CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2178|Reply: 17

[Tempatan] Jumlah Rakyat Berkahwin Semakin Menurun, Cerai Pula Meningkat 12 Peratus

[Copy link]
Post time 1-12-2020 04:17 AM | Show all posts |Read mode
Gambar sekadar hiasan



Putrajaya: Bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin tahun lalu menurun sebanyak 1.2 peratus kepada 203,821 orang, berbanding 206,352 orang pada tahun sebelumnya, menurut laporan Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, laporan juga menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, seiring dengan penurunan jumlah perkahwinan, kadar perkahwinan umum bagi pengantin lelaki mencatatkan penurunan dari 50.7 kepada 50.1 per seribu populasi lelaki belum berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas.

"Trend serupa juga direkodkan untuk pengantin wanita yang mencatatkan penurunan dari 47.0 kepada 46.2 per seribu populasi wanita belum berkahwin berusia 16 tahun ke atas," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir berkata, kadar perceraian umum bagi lelaki meningkat dari 6.5 kepada 7.2 per seribu populasi lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan keatas, dengan kecenderungan serupa juga dilaporkan untuk wanita yang mencatatkan peningkatan dari 7.0 kepada 7.7 per seribu populasi wanita berkahwin.

"Purata umur pengantin lelaki kekal pada 28 tahun, manakala purata umur pengantin wanita meningkat dari 26 tahun (2018) kepada 27 tahun (2019)," katanya.

Mohd Uzir berkata, peningkatan purata usia pengantin juga disebabkan oleh peningkatan purata usia ibu semasa kelahiran pertama yang meningkat 0.1 tahun dari 27.8 pada 2018 kepada 27.9 tahun lalu.

"Senario semasa menunjukkan kecenderungan perkahwinan lewat berlaku dalam kalangan mereka yang berpendidikan dan berusaha untuk memperkukuhkan kestabilan ekonomi masing-masing, terutama yang tinggal di kawasan bandar," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu sejajar dengan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia dari 70.9 peratus pada tahun 2010 kepada 76.2 peratus pada tahun 2019.

Mohd Uzir berkata, statistik juga menunjukkan pengantin lelaki dan wanita yang paling tua direkodkan oleh jabatan itu tahun lalu adalah berusia 93 dan 86 tahun.

"Sebanyak 0.3 peratus pengantin lelaki berusia 65 tahun ke atas berkahwin dengan pengantin wanita yang lebih muda iaitu berusia sekitar umur 24 tahun dan ke bawah.

"Manakala 0.2 peratus pengantin wanita berusia 65 tahun ke atas telah berkahwin dengan pengantin lelaki lebih muda yang berumur 24 tahun ke bawah," katanya.






Sumber : hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 09:13 AM | Show all posts
trend biasa di seluruh dunia.
men can't afford to get married and financially unattractive.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 09:18 AM | Show all posts
sbb covid kot. yelah nk kawen time covid takleh wat kenduri nnt jadi kluster, ade jugak yg nk kawen tp pendapatan berkurang sbb covid
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 09:37 AM | Show all posts
Untuk kadar kelahiran pula adakah menaik pula kali ni? nak tengok efek lepas kurang perkahwinan dan peningkatan cerai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:04 AM | Show all posts
annehuda replied at 1-12-2020 09:18 AM
sbb covid kot. yelah nk kawen time covid takleh wat kenduri nnt jadi kluster, ade jugak yg nk kawen  ...

Laporan tu ikut statistik 2019
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekonomi tgh teruk sape je yg nk kahwin.. hidup solo pun terdesak lg nk hidup berdua..bertiga an so on..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2020 12:36 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 12:10 PM
Ekonomi tgh teruk sape je yg nk kahwin.. hidup solo pun terdesak lg nk hidup berdua..bertiga an so o ...

yea benerrr.
ekonomi tengah teruk, sorang2 pun struggle nak hidop.
takkan nak gali lubang dalam2,
lepas tu terjun bersama anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:04 PM | Show all posts
Expected lah time covid19 ni yang mana nak jugak buat majlis grand pasti akan tangguhkan dulu.  Diwaktu yang sama yang ada masaalah kewangan dan tekanan pasti akan pilih jalan berpisah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 05:12 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 12:10 PM
Ekonomi tgh teruk sape je yg nk kahwin.. hidup solo pun terdesak lg nk hidup berdua..bertiga an so o ...

kan..
sendiri pun struggle.. macam mana.. tak dapat bayang peluang nak berkeluarga tu, hidup di rumah sendiri, ada aset bagai etc.

macam2 kerja buat, macam2 cara ceburi.. tapi halangan, dinding makin tinggi. gelapnya masa depan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp tgk byk je org up duk kawin sana sini...?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kahwin... Menikah kat pejabat agama je dah cukup, pastu buat hi tea atau lunch atau dinner sesama family je udoh... Have faith...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bleh perah susu kat lembu bakang rumah

Wat per laaaaa susah susah pi.bli susu musim covid covid ni..hishhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 1-12-2020 11:18 PM
Nak kahwin... Menikah kat pejabat agama je dah cukup, pastu buat hi tea atau lunch atau dinner sesam ...

Adik kawan ai baru nikah Jumaat lepas guna kaedah ni. Ok je. Semoga dipermudahkan sis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan 11 lepas Ade 3 org sepupu haku nikah Kat pejabat kadi...haaa settle... adik lelaki haku pun tingin gak nak nikah tp bakalan nyer keje Kat saudi pulak...tunggu la kot2 Ade rezeki taun depan ke kan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-12-2020 02:48 PM
Adik kawan ai baru nikah Jumaat lepas guna kaedah ni. Ok je. Semoga dipermudahkan sis.

Aminnn... Allah pasti tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:15 PM | Show all posts
ultra78 replied at 1-12-2020 10:04 AM
Laporan tu ikut statistik 2019

Ya, ini statistik untuk tahun 2019 dan dibandingkan dgn tahun 2018.

Ianya tak mencerminkan jumlah perkahwinan pd thn 2020.

Auntie lebih curious utk tahu ttg statistik pd thn 2020 berbanding thn 2019.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 3-12-2020 04:09 PM
Aminnn... Allah pasti tolong.

Aminnn sis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos sara hidup makin tinggi. Lagi2 hidup kat KL ni. Starting gaji utk fresh grad masih ditakuk 10 tahun lepas. Ada yang pilih utntuk stabilkan ekonomi diri dulu sebelum kawen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.078610 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list