Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya memasang niat untuk menghalalkan perhubungan tersebut. Malahan, pelbagai persiapan harus dibuat sebelum tibanya hari bahagia itu.
Namun, ini kisah sedlh yang dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Atiqah, di aplikasi TikTok apabila bakal suaminya dipercayai ‘hilang’ dan tidak muncul setelah segala persiapan telah siap semasa hari bahagianya. Tabahnya awak!
Menerusi video TikTok yang berdurasi lebih 32 saat itu, memaparkan ketabahan wanita berhadapan dengan ujian yang sangat berat. Dalam video tersebut, menunjukkan segala persiapan sudah dibuat termasuk pelamin, hantaran, dan make up. Namun apa, yang menyedlhkan, apabila bakal suami tidak hadir bagi upacara ijab dan kabul itu.
Dia bersama keluarganya terpksa akur dengan apa yang terjadi dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Sedihnya!
Lagi menyedlhkan apabila pelamin mahal yang ditempahnya tidak sempat digunakan untuk upacara bersanding namun telah dikemas dan dicabut. Tidak berakhir di situ, dia sempat memuat naik lagi satu video wajahnya yang cantik setelah disolek sebagai kenangan buatnya pada masa akan datang.
Video-video tersebut dihujani dengan ratusan komen yang mendoakan supaya dia berjumpa dengan jodoh yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak berakhir di situ, warganet turut memujl wanita tersebut kerana masih kuat berdepan dengan ujian itu. Semoga awak terus kuat ya!
Sumber: Atiqah
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 24-12-2020 07:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Haus perhatian. Dah ada laki n anak kot. Tak pasal pasal kena cerai sebab benda bodoh camni. Kalau ya pun nak berlakon, suruh la laki tu berkomplot. Buat malu keluarga husband je