Rantau Panjang: Sebuah kedai makan menjual roti canai di pekan Rantau Panjang tetap beroperasi seperti biasa walaupun premis mereka digenangi air sedalam 0.3 meter susulan banjir, melanda sejak semalam.
Tinjauan ke kedai terbabit di Kampung Cabang Tiga, di sini, mendapati, pelanggan juga duduk di bangku sambil merendam kaki di dalam air yang mengalir laju seolah-olah tiada apa berlaku, sekali gus memberi suatu suasana yang menarik.
Pemilik kedai, Mohd Fadhli Mat Zain, 53, berkata dia dan isteri, Umi Kalsom Yakub, 42, baru sahaja sebulan membuka kedai terbabit selepas berhenti kerja sebagai penjual buah di Jeli
Katanya, mereka berdua mengambil keputusan untuk terus berniaga kerana banjir di kawasan itu tidak berbahaya dengan paras air yang cetek sahaja. Tambahan pula, penduduk sekitar juga tidak mahu kedai ditutup.
"Biasanya mereka datang ke kedai ini untuk makan dan minum kerana tidak banyak gerai dibuka di sini sepanjang banjir. Namun, saya tetap mengikuti prosedur operasi standard (SOP) selain menasihatkan pelanggan menjaga penjarakan fizikal.
"Ini adalah pengalaman pertama berniaga makanan di dalam air kerana kami juga baru sahaja mula membuka kedai roti canai ini. Tetapi saya akui, agak seronok ditambah pula pelanggan yang datang masih sama seperti hari biasa.
"Selain itu, pelbagai ragam pelanggan boleh dilihat, tidak kurang juga yang mencuit hati kerana suasana makan sambil berendam kaki di dalam air," katanya ketika ditemui di kedai makan miliknya, semalam.
Mohd Fadhli yang juga bapa kepada empat cahaya mata berkata, barangan asas untuk membuat roti canai sudah dibeli awal dan dijadikan stok kerana dapat mengagak banjir bakal melanda.
"Saya akan terus membuka kedai ini pada namun, bergantung kepada keadaan banjir, andai kata ia naik semakin tinggi dan membahayakan saya tutup demi keselamatan bersama.
"Alhamdulillah, pendapatan yang diperolehi sama sahaja seperti hari biasa susulan pelanggan yang datang juga tidak berkurangan, malah semakin bertambah.
"Tambahan pula, musim hujan memang kita sentiasa rasa lapar dan ramai penduduk sekitar yang datang membeli roti canai di kedai kami," katanya.
Post time 20-12-2020 01:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Selain mamak, kedai siam dan sesetengah kedai kelantan sangatlah diragui kebersihannya...nasiblah i membesar kat johor walaupun sepupu sepapat ramai kt pantai timo
Post time 20-12-2020 02:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dubuk replied at 20-12-2020 02:01 PM
bilik air dia kat mana..?
Ommmggggg...SG baru nak tanya...bila time banjir melanda n tgk depa ni mandi2...selalu terbayang longkang n toilet..,sure bergenang2 kan naik ngan air banjir.. dlm berita gambar open air..,kalau kat kedai camtu lg laaaa bertakung...