View: 1290|Reply: 4
|
Alah Makan Nasi Sejak Berusia 6 Tahun - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Nor Shaf Reeka mengalami alahan terhadap nasi sejak berusia enam tahun. FOTO Nor Shaf Reeka Lizawardi
Redzuan Muharam
[email protected]
Kuala Lumpur: Nasi sinonim sebagai makanan ruji kebanyakan masyarakat khususnya di negara ini, namun lain kisahnya bagi remaja, Nor Shaf Reeka Lizawardi, 19, yang mengalami alahan terhadap nasi.
Bercerita lanjut, Nor Shaf Reeka yang menetap di Tanah Merah, Kelantan berkata, dia mengalami alahan terhadap nasi sejak berusia enam tahun.
Menurut Nor Shaf Reeka, doktor juga mengesahkan badannya mempunyai alahan tetapi tidak menyebut khusus ia berpunca daripada nasi atau makanan tertentu.
"Bukan tidak pernah makan nasi langsung cuma boleh dikira iaitu hanya dua atau tiga kali saja dalam setahun.
"Semuanya kerana alahan dialami kerana selepas makan nasi, saya akan sakit perut dan lebih teruk lagi timbulnya bintik merah pada badan.
"Sejak itu, saya cuba elakkan dan setakat ini tiada masalah menjalani hidup tanpa menjamah nasi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Selain nasi, Nor Shaf Reeka yang juga anak kedua daripada empat beradik itu tidak memakan ayam, daging dan beberapa makanan laut seperti udang, ketam dan sotong.
"Bukan soal geli tetapi entah kenapa saya berasa bentuk makanan itu seperti organ manusia jadi sukar untuk menelannya.
"Alhamdulillah, keluarga memahami malah ibu (Siti Sahara Nordin, 47) yang bekerja sebagai jururawat pernah bertanya kepada doktor mengenainya.
"Namun, doktor memaklumkan tiada sebab tertentu jika bukan kerana alahan sebaliknya ia atas pilihan saya sendiri," katanya.
Mengulas mengenai kisahnya yang mula tular sejak memuat naik video pendedahan mengenai alahannya di TikTok, Nur Shaf Reeka akur dengan semua komen diberikan oleh warganet.
"Ada yang mengecam dan menganggap saya mengada-ngada kerana tidak tahu kisah di sebaliknya.
"Namun, banyak juga komen positif diterima malah ada warganet berkongsi masalah sama iaitu tidak boleh memakan makanan tertentu.
"Secara peribadi, saya tidak berasa rugi tidak dapat menjamah nasi khususnya seperti orang lain sebaliknya menerima kekurangan itu dengan seadanya kerana banyak lagi makanan lain boleh dimakan," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
okay dah buat ke immunologicalassay atau screening tentang alahan pada beras atau juga mencakupi bijirin tertentu???
keluarga bijirin lain?
dan hal tak makan daging organ lain tu itu macam psychogenic origin
tapi terpulang pada tuan punya badan untuk meunaskan tanggungjawab mendapatkan makanan yg seimbang pada tubuh, macam mana tubuh dia dapat carbs - ubi kayu pun ade, ubi birin lain pun ade atau zat besi?
hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin alah nasi putih.. ramai gak kengkawan daku alah nasi.. tp beras perang mereka ok ja... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak makan nasi pon takpe. Asalkan sihat.
Bukannya manusia seluruh dunia ni makan nasi. Berbeza setiap negara.
Amenda yg netizen nak kecam sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah mesti founder timbang kilo.
Jual produk tah bahan tah pape xelergik pulak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|