View: 1908|Reply: 6
|
Pengutip Sampah Lulusan UKM
[Copy link]
|
|
'Pengutip sampah' pemegang ijazah warga M'sia yang kerja di S'pura ini kongsi pengalaman
6/12/2020 22:10
A
A+
KONGSI ARTIKEL
SINGAPURA: "Satu-satunya cara untuk melakukan tugas yang terbaik adalah dengan mencintai apa yang anda lakukan.
"Sekiranya anda belum menemuinya, terus mencari. Jangan mudah berpuas hati", kata-kata inspirasi mengenai kerjaya yang pernah diungkapkan oleh Steve Jobs, pengasas bersama Apple Inc mungkin dapat menggambarkan nasib seorang warga Malaysia yang baru sahaja membina kerjaya di Singapura.
Baru-baru ini, Muhammad Khidir Samsudin dan rakan sekerjanya Mohd Yuamirul Che Yusoff, hangat diperbualkan di media sosial kerana bertindak jujur memulangkan peranti iPad Pro milik seorang warga Singapura yang ditemui di dalam tong kitar semula.
Pada Rabu (2 Dis), wanita itu yang dikenali sebagai Michelle Lim, merakamkan penghargaannya kepada dua orang jejaka itu melalui satu catatan Facebook yang turut melampirkan kiriman mesej oleh Muhammad Khidir yang memaklumkan kepadanya akan penemuan peranti tersebut yang hilang pada tahun lalu.
Namun, apa yang menarik perhatian Bernama adalah bagaimana Muhammad Khidir, atau turut dikenali sebagai Eday, 25 tahun, memperkenalkan dirinya sebagai 'seorang pengutip sampah' kepada wanita itu dalam kiriman mesej itu.
Ini meskipun Eday merupakan seorang pemegang ijazah Pembangunan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Apabila dihubungi Bernama, Eday berkata bahawa tidak salah untuknya mendapatkan pengalaman bermula dari bawah dalam sektor pengurusan sisa.
“Ini menjadikan saya lebih memahami proses kerja dan akan lebih menghargai orang bawahan saya satu hari ini,” katanya yang berhasrat menimba pengalaman di Singapura selama tiga tahun dan bersyukur kerana mendapat restu dari kedua orang ibubapanya.
BEKERJA DI S'PURA LEBIH LUMAYAN KERANA MATAWANG LEBIH KUKUH
Apabila ditanya mengapa beliau tidak melakukan pekerjaan yang sama di Malaysia, Eday mendedahkan bahawa pendekatan serampang dua mata itu juga mengambil kira kelebihan mata wang Singapura yang lebih kukuh pada masa ini.
“Apa yang saya dapat di sini setiap hujung bulan, melebihi gaji eksekutif muda di Malaysia.Lagipun, untuk menjadi eksekutif di Malaysia, ia memerlukan sekurang-kurangnya pengalaman kerja selama tiga tahun.
“Sekiranya saya kembali ke Malaysia satu hari nanti, saya boleh menceritakan bahawa saya mempunyai pengalaman bekerja dalam syarikat asing juga,” katanya yang kini bekerja di SembWaste Pte Ltd, sebahagian daripada Sembcorp Group, sebuah kumpulan tenaga, pembangunan bandar dan marin terkemuka.
Menurut Eday, ini bukanlah pekerjaannya yang pertama kerana semasa di Malaysia, beliau pernah melakukan banyak kerja sambilan seperti bekerja sebagai guru sementara di Batu Pahat, selain berniaga kecil-kecilan berkaitan kostum maskot.
Sementara itu, Cik Lim pula merasakan bahawa Eday dan Yuamirul, 26 tahun, berhak mendapatkan 'pekerjaan yang lebih memuaskan'.
Menulis dalam catatan sama yang sudah dikongsi lebih daripada 100 kali, Cik Lim memuji kedua-dua lelaki itu kerana bersikap rajin, jujur dan merendah diri.
Selain itu katanya, mereka merupakan pemegang ijazah, dapat bertutur dan menulis dengan baik.
Sebelum mengakhiri catatannya, Cik Lim menyeru bantuan orang ramai supaya mengongsikan catatannya itu dengan harapan kedua-dua pemuda itu diberi peluang untuk melakukan tugas yang sepadan dengan kebolehan mereka.
- BERNAMA/HA/ha
Tagged Topics
Pemegang Ijazah
Malaysia
Singapura
KONGSI ARTIKEL
Lebih Banyak Berita Untuk Anda
Pengasuh dijatuhi hukuman penjara 7 tahun kerana racun dua bayi dengan pelbagai ubat
Pekerja M'sia di S'pura terima agihan bakul makanan dari kerajaan Johor
Penyanyi Aishah kritik penipuan dalam pengiklanan sesetengah produk pelangsingan tubuh
Pengamal perubatan alternatif di M'sia ditahan, disyaki cabul jurujual wanita
Dapatkan berita terkini secara percuma ke emel anda. Sila berikan emel anda di bawah:
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/pengutip-sampah-pemegang-ijazah-warga-m-sia-yang-kerja-di-s-pura/4545234.html |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perkara jujur ni susah nak jumpa zaman ni |
|
|
|
|
|
|
|
Orang jujur, berusaha, berdoa dan bertawakkal akan sentiasa mendapat balasan yang baik, percayalah |
|
|
|
|
|
|
|
Saya doakan saudara dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu tidur tepi mrt demi gaji matawang tinggi.. |
|
|
|
|
|
|
|
okla tu ..kerja halal..korg igt backpackers yg berpeleseran mabuk at asia tenggara ni pun xde degree ke? tu lagi teruk..mengeseks mabuk jah keje tp fefeeling cultural immersion katanyah..pastu takdak duit mengemis..org sini plak cepat simpati dgn dorg nihh |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-12-2020 07:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
damsel_fiji replied at 8-12-2020 03:30 PM
okla tu ..kerja halal..korg igt backpackers yg berpeleseran mabuk at asia tenggara ni pun xde degree ...
Mcm2 Kan .Akhir zaman |
|
|
|
|
|
|
| |
|