View: 1251|Reply: 4
|
Harga Gardenia Naik 1 Disember 2020 Ada Alasannya
[Copy link]
|
|
Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Menurut syarikat itu lagi, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles - Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll - Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.
Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.
 Kredit foto: Gempak
Keputusan menaikkan harga produk tersebut adalah kerana kenaikan harga bahan mentah terkini.
“Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.
“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” jelasnya dalam satu kenyataan.
GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikat itu. -CARI
Sumber: Astro Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mujur saya tak makan roti butterscotch semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78: Mujur saya tak makan roti butterscotch semua tu
Ada masa saya rindu nak makan bun iblis, eh bilis Gardenia. Dok Sabah memang takda la menda tu.  |
|
|
|
|
|
|
|
Naik 20 sen tak membebankan kalau dah minat makannya |
|
|
|
|
|
|
|
Roti yang cepat habis stok masa awal2 pkp hari tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|