Kru kapal terbang di China digalakkan memakai lampin pakai buang serta mengelakkan penggunaan tandas untuk mengurangkan risiko penularan virus Covid-19.
 Kredit foto: Mirror/Getty Images
Pemilik syarikat penerbangan membuat saranan berkenaan untuk kru yang berada dalam penerbangan sewaan (charter flight) ke tempat yang dikategorikan sebagai 'destinasi berisiko tinggi'.
Panduan tersebut telah diterbitkan dalam dokumen 49 halaman yang baru oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), berjudul Panduan Teknikal untuk Perlindungan dan Pengendalian Epidemik untuk Syarikat Penerbangan.
 Kredit foto: Mirror/Getty Images
Dalam bahagian mengenai alat pelindung diri, ia menyebut: 'Dianjurkan agar kru kabin memakai lampin pakai buang', sambil menambah kakitangan harus 'mengelakkan penggunaan tandas, mengurangkan risiko jangkitan'.
Ia juga menyarankan kru memakai PPE termasuk topeng perubatan, sarung tangan, pakaian, googles dan penutup kasut.
CAAC juga menyarankan kabin pesawat dibpisahkan menjadi beberapa bahagian termasuk 'kawasan bersih, zon penampan, tempat duduk penumpang dan kawasan kuarantin'.
 Kredit foto: Mirror/Getty Images
Tiga baris terakhir di bahagian belakang pesawat disarankan untuk dijadikan kawasan kuarantin kecemasan.
Sumber: mStar |