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd PELAKON : Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Roy Azman, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Lydiawati, Ayu Azlina, Hyrim Husni, Alynn Techen , Hadi Putra, Dayana Jasmin, Eden Lian, Alif Hadi, Alif Muhaimin, Faha Azhar, Mazli Razali, Nasz Sally, Oshin Ahmad, Nur Auni Zahra, Syed Irfan, Gen Darwish
WATAK PELAKON Hun Haqeem sebagai Luqman Meerqeen sebagai Haqeem Wanna Ali sebagai Adira Yuna Rahim sebagai Jijie Syazwan Zulkifly sebagai Remy Azhar Amir sebagai Razlan Nina Juren sebagai Mariani Sharifah Shahora sebagai Indah Normah Damanhuri sebagai Nek Milah Ku Faridah sebagai Puan Liza Alif Muhaimin sebagai Dino Nur Auni Zahra sebagai Adira Syed Irfan sebagai Luqman Gen Darwish sebagai Haqeem
LAGU TEMA / OST Lagu : Angkara Penyanyi : Siti Nordiana Komposer : Sharon Paul Lirik : fedtri Yahya & nana Alias
Sinopsis
Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.
Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.
Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketik Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.
Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.
Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?
Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?
a.aaa masing2 tak reti nak bg salam..
kalau dulu duduk rumah kedai senang.. pintu slalu terbukak je..
citer ni boleh jd isu pasal jijie duduk rumah ada lelaki..
byk konflik sosial / agama gak.. tp dah ikut sgt citer asal kan..
nenek tak suka cucu ppuan.. luqman minum arak.. tidur dgn ppuan...
jijie jd gro.. yg paling kesian kat remy la.. .. mak ayah luqman bergaduh.. nenek2 tiga org semua suka gaduh.. hahaaa
mcm kesian..
Post time 29-11-2020 02:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
luvemedaa replied at 27-11-2020 05:16 PM
meols suka citer ni. Lead actor pun fresh jahh.
Takde lah muka recycle saja.
Iols pun suka..restu je semua pelakon ni..iols suka wannali..tapi si jiji tu mekap tebal la pulak..malam malam kat rumah pun bulu.mata on point sgt..tinggi nau budak jiji ni