CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4142|Reply: 29

Edisi Bicara Bangsawan : Netizen disentuh.

[Copy link]
Post time 17-12-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TMJ balas komen anak tiri Siti Nurhaliza di Instagram, nasihat ‘deep’ buat warganet tersentuh

TMJ balas komen anak tiri Siti Nurhaliza di Instagram, nasihat ‘deep’ buat warganet tersentuh
Inspirasi
Kisah Masyarakat
December 17, 2020
Faizul Hakimi
NAMA Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau juga lebih dikenali dengan gelaran TMJ (Tunku Mahkota Johor) adalah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di Malaysia.

TMJ juga dilihat sangat aktif di platform laman sosial yang mana beliau sering berkongsi aktiviti harian kepada pengikutnya di Instagram, Facebook dan juga Twitter.

Putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah itu juga dilihat gemar berkongsi kehidupan mewahnya di Instagram yang pastinya mampu memberikan inspirasi siapa sahaja yang melihatnya.

Setiap foto dan video yang dimuatnaik seperti kereta mewah, pesawat peribadi sehinggalah jam tangan berjenama, gaya hidup TMJ cukup mengagumkan malahan menjadi impian setiap orang.

Salah seorang pengikut setia TMJ adalah anak tiri kepada penyayi popular tanah air, Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Asyraf Khalid merupakan seorang usahawan yang menjadikan TMJ sebagai satu ‘role model’ yang cukup memberikan inspirasi buatnya.

Kehidupan mewah TMJ sangat diimpikan Asyraf dan dia juga bercita-cita untuk menjadi kaya dan berjaya seperti TMJ seperti apa yang boleh dilihat apabila dia meninggalkan komen tersebut di Instagram TMJ baru-baru ini.


“Stye! Anda adalah inspirasi bagi saya. Suatu hari nanti, saya ingin menjadi kaya dan berjaya seperti anda, InsyaAllah” komen Asyraf kepada TMJ.

Komen Asyraf tidak terhenti di situ kerana ia berjaya menarik minat TMJ untuk terus membalas dan turut memberi nasihat yang membuatkan pengikutnya juga tertarik dengan sifat rendah diri yang dipertontonkan TMJ.

“@asyrafkhalid, terima kasih. Semua ini hanya sementara. Kurniaan Allah. Apabila saya telah tiada di muka bumi ini, tiada satu pun boleh saya bawa ke kubur apabila tiba masanya.

“Saya melihat kekayaan yang saya miliki adalah sebagai ujian dari Allah untuk hambanya. Sama ada saya mengingati Allah atau tidak, adakah saya masih bersedekah dan menolong orang miskin, yang penting adalah tetap bersyukur dan tidak pernah lupa melakukan kebaikan.

“Hakikatnya, wang adalah sekadar sehelai kertas. Jiwa yang tenang adalah kunci kehidupan yang bahagia. Salam.” balas TMJ ringkas tetapi sangat padat dengan nasihat yang sangat berguna.

Maka tidak hairanlah sikap rendah diri yang ada pada diri TMJ membuatkan baginda sangat disenangi rakyat dan jutaan pengikutnya di laman sosial turut menghormati sifat kepimpinannya yang bersifat raja berjiwa rakyat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..iols disentuh..sungguh zuhud tawaduk..si anak tiri tu mmg suka mencapup kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:00 PM | Show all posts
Memberi nasihat untuk tidak memandang nilai wang dari orang yang born with a silver spoon macam sgt x kena.
Not saying yang die x bgs, but it sounds very weird and x kena.
And menasihat orang yang jg born with a silver spoon in his mouth.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Terharunyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh purlezzz.. suka buat2 konon susah mula dari bawah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli ketiak baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tibahhhhhh tmj zuhud
Fefeling abe yeh nampakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Usahawan? Mcm lebih pada tibaiunta je..

Kahkahkahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua ini hanya sementara. Kurniaan Allah. Apabila saya telah tiada di muka bumi ini, tiada satu pun boleh saya bawa ke kubur apabila tiba masanya.

“Saya melihat kekayaan yang saya miliki adalah sebagai ujian dari Allah untuk hambanya. Sama ada saya mengingati Allah atau tidak, adakah saya masih bersedekah dan menolong orang miskin, yang penting adalah tetap bersyukur dan tidak pernah lupa melakukan kebaikan.

“Hakikatnya, wang adalah sekadar sehelai kertas. Jiwa yang tenang adalah kunci kehidupan yang bahagia. Salam.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakikatnya WANG HANYALAH SEKEPING KERTAS.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 17-12-2020 09:39 PM
Hakikatnya WANG HANYALAH SEKEPING KERTAS.

kalu pun nak merendah diri pun tak perlu la merepek kunun wang itu hanya la sekeping kertas. semata nak sendu meratap pilu kasi ummah pasrah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:07 PM | Show all posts
sembang kari
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 17-12-2020 09:39 PM
Hakikatnya WANG HANYALAH SEKEPING KERTAS.

Cintaku bukan di atas kertas
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyonya dedua.. Yawn..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:14 PM | Show all posts

tak baik tau....



geli la tmpt lain....


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh piang nya asyraf khalid ni... Role model ko amik tmj..kang cakap lebih2x kang lain plak jadik.. Tp mmg bodoh piang asyraf khalid ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 11:24 PM | Show all posts
Begitu banyak cerita
Ada suka, ada duka
Cinta yang ingin kutulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya?

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu di paksa
Tak perlu di cari
Kerna ku yakin ada jawabnya, ho

Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia 'kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwaku sering saja berkata, oh

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir
Tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku…




Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kechikchomel at 17-12-2020 11:36 PM

Tak rasa tersentuh. Tapi rasa mcm nak tergelak. Boleh?
Yg si asyraf tu ponnnn....takde org lain ke nk jd sumber inspirasi? Nampak nauuuu meng'air-cond'
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
macam cibai bila kata2 macam ni datang dari orang yang lahir2 dah kaya...

kalau duit tu cuma sekeping kertas, cuba tinggalkan semua kekayaan tu...hidup macam rakyat marhaen b40...mampooo?

humble celah mana kalau sepanjang masa asyik menayang kekayaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 17-12-2020 11:42 PM
macam cibai bila kata2 macam ni datang dari orang yang lahir2 dah kaya...

kalau duit tu cuma seke ...

Ko jgn ckp camtu, bangsaJ kata kehidupan sbg seorang Anak Raja x semudah yg disangka..... TMJ tetap kena berusaha utk teruskan kehidupan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.077938 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list