View: 3678|Reply: 13
|
Gagal Selesai Isu Royalti, Altimet Letak Jawatan
[Copy link]
|
|
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) terkejut dengan tindakan Ahli Lembaga Pengarah Recording Performers Malaysia (RPM), Altimet meletak jawatan, Jumaat lalu berikutan kemelut isu royalti yang membelenggu badan kutipan royalti itu.
Difahamkan, Altimet kecewa usahanya menemukan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dengan barisan tertinggi RPM bagi mencari penyelesaian isu royalti ditolak.
Freddie berkata, dia terkejut dengan berita perletakan jawatan Altimet selepas keengganan Ahli Lembaga Pengarah RPM bertemu dengannya untuk menyelesaikan masalah.
 Foto: IG
"Karyawan memiliki ramai ahli dalam RPM yang berpengalaman dan boleh membantu dalam menyelesaikan masalah pengagihan royalti, tetapi ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah RPM lain.
"Dengan perunduran Altimet, kini hanya tinggal empat ahli lembaga iaitu satu jumlah yang begitu kecil dan terdiri daripada mereka yang tidak berpengetahuan luas mengenai pengagihan royalti," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan.
RPM diterajui Pengerusinya, Datuk Sheila Majid dan empat Ahli Lembaga Pengarah RPM iaitu Altimet, Jaclyn Victor, Ana Raffali dan Aniu.
Sementara itu, Altimet berkata, dia sudah menyatakan hasrat meletak jawaran kepada Sheila dan tiga Ahli Lembaga Pengarah RPM.
"Masa untuk saya menjadi Ahli Lembaga Pengarah RPM sudah tamat. Tiada apa lagi yang mampu disumbangkan secara produktif dalam RPM.
"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, lebih baik saya digantikan dengan orang yang boleh memberikan manfaat," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 14-12-2020 01:33 PM
Silamejid bila lagi?
Mcm x sangka sila mejid baham like perangai sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Letak je la jawatan semua tu.... diam x bkutik je semua |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti depa ni tak pernah bermeeting..x dak odit ka |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti depa ni tak pernah bermeeting..x dak odit ka |
|
|
|
|
|
|
|
Artis2 ramai dah terdesak hidup tu yang cari lubang mana je nak dapat duit. Kalau tidak mungkin tak kisah sangat soal royalti ni. |
|
|
|
|
|
|
|
comel gamba anak dia buat swab test tu..hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
tapi macam tak sangka jaclyn victor pun tak bersuara....
patutlah AIM pun dah bernisan kuburnya  |
|
|
|
|
|
|
|
akan menganggu siasatan katenyehhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu royalti and isu bantuan kepada artis ni susah jugak nk di explain yeee... Kalo melibatkan duit... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm org merajuk je ayatnya.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|