COVID-19: Kejayaan Jerman tangani gelombang pertama punca kenaikan semula kes
Agensi
Disember 4, 2020 06:00 MYT
BERLIN: Kejayaan negara Jerman dalam menangani gelombang pertama penularan COVID-19 Mac dan April lalu dianggap menjadi punca negara itu gagal menangani gelombang kedua, kata ketua agensi kesihatan awam Jerman, pada Khamis.
Menurutnya, oleh kerana negara tidak mengalami tekanan yang terlalu teruk akibat penularan COVID-19 berbanding negara-negara seperti Itali, Sepanyol atau United Kingdom (UK), ia menyebabkan rakyat negara itu mengambil mudah potensi virus tersebut, sehingga ada yang meragui kesahihannya.
Perkara itu menyebabkan orang ramai gagal untuk mematuhi peraturan penjarakan fizikal dan kuarantin wajib kerana mereka tidak menganggap pandemik sebagai sesuatu yang serius, sekali gus menyebabkan Jerman kini mengalami peningkatan kes yang mendadak, kata ketua Institut Penyakit Berjangkit Robert Koch (RKI), Lothar Wieler.
“Negara seperti Belgium atau Perancis telah berjaya mengurangkan angka kes jangkitan COVID-19 disebabkan sifat rakyatnya yang patuh kepada perintah kerajaan.
“Pasti apabila terjadinya peningkatan kes dan mereka mula melihat kenalan mereka dijangkiti, baru mereka akan ketahui betapa seriusnya penyakit ini dan betapa tidak inginnya mereka untuk dijangkiti virus, lagi-lagi penyakit yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang,” kata Wieler dalam satu sidang media.
Jerman telah merekodkan kes kematian tertinggi pada Rabu sejak permulaan pandemik.
Setakat Khamis, Jerman merekodkan sejumlah 1,106,789 kes positif COVID-19 dan 17,602 kes kematian.
Post time 4-12-2020 07:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pengajaran.. jaga la diri dan keluarga masing2.. skrg hospital kita masih cukup dan mampu bg rawatan, so kadar kematian tak la tinggi.. tapi ada kemungkinan kalau org yg tersayang kena jangkitan, mungkin hari ambulan ambil dia ke hospital tu hari terakhir kita jumpa dia..
Bayangkan bagaimana pihak hospital nak menguruskan pesakit covid ini jika dalam 1 hari sahaja kes melebihi 1 ribu, memang tidak cukup tangan mereka ini
Post time 4-12-2020 09:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Rakyat Malaysia dah nak jadi mcm amerika dah. Dah tak tahan kena kurung. Siap ada yg kata yg mati tu org tua, yg muda takpe kalau kena. Covid je pun katanya... Entah la..
Post time 4-12-2020 07:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kita kedua jerman la skg ni. Yg teruknya skg, ditambah dgn mentality rakyat malaysia yg makin mundur. Covid cuma demam biasa la konon, yg matik cuma org tua, mcmlah dia tak akan tua2..konspirasi la konon...kalau betul punlah konspirasi tu, cubalah elakkan diri dr masuk ke komuniti yg sesak. Ni tak, dahlah konspirasi manjang, kehuku kehilir mcm lebih gila dr org gila. Pastu mempertikaikan pula kenapa xda org gila mati sebab covid. Walhal, yg org gila tu sah2 orang normal xnak dekat..dah memang terasing dr komuniti sejak dulu. Bungul betul pemikiran rakyat malaysia mundur ni. Ingatkan dah masuk 2020 upgrade la sikit otak tu. Malah makin mundur adalah..dah setarap indon yg suka sgt konspirasi gila ni
Post time 4-12-2020 08:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
darkness replied at 4-12-2020 07:40 PM
Kita kedua jerman la skg ni. Yg teruknya skg, ditambah dgn mentality rakyat malaysia yg makin mundur ...
Ye tambah pulak lepas prn sabah tu ha. Ramai2 salahkan politicians pulak. Ye mmg btul la politicians tu layak dikecam sbb gila kuasa, tapi rakyat malaysia ni perlu ke nk ikut jugak perangai politicians yg tak amalkan norma baharu?
Ibarat mengata dulang paku serpih.
Post time 4-12-2020 09:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
annehuda replied at 4-12-2020 08:10 PM
Ye tambah pulak lepas prn sabah tu ha. Ramai2 salahkan politicians pulak. Ye mmg btul la politicia ...
Tula pasal sistur. Yang skg ni kita berhadapan pula dgn perangai maknusia konspirasi. Dah sedar konspirasi, xjuga usaha nak baiki pulih covid sesama...malah makin rumitkan keadaan. manusia sakit otak
Post time 4-12-2020 09:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dok baca komen kat YouTube channel2 pro konspirasi; covid ni adalah agenda dajjal dalam nak menjahanamkan Islam di Malaysia..
Mana mungkin negara yg dikuasai yahudi askenazi tak boleh handle covid? Agenda yahudi kot..